"Tuanku. Saya meminta izin Tuanku untuk menyiasat sendiri pembunuh berantai ini."
"Kan sudah ada yang pergi menyiasat. Kau tak perlulah."
"Tuanku, siasatan bermula sejak tiga bulan lalu, namun tiada sebarang petunjuk. Kita harus menunggu berapa lama untuk masalah ini."
"Memangnya kau mahu menyiasat seperti mana?"
"Saya akan turun padang untuk menyiasat siapa-siapa yang mungkin boleh diragukan namun sebelum itu, saya akan meminta Tuanku Raja memperkenankan untuk melakukan kuarantin agar lebih memudahkan pengesanan."
"Bermakna kau tak ada di sisi aku?"
"Ya, tapi Tuanku kan masih boleh memanggil saya."
"Tak apalah kalau itu yang kau rasa terbaik. Aku izinkan."
"Baik, Tuanku."
Langkah awal dimulai, seterusnya meminta kebenaran untuk membuat kuarantin untuk seluruh negara. Semoga dengan cara ini dia mampu memudahkan pekerjaan kerajaan. Dia juga tidak mahu masalah ini berlarutan ke tahap yang lebih kritikal.
~~~~~
Selama sebulan ini, kesengsaraan melanda para rakyat Avalon bila mana mereka dikenakan cukai yang tinggi dan sudah tentunya menghisap darah terutamanya rakyat jelata yang kurang berkemampuan. Bahkan mereka tidak boleh keluar bekerja seperti biasanya. Sungguh hari-hari mereka menderita. Ditambah setiap malam, rumah mereka akan dikunjungi oleh kesatria untuk memastikan jumlah ahli keluarga yang mencukupi.
Namun begitu, ia sedikit sebanyak membantu Blood Knight dalam penyiasatannya. Dia mendapati orang-orang yang kebiasaannya ke pasar gelap selalu muncul dan pergi dengan berteleportasi namun dia sedar itu adalah kuasa pengguna teleportasi yang sama yang membantu orang-orang tersebut.
"Tuanku, hasil siasatan saya adalah mereka mempungai markas bawah tanah dan kebanyakannya menggunakan khidmat teleportasi oleh seseorang. Besar kemungkinan pengguna teleportasi ini mempunyai rise tinggi."
"Macam mana kau dapat semua ni?"
"Saya perlu ke setiap pasar gelap yang ada dan analisis. Mengenai markas mereka, saya pernah ke suatu pasar gelap untuk mencari orang yang mencurigakan, setelah saya menjumpai orang tersebut dan menghilang, saya dapat merasakan keberadaan dia yang tidak terlalu jauh namun tidak kelihatan."
"Informasi lain?"
"Mereka ini bukan berasal dari Avalon setelah saya tidak melihat ciri-ciri orang Avalon daei orang tersebut."
"Berkemungkinan dari negara mana?"
"Itu belum dapat dipastikan lagi."
"Aku ada terfikir untuk buat mereka kuarantin di 1 tempat yang sama."
"Tetapi bagaimana mana mungkin ini dilakukan?"
"Gunakan satu kawasan yang besar atau dilindungi oleh pendinding sihir yang sukar ditembus."
"Ia memerlukan tenaga yang banyak."
"Kita guna saja tenaga rakyat di dalamnya."
"Bagaimana pula dengan kegiatan seperti pekerjaan dan makan minum?"
"Untuk sementara mereka akan ditanggung kerajaan dan sudah tentu itu memberi impak drastik kepada kerajaan. Kerana itu kita perlu menemui akar permasalahan secepatnya."
"Ahli kerajaan yang lain sudah mengetahui rancangan Tuanku?"
"Belum. Aku masih fikirkan cara supaya mereka bersetuju."
"Penjagaan yang terlalu luas, sedikit sukar dikawal. Cukupkah anggota untuk menjaga?"
"Cukup. Aku sudah meneliti semua."
"Bermakna masalahnya sekarang makan dan minum rakyat serta persetujuan kerajaan."
"Ya. Kalau kita membeli bahan makanan yang ada, mereka akan bersetuju?"
"Tergantung kewangan kerajaan macam mana dan sekurang-kurangnya mencukupi untuk sebulan."
"Kau buat laporan kewangan dan nanti aku pertimbangkan lagi idea aku ni."
"Baik, tuanku."
.....
"Ruth. kau ke mana tadi? Aku cari kau di bilik, tak ada pula."
"Aku pergi halaman rumah. Hirup udara segar. Bosan dalam rumah."
"Habis tu sebelum-sebelum ni kenapa asyik menghilang? Kau jangan macam-macam keluar rumah masa macam ni."
"Mana ada. Aku dalam rumah sajalah."
"Dalam rumah? Aku tak dapat pun rasakan keberadaan kau."
"Ish, sudah kalau kau tak merasa keberadaan aku, masalah akukah? Aku cuma berjalan-jalan sekitar rumah."
"Kau jangan buat hal, aku bagitahu mama nanti."
"Tak adanya aku buat hal. Kau saja melebih."
"Baguslah kamu berdua ada di sini. Krystal ada berhubung dengan kamu?" Sampuk Zach, dibiarkan perbualan mereka berdua terpotong.
"Tak ada. Kenapa dengan kakak?" Tanya Ren.
"Sudah seminggu dia tak berhubung dengan aku. Mungkin dia berhubung pula dengan kamu berdua."
"Dia masih bekerjakah sekarang?" Ujar Ruth.
"Tak pasti. Dia selalu mengelak waktu aku tanya pasal keseharian dia."
"Apa yang kakak sembunyikan ni?"
"Tak tahu. Nanti kalau dia tiba-tiba ada berhubung dengan kamu, bagitau aku."
"Baiklah."
~~~~~
"Sekarang, apa rancangan kita?"
"Kita perlu menunda rancangan kita. Boleh mati kita kalau kita tetap teruskan sekarang."
"Kalau makin lama, makin mereka tahu siapa kita. Sekarang aku sudah berasa tidak selamat. Seakan ada yang memerhatikan gerak-geri kita."
"Jadi kau mahu memaksakan rancangan berjalan? Kau gila?"
"Ya. Aku mahu cepat balik ke rumah aku. Aku penat di tempat asing ni. Cepatlah tamatkan benda ni."
"Kau fikir kau rasa mahu balik? Aku pun mahu tetapi jika perkara ini gagal, kau fikir aku boleh senang-senang balik? Entah-entah kau balik pun sebagai mayat."
"Aku akan ambil risiko tu."
"Baik, kalau itu yang kau mahu. Kita tetap percepatkan rancangan ni."
"Bagus. Kau pergunakan Ejen K sepenuhnya. Dia mudah diperbodohkan."
"Ni lagi gila. Kalu dia kantoi dengan keluarga macam mana?"
"Dia pandai memutar belit keadaan, kau tak perlu bimbang dengan diri dia."
"Kau memang gila."
Share this novel