"Apa rancangan atok lepas dia tinggal sini?"
Jejaka bersuara lembut bertanya lagi saat mereka berenam makan bersama.
Sejak tadi, Krystal cuma tahu nama Si Dingin tu.
Bilalah atok mahu perkenalkan nama mereka ini?
"Tak ada perancangan khusus. Cuma mahu Krystal perhatikan siapa yang paling sepadan untuk menjadi pasangan Ruth nanti."
"Kalau dia salah pilih macam mana?"
Buka sudah kembali mulut celupar dia.
"Mustahil benda sebegitu terjadi. Bahkan jikalau dia tidak suka dengan perangai kamu, boleh jadi juga untuk kamu terpilih."
"Kenapa mahu percaya sangat dengan dia ni? Ada benda istimewa apa pada dia ni?"
"Istimewa atau tidak, dia orang yang boleh diberi kepercayaan penuh. Dan kamu selepas ini patut layan dia dengan baik. Dia juga pandai membalas perbuatan kamu."
"Percaya sangat dengan orang luar."
"Atok lebih kenal dia dan keluarga dia berbanding kamu mengenal mereka, jadi jangan membuat andaian yang tidak-tidak."
"Hrmm."
Cukup, tutuplah mulut tu.
Menyakitkan hati Krys saja.
Walau Krys berdiam diri, dalam hatinya sudah terbit kata-kata sumpah-seranah.
"Sudahlah. Kita habiskan makan dulu. Kita sambung nanti."
.....
Berakhirnya sesi makan malam, mereka beralih ke ruang tamu untuk melanjutkan perbualan mereka dan mungkin ada perkara yang masih mereka ingin pertanyakan.
"Umur Krystal ni sudah berapa? Mustahil belasan tahun, kan?"
Jejaka bermuka bayi bertanya.
Sedap je nada dengan ayat dia bercakap.
"Erm, kita tahun ni 26. Kalau tanya pasal perangai kita, ni sebab kita tak pandai nak kawal Rise kita sampai ada gangguan fungsi pada otak kita."
Sebelum ditanya, baik cakap awal-awal.
"Sekarang pengantin, siapa nama dia tadi?"
"Ruth."
"Dia belajar di mana sekarang?"
"Dia belajar di sekolah pertahanan kota sebelah."
"Kau kerja apa?"
Si Rambut Panjang lagi yang bertanya.
"Kita kerja di pejabat saja."
"Bukan kau keluarga kesatriakah? Kenapa tak jadi kesatria?"
"Sebab tak dapat kawal Rise."
Rise ni apa?
Rise merupakan sumber kekuatan seseorang bahkan mempengaruhi aura seseorang.
Rise yang banyak mampu menjadi seseorang menjadi kuat dalam mengawal kuasanya bahkan sekiranya Rise dan kuasanya mampu digabungkan, orang tersebut mampu bertarung dalam masa yang panjang juga tidak mengalami kantuk ketika itu.
"Oh ya, baru saja kau cakap tadi. Rise kau banyakkah?"
"Tak banyak macam Ruth. Dulu masa kecil diperkira saya yang paling sedikit Rise."
"Jadi kau sajalah yang lain daripada yang lain? Jatuhkan imej keluarga saja."
"Dahlah tu, Jay. Kenapa kau mahu sakitkan hati orang ni?"
Jay sekadar mengalihkan pandangan ke tempat kosong.
Mengelak untuk menjawab.
"Atok~~." Rengekan dengan wajah sayunya membuat atok faham kemahuan Krys kerana sering berlaku seperti ini.
"Pergilah, Krystal. Mungkin akan buat dia lebih insaf."
Lantas Krys tersenyum lalu melontar patung beruangnya dengan kasar ke arah Jay.
"Argh! Apa benda kau buat ni!?"
"Padan muka. Buat kita sakit hati lagi." Diambil kembali patungnya di pangkuan Jay.
"Biarkan je dia tu, Krystal. Sewel kadang-kadang."
"Tak apa, bukan pertama kali jumpa orang macam dia. Dah biasa tapi tulah sakit hati masih terasa."
"Dah lama dengan (patung) beruang tu?"
"Erm, dah lama. Jadi kita pergi mana-mana pun tetap bawa beruang ni."
"Oh."
"Atok dah kena balik ni. Kamu semua jagalah Krystal ni elok-elok. Krystal, apa-apa jadi, bagitahu atok."
"Baiklah, atok."
Mereka semua menghantar atok hingga ke hadapan pintu.
"Krystal, kau takut?"
"Takut? Takut kenapa?"
"Kau seorang, kami berempat."
"Buat apa takut. Kalau jadi apa-apa, kita larilah. Kita tak bodoh untuk duduk diam ja."
"Baiklah kalau macam tu."
"Hehe. Boleh kita tahu bilik kita di mana? Kita rasa kita sudah mengantuk."
"Ikut sini. Saya hantarkan awak."
Si Kacak mempelawa Krys untuk ke bilik yang sudah disediakan dan barang-barangnya juga sudah dimasukkan ke dalam bilik tersebut.
"Awak, nama awak siapa? Kita ingin juga tahu nama awak dengan yang lain."
"Saya? Henry, Henry Hansford. Yang rambut panjang nama dia, Mark. Yang mulut pedas tu pula, Jay. Yang terakhir, Nathan. Kami semua guna nama keluarga Hansford."
"Oh, baiklah. Kita akan ingat nama-nama awak semua."
Henry berhenti di hadapan pintu bilik yang tertutup lalu dibukakan untuk Krys.
"Wah, inikah bilik untuk kita?"
Baru saja ingin melangkah masuk, dia ditahan.
"Krystal."
Tangan yang tidak memegang patung ditahan ke belakang juga sebelah pinggangnya dirapatkan ke dinding.
"A-awak?"
"Krystal, awak memang macam ni?"
"Maksud awak apa?"
"Kelakuan awak memang macam ni?"
"Ya. Awak berfikir kita berpura-purakah?"
"Sedikit. Lagi-lagi bila awak dari keluarga yang cukup berbakat di Negara Narnia."
"Itu mereka. Bukan kita."
"Baiklah. Saya harap awak tak menipu. Jangan kecewakan saya."
Tangannya lantas melepaskan genggamannya pada tubuh Krystal.
"Semoga mendapat tidur yang lena. Ada apa-apa, boleh cari saya di sana."
Jari telunjuknya terarah pada bilik yang selang tiga bilik dari bilik Krystal.
"Baiklah."
"Maaf kalau awak takut."
"Ermm."
Terlepas daripada tahanan Henry, Krys kemudian memasuki bilik tanpa Henry.
"Zach, maaf ganggu kau malam-malam macam ni."
Telefon yang berdering membuatnya terbangun dari lelap yang lena.
"Ada apa?"
"Jumlah penduduk semakin berkurang. Kalau boleh, kami mahu kau ikut sama dalam pencarian orang yang hilang atau dibunuh."
"Sekarang?"
"Ya."
"Kawasan?"
"Pergi pejabat dulu sebelum kita ke lokasi."
"Baiklah. Aku sampai sekejap lagi."
"Kami tunggu."
"Ya."
Lantas panggilan telefon dimatikan dahulu.
Dengan begitu, Zach segera bersedia untuk ke pejabat.
Walau dia kesatria, dia turut membantu tugas kepolisan sekiranya diperlukan.
Share this novel