"Awak, buat apa tu?"
Krystal terpandang Henry yang sedang melihat peti ais yang terbuka.
Entah apa yang ditenungnya.
"Tengah memikir apa untuk sarapan."
"Awak masakkah? Pembantu rumah mana?"
"Pembantu rumah buat kerja kemas-kemas ja. Masak, tak. Awak sarapan oat lagikah?"
Terlihat di tangan Krystal yang sedang memegang bungkusan oat dan buah.
"Ya. Lagipun kita tak boleh sarapan berat, nanti sakit perut."
"Yalah. Pergilah, makan dulu."
"Awak, ada nasi?"
"Ada nasi semalam. Untuk buat apa?"
"Kalau awak mahu, kita boleh tolong masakkan lauk tapi yang senang sajalah."
"Mahu."
"Kalau macam tu, kita masak daging ayam ni, boleh?"
"Boleh."
Lantas Krystal meletakkan dulu bahan makanannya tadi di atas meja sebelum mengambil daging tadi.
Dicuci dahulu sebelum dia memotongnya dan menghiris bawang dan halia mengikut kesesuaian.
Setelah itu, dia menghidupkan api untuk masakkan lauk dan air untuk oat dia nanti.
"Awak, baju yang awak pakai tu bukan baju untuk jalan nanti? Nanti bau pula baju awak."
"Tak apa. Kita boleh tukar, tak pun pakailah minyak wangi."
"Jadi apa awak buat nanti semasa berada di pejabat saya?"
"Pejabat awak? Awak kerja sendirikah?"
"Kira macam tulah. Saya salah seorang pewaris syarikat atok."
"Oh. Kita cuma mahu tengok keadaan tempat kerja awak. Terus untuk tengok macam mana awak atur kerja awak. Kalau boleh, kita mahu perhatikan seluruh pejabat awak, boleh?"
"Boleh saja."
"Tapi awak. Saya mahu pergi tempat kerja saya dulu. Abang saya ingin berjumpa dulu."
"Terus nanti awak pergi tempat saya macam mana?"
"Awak boleh hantar lokasi dalam telefon."
"Tak boleh. Itu larangan buat kami dan orang yang kerja di sana saja boleh dapat lokasi keberadaan pejabat tu."
"Erm, kita ada idea. Awak tengokkan kuali ni dulu ya."
"Ya."
Pantas Krystal ke biliknya mengambil sesuatu untuk digunakan nanti.
"Awak ambil apa?"
"Ta-da. Comelkan?"
Ditunjukkannya sebuah patung beruang sebesar tapak tangan di hadapan Henry.
"Comel. Bear awak? Nak buat apa?"
"Nanti awak bawa ni supaya kita boleh pergi tempat awak guna teleportasi. Awak sembunyikan mana-mana berdekatan awak."
"Kalau tak sembunyikan, apa jadi?"
"Tak jadi apa-apa. Cuma kita tak mahu awak malu bawa bear ni."
"Buat apa untuk malu. Bukannya benda memalukan."
"Hihi. Ikut awaklah. Ni lauk dah siap masak. Awak makanlah."
"Awak buat oat awak dulu. Kita makan sama-sama."
"Baiklah."
"Kau masak lagikah, Krystal?"
Mark muncul di hadapan mereka berdua secara tiba-tiba atau mereka tidak perasan dengan kehadiran dia.
"Ya, kita masak. Awak mahu?"
"Mahu,, nanti aku ambil."
Krystal kini membuatkan sarapan pagi untuknya.
Beberapa minit ja sudah siap untuk dimakan.
"Krystal, lepas tempat Henry, Kau pergi tempat siapa lagi?"
"Tak tahu lagi. Kalau pergi tempat awak, boleh?"
"Boleh ja tapi bila?"
"Bila awak lapang?"
"Minggu depan."
"Kalau macam tu, kita pergi minggu depanlah."
"Baiklah."
"Kita sudah siap. Kita pergi dulu ae. Nanti kita pergi pejabat awak."
"Ya, hati-hati." Ujar Henry yang masih dengan makanannya.
"Baik."
Krystal kini berlalu pergi dengan beg yang berisi patungnya.
"Henry. Aku ada dapat berita yang masalah pembunuhan masih dalam keadaan kritikal. Tiada sebarang petunjuk mengenai pembunuh."
"Dah tu?"
"Kau tak ignin menolongkah?"
"Ingin menolong macam mana? Aku ini bukannya detektif. Lagipun aku sudah rasa pembunuh tu tahu pasal dia diburu dan mungkin dia sudah jauh. Dan kau ingatkan apa andaian aku sebelum ni?"
"Yang mana satu?"
"Besar kemungkinan pembunuh tu ada kuasa teleportasi sampai senang dia culik orang dan bunuh orang di tempat berbeza."
"Henry, kau patut datang ketika berjalannya perbincangan dengan pihak kerajaan."
"Sudah kenapa?"
"Ikut andaian kau, mungkin masuk akal. Kau bagitaulah mereka pasal ni."
"Aku tak mahulah. Silap cakap nanti, dipancung kepala aku."
"Tak adanya sampai dipancung. Kau ikut nanti."
"Kau tolong-tolonglah aku nanti."
"Ya."
~~~~~
"Abang, kita sampai."
"Sini, ikut aku."
Tubuh Krystal mengekori Zach ke ruang rehat yang selalu diguna abangnya.
Mungkin ingin mengatakan sesuatu yang sulit.
"Kenapa, abang?"
"Aku nak pergi jumpa pihak kerajaan untuk minta tolong lebih banyak kesatria dalam kes pembunuhan ni."
"Sejak bila pula abang terlibat ni?"
"Baru dua hari lalu. Jadi macam mana pandangan kau? Kau rasa betul atau tidak ni pilihan aku?"
"Apa rasional ingin meminta tolong lebih banyak kesatria?"
"Mungkin boleh minta mereka menolong polis dalam langkah berjaga-jaga dan mengawasi kawasan masing-masing siang dan malam."
"Tapi susahlah untuk buat macam tu."
"Ada jalan lain lagikah?"
"Hah, kita ada idea. Apa kata minta semua orang duduk dalam rumah untuk beberapa hari lepas tu kita tengok siapa yang hilang dan tak ada di rumah."
"Kalau yang sekolah, macam mana?"
"Tinggal asrama dulu."
"Mahukah pihak kerajaan dengar semua ni?"
"Mestilah. Semua pandangan akan didengar dan dinilai positif dan negatifnya."
"Yalah. Nanti aku pergi cadangkan benda ni."
"Bagus. Ada lagi?"
"Aku mahu kau ikut dalam kes ni."
"Ih, tak inginlah ah. Kita tak mahu terlibat. Lagipun tengoklah keadaan kita ni, siapa ingin percaya."
"Ada aku untuk percaya kau."
"Tak mahu. Kalau ada ingin ditolong, abang cakap saja dengan kita. Tak payah sampai kita ikut dalam misi."
"Tapi, Krystal."
"Tak mahu."
"Tak apalah. Kau fikirkan dulu. Kalau kau mahu ikut, bagitahu aku."
"Tak ingin. Dahlah, kita ada hal untuk buat. Jumpa lagi."
"Ya."
Dia kini menggunakan teleportasinya untuk ke tempat Henry.
Semoga patung tadi tidak dilupa untuk dibawa bersama.
"Sampai. Eh!"
Tanpa amaran, lehernya dicekik dengan dirinya yang tersandar di dinding membuat dia sukar untuk bernafas.
"Le-lepas."
Nafasnya sudah tersekat-sekat dek cekikan yang terlalu kuat.
Lantas lehernya dilepas kasar sehingga dia terduduk di lantai.
"Kenapa patung kita tempat awak? Hukk. Hukk."
Patung kecilnya berada di tangan yang tak sepatutnya.
Apa yang berlaku sekarang?
"Apa yang kau sudah cakap pada atok sampai dia hukum aku?"
"Kita cuma cakap kebenaran sajalah. Tak kurang tak lebih."
"Kau mesti dah hasut atok tak bagi duit bulanan aku, kan? Kau cakap dekat aku sekarang!"
"Kita tak jahat macam tulah."
"Oh, tak mahu mengaku. Pegang dia."
Dua gerangan lelaki yang berdekatan mereka kini mendekati Krystal dan memegang pergelangan tangan Krystal dengan kasar dan membuat dia terbaring di lantai.
"Aku akan pastikan kau menyesal dengan perbuatan kau. Kau akan bayar sakit hati aku dengan tubuh kau. Mesti tak ada yang inginkan diri kau, jadi biarlah tubuh kau ni untuk kau."
Satu-persatu butang bajunya dibuka menghadap Krystal dan ia semakin mendekat.
Krystal berusaha untuk melarikan diri namun dia tidak dapat melawan kudrat dua orang lelaki yang memegangnya.
"PAPA! ABANG!"
Share this novel