"PAPA! ABANG!"
"Apa kamu buat dengan Krystal!?"
Dengan sekali panggilan Krystal, papa dan abangnya serta-merta datang ke lokasi.
Seterusnya, Zach segera membelasah Jay yang tadi cuba membogelkan Krystal.
Apatah lagi ada dua lelaki lain dan mereka semua mendapat buku lima daripada Zach.
Krystal yang terlepas dari cengkaman lantas berlari ke pelukan papanya.
Tersengguk-sengguk dia menahan air matanya.
"Kau dah melampau. Kau dari keluarga mana!?"
Jay berdiam diri tanpa mahu membuka mulut sambil mengesat darah di bibirnya.
"Krystal, siapa dia?"
"Jay. Jay Hansford."
"Huh, macam inikah untuk dijadikan suami sebegini bangsat. Ni kalau jadi suami, entah-entah dia bagi isteri dia pada kawan-kawan dia." Sindir Zach.
"Jay Hansford. Kamu sudah bersikap buruk terhadap anak saya. Krystal, mari kita bawa mereka ke tempat Tuan Hud."
"Baik, pa."
Baru saja ingin melarikan diri, mereka semua sudahpun sampai di tempat kerja atok.
Mana mungkin dapat lari dengan mudah bila berhadapan dengan orang berkuasa teleportasi.
"Tuan Louis, ada apa ini?"
"Kelakuan cucu tuan sudah melampau sampai Krystal ingin dirogol."
"Jay! Apa yang kamu gila ni!?"
Jay memalingkan kepala untuk melihat atoknya.
Dia sebenarnya tak mahu atok tahu pasal ni tapi boleh pula Krystal ni bawa mereka ke sini.
"Jay! Jawab!"
'Hukk, hukk.'
Sampai terbatuk-batuk atok dibuatnya kerana marah kepada Jay.
"Atok, jangan marah sangat nanti sakit."
"Macam mana tak marah. Tengok apa dia telah buat pada kamu."
Sungguh menyayat hati atok melihat keadaan baju Krystal yang koyak-rabak namun sudah ditutupi dengan kot milik papanya.
"Budak ni mesti dimanjakan betul dengan wang sampai bertindak sebegini rupa. Jay, baik kamu cakap motif kamu tak suka sangat dengan Krystal sampai sanggup buat macam ni sebelum atok bagi kamu hukuman lebih berat."
"Keluarga McCarlson dah musnahkan keluarga Jay, jadi apa salahnya Jay MUSNAHKAN keluarga mereka pula?"
"Sejak bila pula mereka musnahkan keluarga kamu!? Sudah ibu bapa kamu yang mahu berpisah, mahu dibuat apa lagi?"
"Kalau atok tak dengar cakap mereka ni, atok takkan suruh mama papa bercerai! Semata-mata mahu anak mama jadi calon pasangan anak McCarlson."
"Berita bodoh mana kamu tahu ni? Kamu lupakah sebelum kamu betul-betul dipilih sebagai calon suami Ruth, kami sudahpun tanya bermacam-macam soalan untuk pastikan kamu rela untuk jadi calon suami Ruth. Ada cucu atok yang lain menolak untuk berkahwin, atok perkenankan. Atok tak paksa!"
'Hukk, hukk.'
Krystal mengusap belakang dada atok biar melegakan sakitnya.
"Dalam perjanjian perkahwinan pun dah tertulis jelas bahawa calon pasangan anak McCarlson adalah seorang yang rela terhadap perkahwinan tersebut tanpa paksaan. Mana mungkin atok langgar perjanjian yang sudah dibuat. Atok sendiri tak pernah paksa ibu bapa kamu bercerai apatah lagi disuruh oleh keluarga McCarlson. Papa kamu yang curang tiada kena-mengena dengan keluarga McCarlson. Dari mana sekalipun kamu tahu cerita mengarut tu, tetaplah waspada dalam menerima cerita. Apa lagi mengenai keluarga orang lain."
"Tiada siapa yang percaya dengan perjanjian itu tanpa bukti nyata." Tiba-tiba saja ingin mengetahui kebenaran mengenai isu kandungan dalam perjanjian tersebut.
"Persilakan."
Atok menunjukkan perjanjian yang dibuat secara bertulis.
'TAHUN ____
DATANGNYA PASANGAN MCCARLSON ADALAH UNTUK MEMULIHKAN KETURUNAN BERKUASA TELEPORTASI DAN DENGAN KETUA KELUARGA HANSFORD, MEREKA AKAN MENGAHWINKAN ANAK MCCARLSON YANG MEMPUNYAI POTENSI TINGGI SEAWAL UMUR 6 TAHUN DENGAN
ANAK HANSFORD YANG TELAH DIPASTIKAN KERELAANNYA, TIADA PENYAKIT DAN KEKASIH SERTA SEBAIKNYA BOLEH MENERIMA SEADANYA ANAK MCCARLSON IAITU RUTH MCCARLSON.'
"Puas sudah melihatnya?"
"Siapa tahu kalau itu sudah ditukar."
"Cis! Kurang ajar kamu! Mana mungkin perjanjian berdarah ditukar seperti menukar pakaian. Perkara ini juga telah dipersetujui oleh pihak kerajaan serta diuar-uarkan kepada rakyat jelata. Siapa yang berani menukarnya tanpa pengetahuan pihak kerajaan dan rakyat jelata. Mulut kamu sungguh celaka."
Terdiam.
Mulutnya sudah terkunci dek ucapan atoknya.
Apa yang bakal dia lakukan sekarang?
"Jay. Mama kamu paksa kamu terima perjodohan ni?" Setelah dadanya tidak lagi sakit, Hud cuba bertanya dengan nada yang lebih lembut.
Jay mengalihkan pandangannya.
Sepertinya memang benar dia dipaksa.
"Lepas ni, kamu boleh keluar dari rumah tu dan balik sini. Kamu juga pergi belikan baju sebagai ganti rugi Krystal. Sudah!, kamu keluar."
Tanpa sebarang kata pamit, dia melangkah meninggalkan bilik perpustakaan atok.
"Krystal, ada hukuman yang kamu nak bagi pada Jay?"
"Tidak ada."
"Tuan Louis? Atau Zach?"
"Kami tidak mahu apa-apa selain kata maaf daripada dia." Ujar papa.
Kalau Krystal tidak mahu memberikan hukuman, setidaknya mereka mendapat kata maaf daripada Jay yang hampir meragut maruah Krystal.
"Baiklah, saya akan minta dia memohon maaf kepada kamu. Cumanya, Krystal apa yang terjadi sehingga kamu mengalami kejadian tadi?"
"Kita sebenarnya ingin pergi tempat Henry tapi tak boleh guna peta. Jadi kita bagilah Tiny Bear kita pada Henry supaya kita boleh teleportasi ke tempat dia. Tidak tahu kenapa, Tiny Bear berada di tangan Jay."
"Berniat sungguh budak ini ingin mengganggu kamu. Patut diberi pelajaran lebih."
"Itu terpulang pada atok. Huh, kita balik dululah."
"Kamu tak kerja?"
"Tidak kerana sudah ditetapkan untuk ke pejabat Henry."
"Maaf ya, cucu atok sudah terpaksa hadap semua ni."
"Tidak apa. Bukan salah atok."
"Entah perangai siapa yang diikutinya."
"Baiklah, atok. Kita pergi dulu ya."
"Rehat cukup-cukup."
"Baik, atok."
Krystal mengikuti abang dan papanya berteleportasi ke rumah.
Papa yang membawa mereka berdua.
"Krystal, apa lagi yang pernah dilakukan Jay terhadap kamu? Mengapa dia bertindak sebegitu rupa?"
"Sebelum ini dia pernah mencekik kita dan mungkin sebenarnya dia dipaksa mamanya untuk menerima perjodohan ini membuat dia memberontak."
"Perangainya sungguh buruk. Pastikan dia tidak dapat menyentuh kamu lagi. Jangan berhadapan dengan dia tanpa teman."
"Baik, pa."
Share this novel