39

Fantasy Completed 1384

'CARIKAN BLOOD KNIGHT. DIA TENTU ADA BERDEKATAN SINI.' Pengumuman disebarkan ke mana-mana. Louis sudah berjaya membawa pulang Krystal kembali ke Avalon namun tidak sampai ke ruangan bawah tanah. Jadi mereka perlu mencari Krystal sebelum keadaan semakin teruk.

"Blood Knight." Putera Peter menemui Blood Knight setelah sejam mencari di merata-rata tempat. Rupanya tersembunyi di semak-samun. Dia kini mencempung Blood Knight dengan berhati-hati. "Blood Knight di sini. Beritahu yang lain dan mari pulang ke ruang bawah tanah."

"Baik, tuanku."

Dengan tenaga pengguna teleportasi yang masih ada, mereka menggunakannya untuk terus pulang ke ruang bawah tanah.

"Kanda, turunkan Blood Knight sekarang." Arah Ghea, dia terkejut melihat abangnya yang mendukung Blood Knight, kenapa bukan orang lain?

"Takkan biarkan dia terbaring di tempat kotor."

"Kalau begitu, bagi orang lain yang bawa dia."

"Jangan bising, Gheara. Kanda akan turunkan dia di tempat sesuai."

"Turunkan! Atau Kanda Terrence akan marah." Ghea ingin memberikan amaran awal kepada Peter.

"Dia tak perlu cemburu kalau hanya begini."

"Kanda. Ini bukan soal cemburu-" Ghea terkesan melihat Blood Knight yang sedang kesakitan.

"Orang cakap, turunkan. Turunkan! Jangan banyak bunyi!" Terrence merebut Blood Knight daripada tangan Peter dan lantas membaringkannya di tanah tanpa alas. Terpaksa, nyawanya lebih penting berbanding keselesaan buat masa sekarang.

"Terrence, agak-agaklah kalau mahu merawat dia di sini."

Terrence sebal dengan perbuatan dan ucapan Peter yang membuat dia berang. "DIAM! KAU TAK NAMPAKKAH SUMPAHAN TU AKTIF! MAKIN LAMA KAU DUKUNG DIA TADI, MAKIN TERSEKSA DIA. KAU MAHU DIA MATI DI SINI!" Terrence mengeluarkan ubat sapu khas untuk sumpahan tersebut untuk mereda. Inilah kelemahan sumpahan Avalon. Orang yang disumpah tidak boleh bersentuhan fizik dengan keluarga diraja hanya saja boleh berpegangan tangan kerana ia perlu ketika ingin menyalurkan rise kepada seseorang. Masih ada larangan yang lain. Selama ini, Terrence sebaik mungkin untuk tidak menyentuh tubuh Blood sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana dia tahu Blood Knight akan terseksa dan jika tidak dirawat, boleh membawa maut. "Panggil perawat sekarang."

Melihat kesakitan Blood akibat disentuh oleh Peter, dia sedikit cuak sekiranya Blood tidak mampu diselamatkan.

Terrence beredar sebentar untuk mengambil sesuatu dan kini dia membawa patung beruang bersaiz besar dan sudah pastinya itu milik Krystal.
Terrence menjadikan patung tersebut sebagai bantal, dia sengaja membawa patung itu kerana mahu rise di dalam patung tersebut boleh tersalur ke dalam tubuh Krystal. Itulah kegunaan ketiga-tiga patung beruang yang Krystal ada. Digunakan untuk menyimpan rise Krystal agar tubuh Krystal tidak hilang kawalan dan menstabilkan kekuatan Krystal. Krystal sebenarnya mempunyai rise banyak, hanya saja tubuhnya tidak boleh menerima rise yang banyak.

Masa berlalu menunggu keadaan reda.
Kawasan ruang bawah tanah dibersihkan sedikit demi sedikit dan Krystal masih dirawat. Sumpah, keadaannya terlalu teruk kali ini. Terrence turut berada di sampingnya sepanjang masa dan kekal memegang tangan Blood Knight dengan erat berharap rise-nya dapat menyegerakan kepulihan Blood.

"Kanda, tempat bersih sudah ada." Ghea memberitahu tempat yang lebih baik untuk Blood dirawat.

"Darren. Tolong angkat dia." Terrence mampu mendukung Blood namun jangan memburukkan keadaan Blood lagi.

~~~~~

Masa kini berlalu pantas, khabar Krystal untuk sedar masih tak kunjung tiba. Sudah sebulan berlalu tetapi hampa tiada tanda Krystal akan sedar. Setelah Krystal pengsan, sudah tidak penyerang lagi. Mungkin kerana sudah penat.
Seminggu berlalu, mereka kini kembali ke tempat asal dan melakukan kehidupan seharian mereka sebelum ini.

"Kanda mahu ke mana?" Tanya Gheara setelab melihat Terrence seakan berkemas.

"Pergi balik ke Narnia."

"Sudah ingin kembali? Tak mahu tunggu Blood Knight sedar dulu?"

"Masih tak ada khabar, berapa lama lagi aku perlu tunggu?"

"Kanda, apa kata Blood Knight nanti?"

"Apa yang perlu dihiraukan? Aku majikan dia, bukan pekerja dia."

"Kanda, serius?"

"Ya."

"Kalau dia sudah sedar, kanda mahu jumpa dia?"

"Tak perlu. Lagipun aku tak mahu balik ke sini tanpa alasan kukuh."

"Kanda! Di sini ada keluarga kanda. Kenapa tak mahu di sini?"

"Apa gunanya kalau menyakitkan hati."

"Kanda masih marahkan masa 'itu'?"

Terrence membiarkan soalan itu berlalu seperti angin lalu.

"Kanda. Adinda boleh membantu kanda memujuk ayahanda asalkan kanda terus di sini."

"Kau mahu memujuk ayahanda? Aku tak percaya kau mampu. Sudahlah, aku mahu pergi."

"Kanda." Ghea cuba menahan tangan Terrence tetapi apakan dayanya ditepis oleh Terrence.

"Terrence, kamu ke mana?" Putera Jade melihat Terrence dengan beg pakaian.

"Aku balik."

"Kenapa mahu ke sana lagi? Apa yang penting di sana?"

"Tak perlu tahu."

"Kalau ya dinda mahu kembali, setidaknya tunggulah Blood Knight sedar dahulu."

"Tak mahu. Ini sudah terlalu lama."

"Terrence."

Terrence tidak mahu menoleh lagi. Dia mahu segera pergi dari sini. Kalau semakin lama, dia yang terseksa nanti.

"Ghea, kenapa dengan kanda kamu tu?"

"Tak tahu. Adinda mahu memujuk ayahanda untuk menarik sumpahan itu, namun Kanda Terrence tidak mempercayai dinda."

"Dia masih marah?"

"Mungkin."

"Padahal sudah lama."

Ghea menjongketkan bahunya sebagai jawapan. Dia tidak mampu memahami perasaan Terrence yang sukar diduga. Nampaknya dia perlu melakukan sesuatu untuk Terrence. Dia tidak mahu Terrence terus tinggal di Narnia untuk melarikan diri daripada ayahanda.

"Kanda berharap Blood Knight mampu memujuk Terrence untuk kekal di sini."

"Kanda, dinda punya idea. Mahu dengar?"

"Apa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience