"Kamu ada terserempak dengan Krystal?" Tanya papa yang sejak tadi tidak melihat kelibat Krystal di sekitar mereka.
"Tak ada." Ucap yang lain. Merasakan aura Krystal juga tidak ada. Kekhuatiran melanda di benak mereka.
"Krystal ada di sini. Dia kata tak lama lagi dia sampai." Ujar Zach pula. Dia baru saja mendapat mesej dari Krystal.
"Pastikah itu Krystal? Kita langsung tak rasa aura dia walaupun sedikit."
"Dia sengaja buat macam tu supaya kita tak tahu dia di mana."
"Jadi, bila dia akan sampai?"
"Tunggu sekejap lagi, sampailah tu."
"Tunggu apa?" Tub tub muncul. Tahulah dia ada kuasa teleportasi.
"Akak!" Pantas tangannya menarik Krystal ke pelukan. Sungguh Ruth merindui kakaknya yang sudah beberapa lama menghilangkan diri.
Krystal menyambut pelukan Ruth yang dalam.
"Akak. Lamanya akak hilang. Pergi mana?"
"Adalah. Mana boleh bagitahu."
"Kita semua risau dengan akak. Dahlah tak balas mesej dengan telefon."
Hanya senyuman yang Krystal berikan. Mahu dicakapkan apa lagi.
"Kau sihat tak, Krystal?" Tanya Zach.
"Sihat." Ucap Krystal dengan senyuman manisnya.
"Baguslah. Kau lama di sini?"
"Tak. Masih ada yang perlu dibuat."
"Kenapa tak pandai siap kerja kau ni?"
"Kerja bertambahlah."
"Krystal."
Refleks Krystal bersembunyi di belakang abangnya mendengar sahutan papa didekatnya.
"Krystal, dengar papa dulu." Papa menggapai tangan Krystal yang menggenggam lengan Zach. "Papa tahu papa tak sepatutnya marah kamu macam tu." Papa mencuba menarik Krystal menghadapnya dengan harapan boleh memeluk Krystal. "Maafkan papa. Papa tak fikir panjang." Krystal membiarkan dirinya dipeluk, mungkin sudah sampai masanya dia maafkan papa dia.
"Lain kali papa jangan buat lagi."
"Ya, papa tak buat lagi."
"Yeah, papa dengan kakak dah berbaik. Jangan gaduh-gaduh lagi tau, Ruth tak suka."
Krystal mengangguk tersenyum. Dia juga tak mahu merajuk lama-lama dengan keluarga dia.
~~~~~
Hari demi hari pun berlalu, keadaan mereka masih sama berada di ruangan bawah tanah.
"Kanda. Ada pergerakan abnormal."
"Abnormal macam mana?"
"Pergerakan orang tapi berpindah-randah. Lepas tu, pergerakan dalam kelompok dan banyak."
"Jangan-jangan mereka buat penyerangan. Blood ke mana?"
"Tadi dia berkawal di luar ruangan."
"Bagitahu dia-"
"Tuanku, ada masalah bukan?" Muncul sudah Blood Knight tanpa diseru. Sepertinya dia perasan apa yang berlaku di luar ruangan.
"Ada, Blood. Mungkin akan berlaku penyerangan mendadak. Kau pergi suruh kesatria untuk bersiap-siaga. Kau banyak rise-kan, kau pergi buat penghalang supaya penyerang tak ganggu orang awam ataupun kau minta kesatria pengguna teleportasi untuk tolong kau."
"Baik, tuanku." Segera menemui kesatria yang berdekatan untuk mengumumkan untuk bersedia dalam masa terdekat juga perkara ini perlu diumumkan kepada rakyat agar tidak huru-hara.
"Blood Knight, ada yang lapor segelintir orang keluar dari kawasan selamat?"
"Seberapa banyak?"
"Tak lebih daripada 10 orang."
"Biarkan saja. Besar kemungkinan mereka juga musuh dalam selimut. Tak apa ada yang keluar, jangan saja masuk ke zon selamat."
"Baik."
Segala persiapan sudahpun siap bagi Blood Knight seperti itu juga bagi kesatria yang lainnya. Hanya menunggu masa ketibaan serangan yang mungkin bertubi-tubi.
'Swishhh'
'Swishhh'
'Swishhh'
Sudah bermula?
Pedang dihunus ke hadapan cepat menangkis panah yang mendatang.
Bunyi pedang yang berlaga disahuti dengan teriakan penduduk meriuhkan keadaan yang mencemaskan menjadi huru-hara. Walaupun begitu, keselamatan penduduk tetap diutamakan berada di zon selamat yang tidak akan mengganggu kesatria untuk melumpuhkan rancangan musuh.
'BUKK!'
'BUKK!'
'BUKK!'
Hasil kerjasama bersama daripada kesemua kesatria, musuh semakin banyak dikalahkan.
Bagi Blood Knight, penyerangan ini sepertinya bukan yang sebenar kerana para penyerang masih dikira lemah. Mustahil penyerangan besar-besaran yang turun tangan hanya orang dengan secebis kuasa yang dikalahkan hanya beberapa detik oleh Blood Knight. Di manakah penyerang dengan kekuatan yang lebih tinggi?
'AARRGHH!'
Teriakan Puteri Gheara!!
Tangan yang tadinya menyentuh tubuh Gheara terjatuh beberapa detik selepas dia berteriak. Dengan menggunakan teleportasi, Blood menggunakan pedangnya menembusi tengkorak penyerang yang sudah menyentuh tuan puteri.
"Tuan puteri sebaiknya pergi ke zon selamat dan jangan keluar." Blood mengujarnya seakan memberi arahan namun itu adalah sebaiknya, Putera Terrence turut serta untuk berlawan, tidak mungkin dia dapat mengawasi Puteri Gheara pada masa yang sama.
Sebaik saja menghantar puteri, Blood Knight kembali fokus membunuh musuh yng masih berserakan di matanya. Sebaiknya dia bunuh dengan teleportasi saja seperti tadi.
1..
2..
3..
'BUKK!!'
Serta-merta terdapat lima orang yang tidak dikenali juga memakai topeng mendarat mengelilingi Blood Knight. Masing-masing daripada mereka membawa senjata. Blood cuba menggunakan teleportasinya tapi entah kenapa dia tidak berpindah tempat yang jauh, adakah dia sudah termasuk perangkap yang dibuat oleh musuh? Dia berasa berada dalam kubah yang lut sinar.
Blood cuba menyerang dengan libasan pedangnya tetapi dia seakan menyerang angin, dia pasti antara lima orang tersebut ada pengguna teleportasi tinggi yang membantu mereka berpindah-randah. Seorang penyerang menyerang dengan ganas menggunakan tali untuk menyebat Blood mengenai tepat di leher Blood seakan hampir patah, seketika Blood sukar bernafas.
Di samping Blood yang ingin pengsan, seseorang dengan pengguna pisau berkembar mendekatinya secara tiba-tiba dengan serangan melulu namun memberi impak kepada Blood, Blood tidak sempat mengelak sudah diacukan pisau beracun yang menikam badannya.
Tidak habis disitu, kini tangannya ditahan ke tanah, sempat dia teleport namun dijamah lagi dengan tikaman yang tepat di kakinya membuat dia jatuh dan semakin sukar bergerak. Dia diterlentangkan dengan paksa lalu pedang kini di hujung mata.
'HUKK! HUKK! HUKK!'
Mata pedang menancap di jantungnya membuat matanya terbeliak. Darah keluar bercucuran dari mulutnya tidak mampu ditahan. Musuh masih tidak cukup dengan hanya menikam jantungnya, beberapa pisau digunakan untuk menikam seluruh tubuhnya. Dia terdiam sejenak merasakan kesakitan sekujur tubuhnya. Memikir adakah dia ingin memilih mati lebih baik untuk sekarang.
Melihat ketiadaan reaksi daripada Blood Knight, mereka membuka topeng Blood Knight untuk melihat keadaannya tapi tak disangka, melihat wajah Blood membuat salah satu dari musuh terduduk tidak percaya.
Share this novel