23

Fantasy Completed 1384

Seseorang mengangkat tangannya. Mata Terrence terus kearahnya.
"Sejak akhir-akhir ni, banyak pekerja yang berhenti tanpa alasan munasabah seperti mereka sudah malas untuk bekerja di bawah kerajaan, ingin berpindah tempat kerja dan ingin berkahwin padahal usia masih awal. Ini hal wajar tapi pelik bila banyak yang seperti itu."

"Di mana itu berlaku?"

"Di semua agensi kerajaan di seluruh negara. Bahkan di Utara-1 juga begitu."

"Itu juga perlu disiasat-" Tangan Blood Knight menyentuhnya tiba-tiba, pasti ada masalah lagi. "Pergilah." Maksudnya untuk menyelesaikan masalah tadi.

Sekelip mata, Blood menunjukkan tangannya dengan sebuah mesin kecil.

"Kamera tersembunyikah?" Terrence membelek mesin tadi. "Kau simpan, nanti bongkar." Blood mengangguk faham.

Yang lain hanya melihat. Ada juga yang berasa kagum dengan kebolehan Blood Knight. Mereka tidak berasa ada apa-apa yang pelik bahkan mereka tidak melihat yang pelik-pelik seperti Blood Knight.

"Baik. Yang tadi tu perlu siasat baik-baik."

Ada seseorang lagi mengangkat tangannya. Kali ni Zachary mahu bersuara.

"Di tempat saya. Ada yang pelik sebab penyelewengan sudah lama berlaku tapi baru kali ni ada yang perasan. Mungkin bukan seorang pekerja yang terlibat dalam hal ni."

"Siapa yang perasan hal itu?"

"Salah seorang pekerja pembantu bahagian kewangan."

"Kenapa dia baru perasan?"

"Selalunya dia hanya mencekapkan penggunaan kewangan pada awal suatu projek atau pelaksanaan program dan disebabkan pekerja semakin berkurang, dia juga perlu membantu untuk menyemak hasil pengeluaran untuk program yang terlaksana."

"Macam mana kau tahu?"

"Dia adik saya."

"Baiklah. Mungkin kau boleh bawa dia ke sini untuk mesyuarat seterusnya."

"Tuanku, dia jenis tak suka berurusan dengan keluarga diraja."

"Kamu adakan, kamu cuba saja bawa dia ke sini."

"Baik, tuanku. Saya cuba."

"Lain-lain lagi?"

Kemudian tercurahlah idea-idea mereka untuk masalah tadi dan meluahkannya kepada Terrence.
.....

"Nathan. Kakak ada cari awak, tak?"

"Tak ada. Kenapa?"

"Jap, kali terakhir awak jumpa dia bila?"

"Masa pertama kali kita jumpa. Kenapa ni?"

"Dia menghilangkan diri lepas dia gaduh dengan papa."

"Sudah pergi tempat kerja dia?"

"Sudah tapi orang sana kata kakak ada dua tempat kerja. Di sini jarang dia ada."

"Ada tanya tempat kerja lain di mana?"

"Ada. Mereka juga tidak tahu."

"Telefon dan mesej dijawab?"

"Tidak. Hanya dilihat."

"Teruk sangatkah pergaduhan mereka?"

"Ya."

"Huh, susah ni. Kalau dia merajuk sangat, berapa lama?"

"Selalu dua tiga hari saja tapi ini sudah lebih seminggu."

"Kita tak boleh buat apa. Terpaksa tunggu kakak reda sendiri."

"Saya rindu dia."

"Sabar ya."

"Kenapa pula ni?" Tegur Mark yang baru balik dari mengajar.

"Krystal merajuk hilangkan diri. Dia ni risau." Jawab Nathan.

"Oh."

"Tu saja?"

"Terus kau mahu aku cakap apa?"

"Kau tak risau Krystal?"

"Buat apa risau? Dia bukannya budak lagi. Pandailah dia fikir apa yang patut."

"Kau ni, tak prihatin langsung."

"Krystal bukannya bodoh, kan? Kebudak-budakan saja. Tenanglah."

"Positif betul pemikiran."

"Sudahlah. Nanti pandailah dia balik. Aku masuk dulu." Tengah penat-penat ni, sedap tidur. Lagipun buat apa fikir pasal Krystal tu, dah besar panjangkan, akal masih ada. Sengajalah tu buat keluarga dia risau lepas bergaduh.

"Hai, adik." Setelah berpuluh-puluh panggilan telefon, akhirnya disambut juga oleh Krystal.

"Ya, abang. Kenapa?"

"Kau ikut aku dalam mesyuarat nanti."

"Mesyuarat apa?"

"Pasal pembunuhan dengan penyelewengan."

"Ih, tak ingin. Ada putera dengan puteri, kan? Tak inginlah kita."

"Datanglah, Putera Terrence yang suruh ni. Aku tak berani bantah. Nanti aku dibunuh Blood Knight macam mana?"

"BLOOD KNIGHT?" Teruja pula bila dengar nama tu. Lama tu menghilang. "Dia ada semulakah?"

"Ya. Tadi ada dalam mesyuarat ikut Putera Terrence. Kau datanglah ya. Nanti boleh tengok Blood Knight."

"Ermm tapi ada putera dengan puterilah. Kita tak pandailah berurusan dengan mereka."

"Akukan ada. Nanti aku tolong kau."

"Tapi-"

"Datanglah."

"Yalah. Bila?"

"Belum tahu lagi. Aku saja bagitahu awal sebab boleh jadi mesyuarat mendadak."

"Yalah."

"Kau di mana sekarang?"

"Bilik tidur."

"Lepas ni, jangan keluar-keluar. Sudah menjelang malam."

"Baik, abang." Panggilan dimatikan oleh abangnya. Tabahlah Krystal menghadap keluarga kerajaan nanti. Dia bukan benci pada mereka, hanya saja tidak terbiasa untuk formal. Yalah, kan dia perangai kebudak-budakan, nanti tersasul sana sini, mati dipancung nanti.
.....

"Ejen K. Kenapa lama melaporkan diri ke sini?"

"Maaf, tuan. Saya ada masalah untuk ke sini."

"Jangan biar perkara ini berulang lagi. Pastikan kamu selalu mendapat berita baharu."

"Baik."

"Sekarang kita dalam bahaya. Blood Knight kembali muncul bersama Putera Terrence. Boleh pula mereka muncul di dalam rancangan yang tidak lama berhasil sepenuhnya."

"Ada potensikah rancangan masih berjaya?"

"Ada tetapi sukar. Baru sekali mereka melakukan mesyuarat bersama Putera Terrence, Blood Knight sudah mengetahui ruang rahsia di bilik mesyuarat dan juga robot kamera tersembunyi kita. Tak guna punya Blood Knight."

"Apa kata kita percepatkan proses rancangan kita? Tak lama lagi, maklumat pengguna teleportasi akan mereka dapat. Sah-sah banyak akan kantoi bersekongkol dengan kita."

"Boleh tapi selesaikan tugas di Utara-1 dulu. Di sana paling mencabar."

"Baik."

"Kamu bantu untuk mencuri peralatan perang yang mereka ada. Mana mungkin membiarkan mereka menang."

"Hal mudah saja itu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience