25

Fantasy Completed 1384

"Kita rasakan hampir semua orang sudah tahu rancangan ni, sengaja dibongkarkah?" Hilang sudah penggunaan 'saya' tu. Lantaklah.

"Tidak."

"Bermakna ada orang mulut celupar bagitahu orang ramai. Kita ada dengar kawan kerja kita cerita pasal ni."

"Baiklah, lepas ni kita buat perjanjian untuk tidak membongkar perbincangan kita kepada orang tidak berkaitan. Perlu pandai cari orang yang boleh jaga rahsia."

"Ada dua hal lagi kita ingin cakapkan. Pertama, sebagai pengguna teleportasi jauh, kami boleh ambil atau culik orang bila-bila masa dan di mana saja tergantung banyaknya rise pengguna teleportasi tu dan kami boleh bunuh orang di tempat berbeza dari tempat asal kami. Kedua, banyak yang sudah berhenti di bahagian kewangan, besar kemungkinan pelaku sudah melarikan diri dan susah dikesan." Beraninya Krystal, adakah ini akibat emosinya sedikit terganggu dengan kejadian tadi.

'Krystal, boleh tak jaga adab di sini. Di sini bukan kawan-kawan kita ya. Bagilah dia tanya kalau kita ada maklumat yang perlu diberitahu.' Bisik Zach, risaunya separuh mati kalau-kalau anak kerajaan ini marah. Blood Knight bila-bila masa boleh diarah untuk membunuh mereka.

"Kalau tak suka, kita balik." Pandang Krystal tajam terhadap Zach, dia masih sakit hati sebab tadi.

"Tidak apa, Encik Zachary. Biarkan saja dia bersuara. Cik Krystal, kau tak apa-apa lepas cakap tahap teleportasi kau pada orang yang ramai ni?" Krystal hanya menjawab dengan gelengan. "Baik, mengenai kawalan kesatria tu, kita teruskan tapi kita akan memeriksa seluruh rumah dan tempat. Soal pengguna teleportasi, siasat siapa pengguna teleportasi jauh dan kerap kali keluar selain hal kerja atau sekolah. Untuk penyelewengan, sebaiknya cari cara untuk mengelak wang diseleweng lagi pada masa sama, perhatikan siapa yang mencurigakan."

Di hadapan Krystal, ada pedang yang terarah kepadanya. "Tuanku, bukankah dia terlalu mencurigakan. Boleh berteleportasi untuk menangkap pemanah tadi, mencuriga Encik Charlie hanya kerana saling pandang. Dia juga tahu terlalu banyak mengenai perbincangan kita sebelum ni."

"Silakan, silakan suspek kita. Kita tengok kalau boleh perangkap kita atau tak. Macamlah kita saja pengguna teleportasi jauh dan tanyakan saja ke orang awam sama ada mereka tahu atau tidak terhadap perbincangan kamu sebelum ini."

"Entah-entah kau ni berselindung sebalik perangai kebudak-budakan kau yang sepatutnya jadi kesatria bila lahir di keluarga kesatria dan memilih hanya untuk bekerja sebagai pembantu kewangan."

"Eh, perangai kita jangan buat main ae. Kalau bukan sebab kita ni kuat marah, kuat terasa; kuat merajuk, kita pun inginlah jadi kesatria. Kita macam inipun, lulus di sekolah pertahanan tau."

"Cukup, cukup. Kau berdua akan disiasat juga selepas ini. Sekarang mesyuarat dijalankan dulu." Satu-satu masalah datang.

.....

Mesyuarat mereka akhirnya selesai, untung tiada masalah lain.

"Cik Krystal, mungkin kau boleh datang ke mesyuarat lagi dengan idea atau maklumat baru kau."

"Tak mahu. Nanti lepas ni, kita mati pula."

"Maaf atas keceluparan dia, Tuanku. Dia tidak mahu kejadian di awal mesyuarat berulang lagi."

"Kalau begitu, sampaikan saja kepada Encik Zachary untuk kami."

"Baiklah."

Cukuplah Krystal, jangan cakap macam tu selamba. Mati kamu berdua sekejap lagi.

"Abang, kita balik sendirilah."

"Naik teksi?"

"Tak, teleport terus ke tempat tinggal kita. Kita banyak sangat guna rise ni, penat."

"Takkan kau masih ingin menggunakan rise untuk pulang. Sudahlah, aku hantarkan."

"Mana boleh. Nanti abang tahu kita tinggal mana."

"Kau ni, masih saja mempermasalah hal tu."

"Mestilah."

"Yalah. Lepas ni, kau cepat-cepat guna beruang besar kau. Beruang kau yang ni macam hampir habis."

"Ya, ya. Abang pergilah dulu."

"Ya. Sekejap." Zach mengecup sebentar dahi Krystal sebelum dia masuk ke kereta.

Krystal mahu menghantarkan Zach dulu sebelum dia pulang.

'AARRGGHH' Teriak di mana-mana. Di depan mata Krystal, kereta abangnya meletup berkecai-kecai.

"K-Krystal." Abangnya terkejut apa bila dia tiba-tiba berteleportasi entah ke mana.

"Abang." Krystal jatuh terduduk dengan sebelah tangannya memegang tangan Zach. Zach melihat lengan Krystal yang membiru, nampaknya rise dalam diri dia terlalu sedikit.

"Encik Zachary, kamu tak apa-apa?" Puteri Aleen sedikit prihatin bila kereta Zachary meletup tanpa tahu akibatnya.

"Saya tak apa-apa tapi Krystal."

"Kenapa lengan dia membiru ni?"

"Rise dia terlalu sedikit dalam badan."

"Beta boleh tumpangkan kenderaan untuk ke hospital."

"Tuanku, dia perlu ke Hospital Khusus Rise, boleh?"

"Sudah pasti boleh. Mari ke kereta. Dinda, bolehkan dinda mengaturkan keadaan orang awam ini?"

"Boleh."

"Yang lain, tolong Encik Zachary mengangkat barangan mereka."

"Tolong bawakan beg fail saya saja." Zach tidak boleh membiarkan orang luar memegang beruang Krystal atau nanti orang tersebut dapat masalah. Lagi pula, beruang-beruang Krystal khusus untuk menstabilkan risenya. Dia kemudian mencempung Krystal masuk ke kenderaan Puteri Aleen untuk dibawa ke hospital.

.....

"Mark, tadi aku dapat berita Krystal masuk hospital."

"Tahu."

"Dari mana kau tahu?"

"Tadi dia ikut mesyuarat kami. Ada benda yang jadi sampai dia banyak guna rise. Kali ni lagi teruk sebab membiru lengan dengan leher dia."

"Awak ada jumpa dia? Dengan siapa?" Ruth terdengar perbualan mereka langsung bertanya.

"Dengan abang kamu berdua."

"Huh, baguslah."

"Tadi lepas Zachary masuk kereta, kereta tu meletup. Aku rasa Krystal selamatkan dia dengan teleportkan Zachary."

"Meletup? Kenapa?"

"Tak tahu. Lagipun kami baru balik mesyuarat masa tu. Kau dengan keluarga kau hati-hatilah lepas ni, sebab sejak Krystal masuk mesyuarat tu, dia asyik dapat bala. Siapa tahu kamu pula nanti."

"Bala? Kenapa macam ni? Apa yang kami sudah buat?" Ruth meraup wajahnya kesal.

"Mungkin ada yang berdendam tanpa sedar."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience