"Mama."
"Masuk, Sayang. Baru balik kerja?"
"Ya, ma. Kita nak ambil baju ni."
"Mama dah kemaskan baju untuk kamu. Tinggal bawa ja. Tak perlu banyak pun, kan?"
"Ha'ah. Dalam lima pasang macam tu ja. Bukannya tinggal lama pun."
"Macam mana semalam jumpa dengan cucu atok? Seronok?"
"Seronok. Semua kacak-kacak macam atok."
"Amboi. Sukalah tu ada yang kacak, kan?"
"Hehe tapi ma. Ada seorang ni yang tak suka kita. Tak tahu kenapa tapi takpe. Harap nanti dia suka pula dengan Ruth."
"Baiknya dia ni. Nanti makan malam di sini. Zach kata balik awal hari ni. Boleh kita makan berempat."
"Yalah. Kalau macam tu, kita mahu mandi dululah."
"Pergilah."
.....
"Nathan, Krystal sudah balik?"
"Belum lagi. Tak tahulah kalau dia masuk guna teleportasi dia."
"Jangan cakap dia sudah tak mahu balik ke sini."
"Tak akanlah. Kan dia perlu tinggal sini sampai Ruth balik."
"Perempuan kalau dah sakit hati, ikutkan hati saja."
"Biarlah dia dengan keputusan dia. Yang kau nampak cemas ni, kenapa? Kau memang ada hati dengan dia?"
"Bukan. Cuma aku masih dapat rasakan dia tu pura-pura berkelakuan sebegitu."
"Kalaupun dia berpura-pura, mungkin ada sebabnya. Selagi mana dia tak susahkan kita, sudah memadai."
"Nanti kalau dia balik, kau tanya dia pergi mana."
"Ya."
'Klack'
Kedengaran pintu utama yang dibuka dari luar.
Siapa yang baru pulang ni?
"Awak berdua sedang berbuat apa?"
Masuk saja di ruang tamu, Krystal melihat dua jejaka yang melihatnya sambil menarik bagasi sederhana besar.
"Tidak buat apa-apa. Awak dari mana?"
"Kita balik rumah mahu mengambil baju dengan kereta kita."
"Kau pun guna kereta, bukan boleh guna teleportasikah?"
"Kita perlu jimat Rise. Lagipun kitakan tak mahir mengawal Rise. Risau banyak guna Rise buat kita hilang kawalan."
"Baiklah."
"Awak sudah makan?" Tanya Henry.
"Sudah makan di rumah tadi."
"Baguslah."
"Ermm, awak berdua sudah bekerja?"
"Kenapa tanya?"
"Kita mahu tengok cara awak semua bekerja. Atok sudah bagi kebenaran untuk saya buat analisis dengan cara saya. Ni untuk pilih suami Ruth ya."
"Kalau ada yang tak bekerja macam mana?"
"Eh, memangnya ada yang tak kerja? Ermm, mungkin kita perlu tengok aktiviti harian dia."
"Bila awak ingin pergi? Boleh datang tempat saya dulu." Kata Henry.
"Kita mahu di masa awak tak sibuk sangat. Kita boleh datang bila-bila ja."
"Esok, dapat?"
"Dapat. Awak gerak jam berapa?"
"Jam 7.30 macam tu."
"Baiklah. Kita mahu masuk bilik dulu ae."
"Jap. Leher awak macam mana?"
"Leher kita dalam keadaan baik. Terima kasih pada awak berdua tolong saya."
"Baiklah. Rehat cukup-cukup."
Krystal menjawab dengan anggukan.
Dia sekarang ingin segera ke dalam bilik.
Sudah tidak tertahan untuk berbaring dek kantuk
yang melanda sejak tadi.
"Tiada sebarang petunjuk di mana mereka akan membunuh lagi. Mereka memilih kawasan secara acak dan bilangan mangsa turut berubah-ubah."
"Kita mungkin boleh minta pertolongan lebih banyak daripada kesatria untuk membantu polis menangani masalah ini."
"Tapi itu bermakna kita perlu berurusan dengan pihak kerajaan. Perkara ini akan menjadi lebih rumit."
"Selama kita masih kekurangan anggota yang membantu, selama itulah kita akan terus buntu mencari penyelesaian masalah pembunuhan ni."
"Apa kata kamu yang berurusan dengan mereka? Kamukan kesatria, mustahil mereka tidak ingin mendengar apa yang kamu akan ucap."
"Baiklah. Nanti saya pertimbangkan macam mana. Apapun, sekarang apa yang perlu dilakukan?"
"Kita cari jejak pembunuhan. Kita akan lawat semula kawasan pembunuhan."
"Baiklah."
~~~~~
"Siapa ni?"
Dia masih ingin lena lebih lama.
Namun deringan telefon yang berkali-kali membuat dia memaksa diri mengangkat panggilan.
"Ni aku, Krystal."
"Kenapa, abang?"
"Nanti datang jumpa aku."
"Penting? Hari ni kita tak masuk kerja."
"Sedikit penting."
"Nanti awal pagi kita pergi sana tapi tak boleh lama tau."
"Ya, nanti aku tunggu di pejabat."
"Baik, abang."
Telefon diketepikan, lalu keluar dari selimut.
Mata Krystal yang sudah segar kini tidak dapat lagi sambung tidur.
Tapi tidak apa, dia akan pergi mandi sekarang.
"Awak dari mana ni?"
"Dari bilik air."
"Awak ni kalau jalan, bagitahulah. Ingatkan hilang tadi."
"Hilang kenapa pula?"
"Awak ni, Ruth, tak dengar beritakah?"
"Berita apa pula ni?"
"Sekarang kita perlu hati-hati sebab banyak orang sudah hilang kemudian ada yang dibunuh secara rawak. Sebab tulah perlu bagitahu, kalau awak tiba-tiba hilang, nanti kami boleh lapor polis terus."
"Yalah. Lain kali saya bagitahu."
"Nanti awak bagitahu yang lain juga tau. Risau."
"Ya, ya. Saya mahu ambil pakaian, mahu mandi pula. Tak mahu pergi sama-sama?"
"Mahu. Saya pun mahu mengambil pakaian dulu."
"Baiklah, jom."
Ruth dan Darren memilih untuk tinggal di asrama selama mereka bersekolah di sini.
Walau mereka mampu menggunakan teleportasi untuk ulang-alik ke rumah, sebaiknya jangan membazir rise, bukan?
Dan perkara ini membuat mereka belajar untuk berdikari kerana berjauhan dengan keluarga.
"Awak, lepas ni awak pergi kelaskah?"
"Tak. Masih awal ni. Mungkin saya ulang kaji dulu."
"Nanti kita jalan sama-sama ya?"
"Baiklah."
Share this novel