14

Fantasy Completed 1384

"Ren, banyakkan peminat kau sampai sejak tadi banyak yang pandang kau."

"Mengarutlah kau. Entah-entah mereka pandang kau."

"Aku tak sepopular kau."

"Popularlah lepas kau bawa junior tu berlawan."

"Ish, tak positif betul kalau jadi popular sebab itu."

"Salah kau sendiri yang cepat baran."

"Kau tengoklah nanti kalau sudah banyak junior tahu yang kau kembar aku. Aku mahu melihat betapa tahannya kau mendengar ucapan liar mereka soal kakak."

"Aku takkan berlawan mulut, teleport saja dia keluar sekolah."

"Gila. Sejahat-jahat aku, jahat lagi kau."

"Setidaknya aku tak buat dia terluka."

"Tapi kau buat dia dibuang sekolah."

"Padan muka dia."

Mengikut peraturan sekolah mereka, sesiapa yang berasrama di sekolah tersebut tidak dibenarkan keluar dari perkarangan sekolah tanpa kebenaran. Kebanyakan murid di sekolah ini pula memang memilih untuk berasrama. Dan sekiranya ada yang tetap keluar, orang tersebut akan dikesan oleh pihak sekolah dan dibuang.

"Ren, rehat sekejap. Penatlah." Rasanya sudah sekitar 15 minit mereka berlatih berpedang bersama. Berilah rehat sebentar.

"Baru 15 minit, takkan sudah penat. Kebiasaannya berapa minit berlatih?"

"Sepuluh minit."

"Lemah. Aku pernah sampai sejam."

"Kau memanglah, kan dari dulu lagi selalu berlatih lama-lama."

"Maknanya kau yang perlu berlatih lebih. Kita ini akan menjadi kesatria, bayangkan kalau tiba-tiba kita perlu berlawan. Baru sepuluh minit, kau dah mati."

"Cis. Suka mengejek aku."

"Mana ada. Untuk peringatan saja."

"Yalah. Berlatih lagi."

"Zach, sudah dua minggu ni, tiada pembunuhan berlaku. Kau rasa mereka tahu soal apa yang kita buat sekarang?"

"Tak pasti. Kalau betul itu yang terjadi, bermakna ada seseorang yang menjadi musuh dalam selimut."

"Kau pernah cakap ada orang tolong kau cari idea. Siapa sebenarnya? Kau tak payahlah berahsia."

"Masalahnya 'dia' yang tak mahu orang tahu pasal dia. Aku perlulah hormat keputusan dia."

"Baiklah. Cuba kau tanya dia semula. Mungkin kita boleh buat perkara lain. Untuk operasi penambahan kesatria juga masih ada tiga minggu lagi."

"Nantilah aku tanyakan dia."

"Tadi ketua kita ada jumpa aku. Dia nak kau bersiap untuk pergi ke kubu Utara. Mereka kesan ada pencerobohan kecil di sempadan utara."

"Berapa lama aku perlu di sana?"

"Itu dia tak bagitahu pula. Kenapa?"

"Bulan depan adik aku akan konvokesyen. Nanti mereka marah pula bila aku tak datang."

"Adik kau yang kembar tu?"

"Ya. Yang lelaki tu tak kisah sangat tapi yang perempuan tu yang susah. Nak memujuk tu yang aku malas."

"Lagi susah daripada memujuk Krystalkah?"

"Ya."

"Manja-manja adik kau ni."

"Macam tulah. Nasib baik yang lelaki tu tak manja tapi dia manja jugalah dengan Krystal."

"Manja-manja Krystal itupun, mahu juga dia bermanja?"

"Ya. Krystal nampak macam adik manjakan? Tapi dia kakak penyayang."

"Rasanya beruntung jadi adik dia."

"Tak sangat sebab banyak orang selalu ejek ada kakak gila."

"Adakah orang cakap macam tu?"

"Ada. Aku masa masih belajar pun selalu diejek ada adik gila."

"Kesiannya. Padahal bukannya gila."

"Macam tulah kalau orang suka menilai buku pada kulitnya."

"Apapun kau cepatlah berjumpa ketua. Mungkin ada hal lain lagi yang perlu dia katakan tapi tidak mahu perantara dan kau juga mintalah pulang sebelum adik kau konvokesyen."

"Baiklah."

.....

"Krystal." Panggil Nathan.

"Ya?"

"Tadi aku pergi kedai, aku ada belikan coklat untuk kau kalau kau mahu."

"Coklat? Mahu."

"Nah." Dia menghulurkan sebungkus plastik berisi beberapa makanan manis yang dia temui tadi.

"Wah. Untuk kitakah ni? Banyak ni."

"Sekali-sekala aku mahu belanja orang."

"Tapi ni banyak sangatlah awak. Awak ambillah yang lain."

"Tak apa. Nanti aku beli kalau aku mahu. Kau simpan saja untuk makan nanti."

"Betul ni?"

"Ya."

"Hihi, kita ambil."

"Ambillah. Kau takkan pengsan macam sebelum ni sebab makan coklatkan?" Teringat pula dia apabila Krystal pengsan selepas makan coklat yang dibeli Mark.

"Tidaklah. Lagipun bukan itu punca kita pengsan."

"Baguslah, nanti apa aku mahu cakap pada abang kau kalau kau pengsan lagi."

"Jangan risau begitu. Kita takkan pengsan lagi."

"Walaupun yang jadi?"

"Oh, itu tak pasti. Mana kita tahu kalau-kalau ada perkara yang buat kita terguna banyak rise lagi."

"Aku risau bila kau makin lama berurusan dengan kami, keluarga Hansford. Lagi pula kau bukan calon pengantin kami bertiga."

"Kenapa?"

"Keluarga Hansford banyak musuh terutama dalam pengurusan kerajaan disebabkan atok jadi penasihat diraja. Bila-bila masa orang boleh ambil kesempatan untuk hancurkan keluarga kami termasuk orang yang tidak terlalu berkait dengan kami."

"Tak apa. Tinggal sebulan lebih lagi dan Ruth akan balik."

"Aku tidak ingin merendahkan kau namun sebaiknya yang masuk ke keluarga Hansford adalah seorang yang mampu bertarung dengan baik."

"Hehe. Tak apa, kita faham. Sebab tu dalam perjanjian dah diberitahu awal-awal bahawa yang banyak rise seawal 6 tahun yang dipilih untuk dijodohkan."

Nathan tersenyum tipis mendengar celoteh Krystal yang baginya comel.

"Kenapa awak sengih macam tu?"

"Tak ada apa-apa. Nampak kau comel saja. Krystal, mahu tak kau jadi kakak aku? Lagipun nanti boleh jadi, bukan aku yang jadi adik ipar kau nanti."

"Apa! Awak ingin menjadi adik kita?" Krystal sedikit teruja mendengar ucapan Nathan.

"Ya, aku ingin menjadi adik kau."

"Boleh, boleh."

"Jadi aku perlu panggil kau apa ni?"

"Ermm. Ikut awaklah. Lagipun kadang-kadang Ruth dengan Darren panggil guna nama tapi memang selalunya panggil 'kakak'."

"Baiklah, aku biasakan panggil kakak."

Seakan bersinar-sinar pula mata Krystal memandang Nathan, Krystal pertama kali merasakan adanya orang luar yang sudi menganggap dia sebagai kakak padahal orang di luar sana kerap menganggap dia gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience