6

Fantasy Completed 1384

"Ruth, lepas habis belajar ni, awak pergi mana?"

"Saya balik kota saya untuk jadi kesatria."

"Takkan terus jadi kesatria? Tak bercuti dulu?"

"Mungkin bercuti dulu tapi mungkin terus kahwin."

"Hah! Awak sudah ada kekasihkah?"

"Tak ada."

"Terus awak kahwin dengan siapa?"

"Lelaki pilihan keluarga saya."

"Padahal awak masih muda."

"Tak apa. Saya pasti suami saya akan benarkan saya buat apa yang saya mahu."

"Betul ni?"

"Ya."

"Awak tinggal kota mana? Saya asyik lupa. Mungkin nanti saya boleh jenguk awak."

"Utara-2."

"Eh, Utara-2. Kejap, saya rasa ada benda yang saya patut tanya awak tapi saya asyik lupa."

"Tak apa. Fikirkan dulu."

"Ingatlah. Ingat."
Kawan mencuba sedaya-upaya mengingat pertanyaannya.
"Hah, ingat. Awak mesti kenalkan dengan Blood Knight. Dia sekarang di mana?"

"Blood Knight? Sudah lama hilang."

"Kenapa dia tiba-tiba hilang?"

"Tak tahu. Pihak kerajaan tak ingin bersuara mengenai isu ni."

"Ada potensi tak yang Blood Knight masih hidup?"

"Ya, pasti ada. Kenapa awak tanya pasal dia?"

"Suka-suka saja. Sebab diakan sosok yang hebat tiba-tiba pula tak ada khabar."

"Mahu buat macam mana lagi. Nama sebenar dia pun kita tak tahu, muka dia pun kita tak tahu. Mungkin dia memang tak mahu siapa-siapa tahu pasal dia. Lagi-lagi bila dia seorang perempuan."

"Bila mengingat dia perempuan, saya rasa dia seorang yang cantik, cuma mungkin nampak menakutkan bila diingat cara berlawan dia tu."

"Betul, betul. Saya pun rasa macam tu. Kalaulah dapat jumpa dia depan-depan, saya mahukan tandatangan dia."

"Kalau yang itu, saya pun mahu."

"Hrmm, hrmm. Kamu bercerita apa?"
Muncul lagi seseorang kawan Ruth yang mungkin baru habis kelas pembelajaran.

"Pasal Blood Knight."

"Kesatria darah? Apa maksudnya?"

"Awak tak pernah tahukah?"

"Tak pernah dengar pun. Apa tu?"

"Blood Knight tu gelaran seorang kesatria yang bekerja secara langsung dengan keluarga diraja terutama dengan putera terakhir. Kalau tak silap, kira pengawal peribadi Putera Terrence, kan Ruth?"

"Ya, macam tulah."

"Terus, kenapa dengan dia?"

"Dia ni hebat dalam berlawan dan dia ada kuasa teleportasi cuma tak kenal siapa dia sebab pakai topeng muka."

"Bukankah orang dengan kuasa teleportasi ni kira kuasa yang jarang ada. Mungkin ada dalam keluarga Ruth."

"Ermm, tak ada rasanya. Sebab selama ni kakak saya tak pernah lagi kerja sebagai kesatria dan dia selalu dengan keluarga 24 jam tapi sekarang sudah bekerja. Cuma kalau sampai jadi Blood Knight tu macam mustahil kerana untuk menjadi pengawal peribadi perlu sentiasa dengan tuan diakan? Terus, masa tu kakak saya pergi belajar di Utara-2. Takkan dia sanggup untuk belajar sambil kerja dan setahu saya, dia tak berapa suka untuk berlawan."

"Kalau macam tu, mungkin orang lain. Lanjutkan cerita."

"Setahun selepas dia jadi pengawal peribadi Putera Terrence, dia tiba-tiba tidak muncul lagi dan tiada sebarang berita bahkan kerajaan tutup mulut untuk membahas mengenai Blood Knight."

"Eh, kenapa macam tu? Sayanglah hilang kesatria yang hebat."

"Itulah yang buat kami tak boleh percaya. Walaupun cara berlawan dia agak kejam setidaknya dia boleh buat kerajaan ini berasa aman."

"Ada gambar dia tak?"

"Tak ada."

"Macam mana fizikal dia?"

"Berambut panjang dengan kulit putih. Badan dia agak ramping."

"Blood Knight ni perempuankah?"

"Ya. Sebab tu saya cerita pasal kakak saya tadi."

"Lah, perempuan rupanya. Hebatnya."

"Kan. Sebab tulah dia jadi popular. Jarang ada perempuan yang jadi kesatria untuk keluarga diraja ni."

"Tapi mungkin sebab dia mahu kahwinlah. Risau keluarga dia diburu musuh kerajaan."

"Awalnya kahwin."

"Biarlah. Mungkin mahu ada banyak anak."

"Yalah."

"Darren. Lepak, jom."

"Tak dapatlah. Aku nak buat kerja sekolah ni."

"Alah, Ren. Ada sebulan lagikan untuk menghantar benda ni. Santailah dulu."

"Tak boleh. Aku perlu pastikan kerja ni tiada kesalahan. Aku tak mahu ada markah buruk."

"Teori saja. Kita ni bersekolah di tempat untuk jadi kesatria bukan cikgu sehingga ingin belajar semua teori ni."

"Aku mahu markah sempurna."

"Siapa yang buat kau macam ni? Kau ada kekasih yang mahukan lelaki pintar? Mak bapa kau paksa?"

"Tiada."

"Mustahil tiada yang mendorong kau buat semua ni."

"Aku cuma mahu menjadi seperti kakak aku."

"Si Ruth tu?"

"Kau fikir kakak aku dia sajakah?"

"Padahal dia tak jadi kesatria pun."

"Tapi dia tetap dapat nombor satu dalam teori dan perlawanan."

"Buat apa ingin mengikut dia? Dia paksa? Kau tak patut untuk mengikuti dia, kamu berdua orang berbeza."

"Suka hati aku. Bukan masalah kau. Kau pergilah lepak."

"Jangan menyesal. Ni detik-detik akhir sebelum kita habis belajar."

"Pergilah."

Sosok yang sangat mengagumi Krystal sehingga ingin mengikuti jejak langkahnya dalam sesi persekolahan di sekolah pertahanan.
Darren juga merupakan salah seorang adik Krystal dan juga adik kembar Ruth yang beza umurnya hanya beberapa minit.

Sejak kecil, ia sudah mengidola Krystal dalam pelbagai aspek kerana di matanya, Krystal merupakan seseorang yang kuat menghadapi cabaran terutamanya mengawal perasaannya untuk tidak mengambil hati dengan perbualan orang yang mengata buruk soal dirinya yang tidak bersikap seperti umurnya yang semakin dewasa.

Namun begitu, dia tidak pernah memandang rendah kakaknya yang seperti itu.
Tidak ada apa yang perlu dimalukan selagi mana Krystal tidak melakukan hal buruk.
Seharusnya orang-orang patut lebih memandnag mulut celupar mereka berbanding melihat kemanjaan kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience