38

Fantasy Completed 1384

'Blood!'

Hening. Tiada sahutan daripada Blood. Dia ke mana?

"Kau." Tunjuk Terrence ke arah Darren.

"Ya, tuanku." Jawab Darren.

"Perhatikan mereka. Kalau mereka masih berbunuh, lapor kepada aku."

"Baik, tuanku."

Terrence melangkah pergi.
'Blood!'
'Blood!'
'Blood!'
Masih tiada sahutan. Dia melihat ke arah kawasan pelawanan, Blood tidak ada di sana. Kenapa tiba-tiba hilang begini?
Dia melihat ke arah bawahan yang turut menjadi pengguna teleportasi untuk menghantar dia kembali ke tempat asalnya.

"Ghea. Blood ke mana?"

"Bukankah kanda mengarahnya berlawan?"

"Ya tapi dia tidak ada di sini sekarang. Kesan keberadaan dia."

"Baik."

Terrence menunggu sedikit waktu.

"Kanda, Blood Knight tidak ada di dalam kawasan ruang bawah tanah ni."

"Tidak ada?"

"Ya."

"Ke mana pula dia pergi ni!?"

"Dia tak ada bagitahu apa-apa?"

"Tak ada."

'Tuanku!'
'Tuanku!'
Terrence terdengarkan suara Blood Knight. Dia melihat sekeliling keberadaan Blood, alangkah terkejutnya dia melihat Blood di udara. Blood berada di lain tempat tapi terlihat di udara seakan mengawasi Blood.

'Tuanku!' Blood tercari-cari akan keberadaan Terrence kerana dia tidak boleh berjauhan dengan Terrence ketika dalam mod Blood Knight. 'ARGH!' Serang mendadak dari belakang mengejutkan Blood sehingga dia terluka dalam. Nampaknya dia akan menjadi mangsa untuk pemangsa yang tidak terlihat. Blood sudah melihat sekeliling namun tiada sesiapa yang kelihatan hanya terdengar derapan kaki yang berpindah-randah.

Luka yang dalam membuat banyak darahnya mengalir. Dia lantas membuka baju membuat dia kini bersinglet dan mengikat ketat baju ke lukanya berharap darah akan keluar melambat.

'SWISH'
'SWISH'
'SWISH'
Terdengarkan di telinganya akan ada panah menyerang. Pedang diambil mengelakkan panah.
Namun, muncul beberapa orang yang tidak dikenali sebaik saja panah dielak.

Datar.
Tiada riak di wajah orang tersebut.

"Kamu siapa?"

Ditanya, malah melawan. Senjata diangkat lalu mendekati Blood tanpa teragak-agak.

Yang satunya memanah ke arah Blood, dua lagi maju mendekati Blood dengan pantas.

'SHRIING'
'SHRIING'
Pedang yang berlaga membingitkan telinga namun perlu ditahan jika tidak mahu mati di sana.
Blood kemudian membuat pedangnya menjadi dua.

'SHRIING'
'SHRIING'
'SHRIING'
Kekuatan Blood sedikit melemah bila berlawan dengan keadaan terluka apatah lagi luka yang dalam. Dua penyerang tadi cuba dihumban namun sukar, dia perlu melakukannya satu persatu.

Kedua-dua tangannya menahan pedang penyerang daripada menyentuh badannya pada masa yang sama mengalihkan panah yang terus-menerus ingin menancap ke tubuhnya. 'AARRGHH'
TAK GUNA!
Ada yang menyerang daripada belakang tanpa sempat Blood mengelak. Namun untungnya, pedang tersebut hanya menikam bahunya kirinya, bukan jantungnya.
Dia sampai berlutut menahan sakit di bahu dan kakinya yang terluka.
Sekelip mata, mata Blood sudahpun menjadi merah. Nampaknya dia memilih untuk menggunakan Kekuatan Narnia dengan lebih awal.

"Kanda. Apa perlu kita buat?"

"Pergi cari dia. Dia boleh mati bila-bila masa kalau macam ni terus."

"Cari di mana? Adinda tidak dapat mengesan dia."

"Minta beberapa pergi cari di luar."

"Baiklah."

Keadaan membuat panik. Kesatria bawahan yang masih berlawan sedikit gusar akan masa hadapan mereka yang akan mati atau terus hidup jika Blood Knight tidak kembali ke sini. Bukan ingin menafikan kekuatan keluarga diraja, hanya saja mereka terlalu bergantung dengan Blood Knight.

Menghilang!
Blood muncul di udara dengan busur dan panah yang tepat ingin menembusi musuh yang ada.

'SWISH'
'SWISH'
Pertama gagal, namun tidak untuk kedua kalinya. Satu tumbang bila panah tembus kepalanya.

Tiga-
Tidak. Masih banyak yang bersembunyi untuk membunuh dia. Mampukah dia bertahan lebih lama?
Dia perlukan Terrence untuk mengekalkan rise di dalam badannya.
Apapun, cuba saja. Lagi pula dia sedang menggunakan Kekuatan Narnia.

Pembalasan bermula. Satu persatu kini muncul dengan pelbagai bentuk senjata yang digunakan untuk membinasakan Blood Knight. Pertarungan sengit bermula.

Pertarung sengit di ruangan bawah tanah sudahpun selesai. Banyak mayat yang berserakan sama ada musuh atau sekutu. Mereka masing-masing mengambil nafas lega kerana masih hidup.

"Cik Ruth. Kembali ke tempat kamu." Ujar penjaga zon penjara.

"Tepi." Ruth melanggar kasar penjaga tersebut dan segera mendekati dinding zon penjara. "DARREN!" Dia meneriakkan nama Darren sekuat yang mungkin.

Kini ramai yang tepat memandang ke arah Ruth. Darren yang dari kejauhan lantas teleport di hadapan Ruth.

"Kenapa?"

"Teleport kakak sekarang atau kau pergi jemput dia. Dia akan sampai batas penggunaan Kekuatan Narnia."

"Aku cuba." Ren berlutut sebelah kakinya dengan salah satu tangan menyentuh tanah. Matanya ditutup rapat untuk fokus terhadap apa yang akan dia buat. Dalam beberapa masa, dia kembali berdiri. "Dia terlalu jauh, aku tak dapat jemput dia."

"Apa maksud kau?" Tanya Terrence yang mendekati mereka.

"Kakak, bukan di Avalon. Dia terlalu jauh."

"Di mana?"

"Kalau tidak silap, dia berada di Erewhon."

"Memang tak boleh jemput dia? Keadaan dia sudah terlalu teruk."

"Tuanku, saya tak mampu. Saya juga tidak mahir menjemput orang yang jauh. Saya cuba tanyakan bapa kami sekejap." Ren pergi teleport ke papa mereka untuk membawanya menghadap Terrence dan juga sudah menceritakan apa yang berlaku.

"Encik Louis dapat menjemput Blood Knight ke sini?"Tanya Terrence.

"Saya boleh cuba, tuanku. Kalau dia tidak sampai tepat ke sini, setidaknya dia sampai berdekatan sini. Cumanya terpaksa mencari lagi."

"Tidak apa, aku akan arah sesiapa yang dapat mencari."

"Lagi satu, tuanku."

"Apa?"

"Saya perlukan banyak rise."

"Tunggu." Terrence pergi dan kembali sambil munculnya Gheara dan Peter serta patung Krystal yang bernama Honey Bear yang berukuran normal untuk patung biasanya. "Adakah kami bertiga dan patung ini cukup untuk menjemput Blood Knight?"

"Cukup, tuanku." Louis lantas berlutut sebelah dengan tangannya menyentuh tanah.

Terrence melihat ke udara untuk melihat keadaan Blood Knight.
Cemas.
Keadaan Blood Knight tentu sudah tidak mampu menahan Kekuatan Narnia untuk kekal berfungsi tetapi jika tidak di guna, hidupnya tiada harapan lagi.

'Bertabah, Blood Knight. Tinggal seorang lagi untuk kau kalahkan dan kau akan dibawa balik ke sini.' Ungkap Terrence di dalam hatinya.

'AARRGHH'
'SHRIING'
Ditebasnya tubuh penyerang itu menjadi dua bahagian. Dia sudah tidak mampu menahan. Matanya kini kembali menjadi warna asalnya, coklat. Dia sungguh berharap tidak ada lagi yang menyerang.
Dia berdiri bersandarkan dinding dan kini perlahan jatuh terduduk. Kosong. Matanya kini seakan tiada sinar kehidupan.

'HUKK!'
'HUKK!'
Dia memuntahkan darah dari dalam tubuhnya dan tekaknya kini pedih. Dalamannya sudah sekarat. Dia melihat lengannya yang terdedah, sudah membiru.

"Hahahaha." Dia tertawa kecil. Dia tidak tahu apa yang lucu. Tiba-tiba saja ingin tertawa. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Dia tidak mahu menutupkan mata, namun dia tiada kekuatan untuk menahan matanya. "Tuanku." Seru Blood Knight sebelum akhirnya tumbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience