36

Fantasy Completed 1384

Sudah beberapa hari berlalu, namun khabar Blood Knight masih tiada sebarang kemajuan. Blood Knight mengalami ketidaksedaran setelah melalui rawatan yang panjang.

"Kanda. Hasil dari membaca ingatan Ruth McCarlson, nampaknya akan ada lagi penyerangan kedua dan akan berlaku juga di kota yang lain."

"Tanpa Blood Knight, kita mampu menang?"

"Sepertinya tidak. Kanda, adinda sudah meminta ayahanda untuk menghantarkan doktor kerajaan untuk periksa Blood Knight. Kanda tidak keberatan, kan?"

"Ya. Lanjut lagi mengenai perancangan penyerangan mereka."

"Mereka akan fokus menyerang di sini kerana adanya Blood Knight. Ketua atasan mereka turut akan turun padang."

"Kalau begini kita tidak boleh berpisah dengan kota lain tapi kita mahu pindah ke mana lagi."

"Minta mereka datang ke sini. Ruang ini masih mampu menampung berlipat kali ganda orang lain."

"Kau mahu membazir rise kau?"

"Nantikan ada ayahanda dan kanda Aleen. Mustahil mereka tidak mahu membantu."

"Nanti minta mereka datang ke sini."

"Baik. Kemudian, adinda ingin mengutarakan cadangan untuk meletakkan racun di setiap senjata kesatria."

"Tapi itu boleh menjadi senjata makan tuan."

"Kalau begitu, kesatria dengan keterampilan yang lebih baik saja yang guna."

"Ya, sudah. Aku ikutkan."

"Kanda. Kanda semakin suram, kanda risaukah dengan Blood Knight?"

Terrence membiarkan pertanyaan itu dengan sebuah pandangan kepada Ghea.

"Baiklah. Kanda perlu lebih bertenaga. Blood Knight sudah dalam keadaan baik. Hanya saja perlu menunggu beberapa lama untuk dia berehat dengan cukup. Kalau kanda terus begini, boleh meruntuhkan keyakinan orang lain juga. Kanda adalah seorang pemimpin sekarang. Adinda tidak mahu melihat keadaan kanda yang menyedihkan ini."

"Ya, ya." Dia menghelakan nafas panjang mendengar ceramah percuma daripada adiknya. Tapi ada betulnya juga perkataan Ghea tadi. Tak ada guna merisaukan keadaan Blood Knight yang sudah tentu selamat hanya perlu menunggu sedikit waktu untuk dia tersedar kembali.

.....

Duduk dari pembaringannya membuat dia lantas tersedar badannya sungguh lenguh sehingga dia mendecit kesakitan.

"Blood Knight, awak sudah sedar." Ghea kegirangan sehingga dia tidak sengaja memeluk Krystal dengan erat.

"Argh." Kesakitan lenguhnya tercampur sakit sumpahan kerajaan.

"Alamak. Tak sengaja."

"Tak apa. Tuan puteri, berapa lama saya tak sedarkan diri?"

"5 hari."

"Sudah tidak ada penyerangan?"

"Selepas awak pengsan, ada seorang penyerang tapi adik awak tolong selesaikan dengan kanda saya."

"Adik yang mana satu?"

"Ruth."

"Dia di mana?"

"Di penjara. Awak mahu jumpa dia?"

"Tak mahu."

"Awak ada sakit-sakit?"

"Saya lenguh." Terutama di bahagian leher Blood Knight yang terkena libasan tali musuh.

"Ghea peluk kau tadi, masih sakit?" Terrence muncul sebaik saja dia mendapat khabar kesiuman Blood Knight.

"Masih sedikit sakit."

"Sini aku sapu ubat."

Krystal membuka butang bajunya dan mededahkan sebahagian dada kirinya yang terletaknya sumpahan kerajaan yang berbentuk perisai digabungkan dengan sayap dan huruf A di tengah-tengah perisai tersebut. Di waktu itulah terdedahnya fakta lain yang belum diketahui oleh keluarganya sendiri kerana Krystal tidak pernah menggunakan baju yang mendedahkan dadanya. Mama yang baru saja sampai menangis tanpa sedar, dia tidak menyangka puterinya yang lemah ini terpaksa berhadapan dengan keadaan yang keras seperti ini. Semua orang tahu betapa sukarnya memateraikan sumpahan kerajaan ini kepada seseorang bahkan boleh membawa maut dan sumpahan ini sukar dilepaskan kembali.

"Ma, kenapa menangis?" Krystal melihat dengan kekeliruan di wajahnya melihat kelakuan mamanya.

Mama lantas memeluk Krystal namun tangan Terrence di dada kiri Krystal tidak boleh dileraikan selagi belum selesai.

"Ma, jangan peluk dulu. Pengubatan belum selesai."

Perlu menunggu beberapa saat sebelum Terrence melepaskan tangannya. Terrence kemudian menarik Ghea menjauh dari keluarga tersebut. Membiarkan mereka mempunyai ruang untuk berbicara soal keluarga.

"Sayang, sudah berapa lama kamu ada sumpahan ni?"

"Sudah lama."

"Kenapa tak bagitahu?"

"Nanti kalau bagitahu, terbongkarlah Blood Knight."

"Kenapa kamu tak mahu bagitahu kamu Blood Knight?"

"Fikirkan Blood Knight ni takkan muncul lagi, jadi tak perlulah bagitahu."

"Kenapa macam ni? Kenapa kamu tanggung semua ni? Kamu tak sayangkan kami sampai kamu tak kisah tak beritahu soal ini?"

"Cakaplah apapun mama mahu." Dia tidak mahu memperpanjang isu ini. Lagipun dia masih dalam keadaan lemah, dia akhirnya memilih untuk baring kembali. Lenguh badannya sukar dibendung

"Ma, bagilah adik berehat dulu. Mungkin ada sebab dia tak mahu kita tahu. Kan Krystal?" Tanya Zach.

Krystal menjawabnya dengan anggukan.

"Sayang, Ruth-"

"Tak mahu dengar pasal dia!" Krystal memotong ucapan mamanya sebaik saja mendengar nama adiknya yang satu itu. Hatinya serasa bernanah mengingat perbuatan dia yang membantu musuh, belum lagi dikira perbuatan dia disebalik penyerangan yang ada.

Darren menghampiri Krystal lalu duduk disampingnya. Tangan kakaknya diambil dan digenggam erat dibawa ke pipinya. Sungguh dia tidak memikirkan hal lain, dia cuma memikirkan pulihnya Krystal dari tidur yang agak lama.

"Ma, kita fokus kesihatan Krystal dulu. Dia mesti penat, jadi jangan buat dia fikir banyak." Zach sengaja mengucapkan itu agar mama tidak terus-menerus membualkan soal Ruth. Melalui reaksi Krystal, dia mungkin sakit hati dengan perbuatan Ruth.

.....

"Blood, aku tahu kau masih perlukan rehat tapi kau perlu tahu rancangan akan datang."

"Saya akan dengar, tuanku."

"Penyerangan kedua akan berlaku. Dari kota lain akan ke sini sebab kita tak boleh berpisah. Mereka mungkin menyasarkan kau, jadi kau perlu pulih secepat mungkin."

"Baik."

"Selepas ini kita akan mula guna racun untuk senjata kita."

"Tidak bahayakah untuk kesatria?"

"Tidak semua orang boleh guna senjata beracun. Yang terpilih saja."

"Baik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience