34

Fantasy Completed 1384

"Biar betul ada penyerangan? Bukan ni tempat selamatkah?"

"Tempat selamat pun, kalau dalamnya ada musuh, tak guna juga, Nathan. Kau fikir mereka ni tak cerdik untuk bersedia tanpa strategi. Lagi-lagi kita ni dibawah jagaan Putera Terrence dan ada Blood Knight." Mark layankan saja ucapan Nathan tadi.

"Kau pastikah mereka akan menang? Kita sekarang tersepit di kawasan macam ni. Lepas tu, zon selamat inipun dijaga oleh pengguna teleportasi yang entah mampu atau tidak bertahan sampai selesai."

"Kenapa kau tiba-tiba fikir negatif ni? Kejap, kenapa kau macam perempuan yang banyak fikir ni?"

"Saja membuang kebosanan jadi mari berbual."

"Haih. Kalau tak silap aku, Blood Knight ada tolong buat zon selamat ni, mungkin boleh tahan lebih lama kalau ada Blood Knight."

"Kau rasakan, Blood Knight ni siapa? Berahsia betul."

"Malaslah aku fikir yang itu. Bukannya ada petunjuk itu siapa. Yang kita tahu dia pengguna teleportasi."

"Aku tiba-tiba ingin tahu bagaimana Putera Terrence jumpa Blood Knight."

"Sud-"

'Swishhh'
'Swishhh'
'Swishhh'

"Gila, betul-betul diserang."

"A-abang. Takut." Adik Nathan lantas memeluk dengan tubuh menggigil.
Baru kali ini mereka melihat penyerangan secara dekat kerana penyerangan sebelumnya tidak disaksikan oleh sebab sudah diteleport lebih awal.

"Macam tu saja dia bunuh. Mantap."

"Kau fikir kita sedang menonton filemkah?"

"Anggap sajalah begitu. Membantu, mana mungkin dibenarkan. Aku hanyalah seorang penganggur." Nampaknya Nathan masih belum diterima kerja sampailah sekarang. Mesti guna orang dalam ni baru boleh dapat kerja ataupun perlu letak nama keluarga dia sekali dalam permohonan kerja.

"Kamu. Ada nampak Krystal?" Muncul saja tiba-tiba bertanyakan Krystal.

"Tak ada. Kenapa kau cari dia, Henry?"

"Aku macam tak nampak dia bersama keluarga dia."

"Hrmm, Ruth pun macam tak ada. Mungkin mereka terpisah. Lagipun kemasukan zon selamat ni rawak. Mungkin termasuk zon selamat lain."

"Tak ada juga. Aku sudah tengok."

"Entahlah. Baik kau fikir diri kau dulu sebelum fikir orang."

"Hrmm."

'AARRGHH' Teriakan orang membuatkan keadaan semakin haru. Ada yang menyaksikan pembunuhan Blood Knight sehingga tidak mampu melihat lagi. Kesatria yang berada di luar kubu mencuba sedaya-upaya untuk meroboh kubu lut sinar tersebut namun hampa yang ditemui. Gheara dari kejauhan sudah menitis air matanya membanjiri wajah. Terrence menunjukkan wajah datar, dikeranakan dia sudah kenal Blood Knight, dia percaya Blood Knight tidak akan mati dengan mudah. Wajah Blood Knight sudah terbongkar.

Seorang musuh terduduk melihat wajah Blood Knight tanpa tahu sebabnya lalu berteriak seakan histeria.

Mendadak tubuh Blood Knight yang sudah cedera parah bangkit berdiri dengan lukanya yang hilang seakan sudah pulih. Bibir Blood menyenget seakan tersenyum sinis sambil melihat tajam ke musuh yang terduduk. Beberapa daripada kesatria, penduduk bahkan musuh terpegun sejenak melihat sosok Blood Knight tanpa topeng.

Tidak menunggu lama, empat musuh menyerang secara bersamaan, namun sudah masanya Blood melawan. Entah bagaimana berlaku, iris mata Blood Knight menjadi merah terang seperti warna darah. Musuh menjadi teragak-agak ingin menyerang tetapi tetap dilanjutkan.

'SHRIING!' Pedang Blood Knight membelah kubu dengan dengan sekali libasan.

"Ejen K!" Salah satu musuh cuba menyedarkan musuh yang terduduk namun tidak terkutik dek panggilan berkali-kali.

Blood Knight dengan kesedaran penuh merasai aura yang tidak asing juga mengetetahui 'Ejen K' inilah yang mempunyai kekuatan teleportasi dari kelima musuh ini.

Blood membuang pedangnya tetapi pedang tadi hilang jejak, tangannya ke udara seakan menggapai sesuatu namun ke mana pergelangan tangannya? Blood Knight menggunakan teleportasi untuk mengambil senjata yang tidak ada di badannya. Pisau berganda muncul di pergelangan tangan dan tepat matanya memandang ke arah 'Ejen K'.

'BUKK!' Blood menghentakkan Ejen K ke dinding tanpa perlawanan daripada musuh tersebut malah terdengar tangisan di sebalik topeng. Blood tidak menghiraukan tangisan tersebut dan langsung menancap dalam pisaunya di dinding tepat berdekatan kiri dan kanan leher Ejen K. Topengnya ditarik paksa oleh Blood dan membuat di persekitaran menjadi terpegun lagi. Kenapa jadi begini?

"Berani KAU jadi pengkhianat negara? Kau mahu merasa mati di tangan akukah!?"

'SHRIING' Dengan kesakitan di hatinya membuat dia membunuh musuh yang menyerang mati seketika, kepalanya bahkan bergolek namun tidak menjadi ketakutan. Sakit hatinya diakibatkan ahli keluarganya sendiri yang menjadi musuh dalam selimut setelah mereka lama berjuang untuk menjaga ketenteraman penduduk.

"Susah aku percaya kau begini." Hilang! Blood Knight fokus untuk membunuh musuh yang lain. Satu-persatu musuh yang cuba membunuhnya dibantai. Salah satunya dikerat leher sehingga putus. Mereka sudah terpisah memudahkan Blood Knight membunuh tanpa diserang bersama-sama. Mana aci 5 lawan 1 kan?

Tidak cukup di situ. Pengguna tali yang menyebatnya dibuat mati tergantung kehilangan nafas. Selebihnya dibuat mati ditusuk jantung namun ada yang masih dapat melawan dengan pedang, namun dengan pedang kurniaan kerajaan, mustahil dilawan dengan mudah. Pedang musuh tadi sampai patah terbelah begitu juga dengan badan pemiliknya.

Blood Knight mengambil lagi pisau dari tempat teleportnya lalu berteleportasi ke udara dan menendang keras kepala musuh yang cuba menyelamatkan Ejen K yang sedari tadi dikelilingi oleh kuasa teleportasi Blood Knight, maka dengan itu sesiapa yang cuba menyentuh Ejen K akan diteleport kepada Blood Knight untuk dibunuh serta-merta. Bahkan Blood Knight dengan kejamnya menikam di celah kangkang musuh mahu lelaki mahu perempuan tetap ditusuk tempat yang sama sebelum akhirnya kepala mereka tertancap pisau yang agak panjang dan dibuat seakan-akan melekat di dinding berdekatan dengan keberadaan Ejen K.

"Seronok melihat kematian rakan-rakan seperjuangan kau?" Sinis senyumannya memandang Ejen K.

'BUKK!'
Nampaknya masih ada penyerang yang kuat muncul di hadapan Blood Knight.
Blood Knight mengambil pedangnya dengan kekuatan, pedang tersebut menjadi dua.

'Blood.' Terdengar Terrence memanggilnya di dalam hati. Sepertinya Terrence mempunyai rancangan.
Dia maju ke hadapan cepat menyerang musuh dan musuh sempat menyerang namun dia tidak tahu apa yang menunggu di belakangnya. Terrence berjaya menikam jantungnya setelah Blood Knight meneleport Terrence lalu Blood Knight memenggal kepalanya. Bagus-bagus hidup, kan sudah mati di tangan Blood Knight.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience