Hari yang ditetapkan kini tiba menjelang dengan orang ramai berbondong-bondong ke Utara-1, Barat-1, Timur-1 dan Selatan-1 seperti yang diarahkan. Perjalanan setiap orang ke tempat yang ingin dituju diawasi oleh kesatria serta polis dengan persiapan sekiranya berlaku masalah dan kendala.
"Abang, tak bertugas menjagakah?" Tanya Ruth bila abangnya turut berjalan bersama mereka.
"Tak. Aku sudah selesaikan tugas aku untuk rancangan ni. Jadi aku boleh santai sekejap. Nanti aku bertugas lagi lepas sampai tujuan."
"Oh. Erm, kakak nanti jumpa kita, tak?"
"Tak tahu lagi. Ikut keadaan juga kalau kita boleh bergerak ke sana ke sini, mungkin senang sikit untuk berjumpa. Kalau tak bebas, memang tak dapatlah jumpa dia."
"Kakak marah dengan kami jugakah?"
"Tak marah pun. Dia terasa saja bila ada yang tak cari dia lepas keluar dari rumah."
"Tapi kita tak tahu dia di mana."
"Dia ada saja di tempat kerja. Kamu saja tidak mencari dia di sana."
"Yalah yalah."
"Kau jangan merajuk pula. Yang terasa dengan kamu, bukan aku."
"Ya."
.....
"Blood, macam mana persiapan?"
"Seharusnya mencukupi dan sekarang orang sedang menuju ke tempat sepatutnya."
"Keluarga aku sudah ke tempat penjagaankan?"
"Ya. Putera Jade di Barat-1, Puteri Aleen di Selatan-1 dan Putera Danny di Timur-1."
"Ghea di mana sekarang?"
"Puteri Gheara berada di ruang rehat. Dia kata tidak mahu berpindah jauh, jadi dia memilih untuk ke sini."
"Kalau begitu, bawa Putera Peter ke sini."
Dengan kadar segera Blood Knight bertemu dengan Putera Peter yang tidak jauh daripada mereka.
"Kenapa, Terrence?" Soal Peter. Tiba-tiba saja ingin bertemu.
"Kau mahu bertugas di sini jugakah?"
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Ghea ada di sini, jadi sebaiknya kau ke tempat yang lain. Masalah kalau kita bertiga berkumpul di sini." Memang seharusnya berpecah. Sudah pasti Terrence akan kekal di sini kerana jika ada apa-apa masalah, Blood Knight akan segera bertindak. Manakala Ghea, dia tidak akan ke mana-mana setelah dia memutuskan untuk tetap di Utara-1.
"Betul juga tu. Kalau begitu aku pergi menolong Kanda Aleen di Selatan-1. Kau teruskan saja memantau kesatria di sini."
"Ya, hati-hati di sana."
"Tidak usah risau."
Kemudian,
"Kanda." Ujar Peter sebaik saja ke tempat Aleen dengan bantuan teleportasi Blood Knight.
"Dinda, kenapa ke sini? Ada masalah di Utara-1?"
"Tidak ada, hanya saja ingin ke sini. Gheara ada di sana."
"Ya sudah. Kita tunggu yang lain datang ke sini."
Seorang kesatria bergegas mendekati mereka dengan wajah yang gusar membuat dua beradik itu mengakihkan perhatian mereka kepada kesatria tersebut.
"Ampun, Tuanku. Saya ingin mengkhabarkan bahawa terdapat serangan mendadak di sepanjang perjalanan orang-orang berjalan. Ini ada kaitan mengenai gerakan abnormal yang dilapor sebelum ini."
"Bagaimana keadaan sekarang?"
"Ada yang terluka, mati dan hilang."
"Semua kesatria sudah turun tangan?"
"Ya, Tuanku."
"Nampaknya kita perlu turut serta. Peter, maklumkan kepada yang lain dan tanya jika mereka mengalami hal yang sama."
"Baik."
.....
"Tuanku, masalah muncul."
"Kenapa?"
"Ada serangan mendadak dalam perjalanan rakyat ke sini."
"Penyerangan teruk?"
"Ya, Tuanku. Mereka menyerang dengan ganas tanpa memikirkan orang tersebut mati atau tidak. Nampaknya mereka mahu rakyat kita berkurang."
"Kau sudah ada rise yang banyakkan?"
"Ya, Tuanku. Apa perlu saya buat?"
"Kita jadikan hal ini darurat dan kita akan ke tempat persembunyian. Kau cuba teleport sebanyak mungkin orang di sana. Bawa Ghea juga."
"Baik, Tuanku."
Putera Terrence menggapai pedang yang masih bersarung untuk dibawa ke medan penyerangan. Nampaknya masalah semakin besar. Dia tidak boleh mendiamkan diri di sebalik tabir dan hanya melihat kematian sia-sia rakyatnya.
"Puteri Gheara, mari pergi."
"Ke mana?"
"Bersembunyi. Tuanku tolong laporkan hal ini darurat. Ada penyerangan mengejut."
"Baiklah."
Sesegera mungkin Blood Knight membawa Gheara pergi agar dia dapat membantu Terrence yang nampknya sudahpun mula berlawan.
Blood Knight mengeluarkan sudah pedangnya yang sememangnya agak panjang dari pedang biasanya. Seperti mana dahsyatnya dia berlawan pada beberapa tahun lalu, dia masih melakukan itu sekarang!
'Blood, jangan bunuh. Pastikan saja mereka tidak mampu lari dan pengsankan mereka.' Ujar Terrence yang berhubung melalui telepati.
Sedikit susah, kalau boleh, membunuh lebih senang berbanding arahan yang diberi Putera Terrence. Namun apakan daya, sudah arahan majikannya.
Sekelip mata, Blood Knight menumbangkan 5 orang musuh sekali gus dengan bantuan teleportasinya dan serta-merta memengsankan musuh tersebut. Tidak juga lupa untuk meneleportkan rakyat yang ada.
Keadaan berlangsung seperti itu selama beberapa minit dan ada perbezaan ketara antara kekuatan Blood Knight dengan musuh yang ada kerana dengan mudah sekali Blood Knight menumpaskan mereka. Nampaknya mereka hanya ingin membuat onar bukan penyerangan serius.
Blood Knight memandang ke atas. Dia mendengar deruan angin seperti akan ada panah yang akan muncul berdekatan. Dia tersedar- lantas berdiri di hadapan Putera Terrence. Benar sungguh, dia mendengar panah tersebut menuju ke arah Terrence, dia sudahpun meneleportkan panah itu ke tempat yang lain. Namun, dia tidak dapat mengesan di manakah sosok yang memanah.
"Blood, sekarang fokus untuk teleport semua rakyat. Penyerang ni biar kami yang lain uruskan. Bila kau tak cukup rise, minta pada aku."
Blood Knight mengangguk faham.
Share this novel