27

Fantasy Completed 1384

Raja melangkah mendekati tertuduh. Mungkinkah raja melakukan sesuatu?

"Beta kecewa terhadap kamu." Muncullah sepasang gegelung di tangan tertuduh yang mungkin dibuat oleh Sang Raja. "Bawa dia pergi." Baginda kini kembali ke tempat asalnya begitu juga Blood Knight. "Teruskan untuk seterusnya."

Danny Sang Putera kemudian mengajukan diri. Ada laporan yang ingin segera diberitahu. "Patik mendapati jumlah peralatan perang berkurang sedikit demi sedikit. Untuk bagaimana boleh hilang itu masih dijejak namun besar kemungkinan kamera litar tertutup sudah digodam sebelum berlakunya kecurian." Nampaknya mereka sudah perasan akan rancangan jahat di penggangu keamanan ni.

"Semua benda sudah tidak selamat. Kita perlukan kawasan dengan pertahanan yang lebih ketat."

"Patik mohon Tuanku mempertimbangkan kawasan penyimpanan yang baru dan sihir yang lebih kuat."

"Beta perkenankan namun tentu ia perlukan sedikit masa."

"Patik dan Putera Peter sudah berinisiatif untuk saling bergantian dalam memantau kawasan penyimpanan tersebut. Untuk beberapa waktu ini, penyimpanan tersebut tidak akan diganggu lagi."

"Baik. Seterusnya?"

"Patik, Tuanku. Patik menemui kawasan pasar gelap yang akhir-akhir ini mempunyai banyak pengunjung yang membeli peralatan tajam bahkan jubah perang."

"Bagus, boleh mulakan siasatan mendalam. Laporkan kepada beta sekiranya berlaku kendala. Lagi?"

"Tuanku. Ini mengenai isu rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan seseorang bertopeng seperti Blood Knight sedang membunuh, patutkah ini dianggap serius?"
'PAKK!' Serta-merta pula Terrence menghentakkan meja. Dia paling tidak suka bila orang kepercayaan dia diragukan seperti ini.

"Putera Terrence, bertenang dahulu. Terangkan hujah dahulu."

"Blood Knight kerap bersama Putera Terrence yang sudah tentu banyak tahu mengenai rancangan dalaman. Kemudian dia mempunyai kemampuan teleportasi yang memungkinkan dia berpindah-randah dengan mudah dan membunuh sesaat itu sudah kebiasaannya. Bukankah dia boleh dijadikan suspek?"

"Kenapa hanya melihat ke sisi negatif?"

Diam, orang tadi tidak berani berkata apa-apa untuk mengelak keadaan yang tegang memburuk.

"Beginilah. Disebabkan masih ada yang meragukan Blood Knight, ini untuk pengetahuan bersama. Blood Knight sudahpun mendapat sumpahan kerajaan dan dia akan segera bertemu ajal jika dia berkhianat pada kerajaan ini. Selepas ini, beta tidak mahu mendengar isu seperti ini dipersoalkan lagi. Lanjut ke seterusnya."

Begitulah mereka melanjutkan lagi perbincangan dan pelaporan mereka sehingga habis.

"Abang, ada jumpa kakak lagi?"

"Tak ada. Dia tak mahu berjumpa untuk sementara. Dia cakap risau ada kejadian buruk lagi."

"Tapi kita tak tahu dia di mana? Kalau nanti tiba-tiba ada benda buruk jadi, macam mana?"

"Percaya saja dia selamat. Dia mungkin sedang bersembunyi daripada papa juga. Papakan sudah mula mencari dia sekarang."

"Ya, sudah."

"Kau di rumah sana, baik dengan calon suami?"

"Baik."

"Terfikir kahwin bila?"

"Calon pun belum pilih, nantilah fikir."

"Tapi eloklah jangan kahwin dulu buat masa sekarang. Keadaan sekarang masih tak stabil."

"Kenapa?"

"Isu yang selalu masuk berita tu. Yang pasal pembunuhan."

"Makin teruk pula setiap minggu."

"Macam tulah. Buntu sudah mencari idea. Asyik gagal."

"Sabarlah, ya. Ruth tak dapat bantu apa-apa. Belum berpengalaman."

"Tak apapun. Nanti pandai-pandailah kami buat sedaya-upaya untuk kembalikan keadaan stabil."

"Baiklah tapi abang jangan bahayakan diri."

"Selagi tak bertemu musuh, aku takkan bahayakan diri."

"Nanti lepas selesai, Ruth mahu menjadi kesatria juga di tempat abang, boleh?"

"Boleh saja kalau masih ada tempat."

"Baik. Abang, nanti kalau sudah berjumpa kakak, boleh minta dia jumpa dengan Ruth? Ruth rindu dengan kakak."

"Nanti aku cakap dengan dia."

"Papa sekarang macam mana? Dia sudah dapat bukti pasal apa berlaku?"

"Belum tapi kalau tak silap, papa baru dapat maklumat yang gambar tu cuma edit. Isu penyelewengan tu belum ada apa-apa lagi."

"Kakak takkan betul-betul seleweng duit kerajaan, kan?"

"Tidak mungkin. Dia tidak bodoh untuk buat perkara khianat seperti itu."

"Baik."

~~~~~

"Darren, kamu ada berjumpa dengan Krystal?"

"Tak ada, ma. Sejak dia keluar dari rumah, kami tak pernah berjumpa lagi. Bahkan mesej dan panggilan Ren pun tak dijawab."

"Kalau dengan Ruth?"

"Sama saja dengan Ren. Cuma macam biasa, kakak berhubung dengan abang."

"Zach ada cakap suruh balik?"

"Tak tahu tapi kalau ada pun, rasanya kakak tak mahu balik juga."

"Kalau rumah dia, tahu?"

"Tak. Kakak tak mahu berhubung dengan abang kalau abang tahu mana dia tinggal."

"Nekad pula Krystal kali ni mama risau sangat dengan dia."

"Tak apalah, ma. Kita tunggu dia bertenang selama mana dia mahu. Asalkan kita masih dapat khabar melalui abang."

"Papa kamu punya pasallah ni. Tapi pelik pula tiba-tiba dia marah sampai macam tu."

"Papa mungkin terkejut dapat tahu kakak terlibat penyelewengan duit kerajaan."

~~~~~

"Kegagalan terhadap membunuh menggunakan topeng Blood Knight. Kita juga tak dapat apa-apa maklumat mengenai Blood Knight.SIAL! Aku mahu mereka lebih terdesak, bukan kita yang terdesak."

"Lalu kau mahu buat apa?"

"Aku mahu kita bunuh lebih banyak orang. Mengenai penyelewengan, jangan dibuat lagi. Kita sudah cukup dana dan kita akan mengambil lebih baik senjata perang mereka."

"Kau fikir senang?"

"Kita ada pengguna teleportasi terbaik, itu tidak mustahil."

"Ikut kaulah. Jangan merana pula lepas ni."

"Buat saja apa aku suruh."

"Baik, baik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience