"Selamat pagi, kak."
"Pagi, awak."
'Hukk.' Kedengaran Mark tersedak bila mendengar panggilan Nathan kepada Krystal.
"Kau kenapa, Mark?" Tanya Nathan.
"Kenapa kau tiba-tiba panggil dia macam tu?"
"Suka hati akulah. Kenapa? Tak bolehkah?"
"Bukan tak boleh. Pelik saja. Kau sudah dipilih sebagai adik ipar diakah?"
"Tidak. Aku sengaja mahu jadi adik dia. Dia pun tak kisah."
"Aku tahulah kau sulung tapi kau terdesak sangatkah mahu menjadi adik?"
"Tidak tapi apa salahnya menjadi adikkan."
"Awak. Kita tak layakkah kakak Nathan?" Krystal sedikit terasa bila Mark mempersoal Nathan yang mahu menjadi adiknya. Perasaannya terpapar di mata yang berair.
"Eh, bukan. Kau jangan salah faham. Aku-"
Krystal tersedu-sedan tanpa dapat dikawal dengan air matanya yang terus mengalir.
"Eh, Krystal. Janganlah menangis. Aku tak bermaksud untuk sakitkan hati kau. Aku pelik saja. Sudahlah." Mark buntu memujuknya seperti apa, dia bukannya faham apa yang boleh buat Krystal tak sedih lagi.
"Kau pujuklah. Aku tak mahu tolong."
"Kenapa ni?" Muncul sudah Henry.
"Mark pertikai kenapa aku mahu menjadi adik Krystal."
"Sudah kenapa kau mahu jadi adik Krystal? Dia sudah ada 2 adik, kau jangan menyusahkan orang."
"Suka hatilah. Dia tak kisah pun. Kenapa kau kisah?"
"Jangan buang tabiat, Nathan."
"A-awak. Boleh tak bawa kita pergi tempat lain?"
"Boleh, jom."
Hening.
Yang awalnya ingin makan sarapan bersama tiba-tiba bertukar hambar dengan tangisan Krystal.
"Yang kau keruhkan keadaan tu kenapa? Aku baru mahu pujuk dia, kau cakap macam tu."
"Dah memang pelikkan Nathan mahu jadi adik dia."
"Tapi dia anggap itu sesuatu yang negatif. Tadi dia tanya kalau dia tu tak layakkah jadi kakak Nathan."
"Aduhai."
"Harap taklah dia bagitahu atok. Mampus kita kalau dia bagitahu."
"Tak adalah dia mahu buat sampai begitu. Paling pun mungkin merajuk dengan kita.
"Semoga begitu. Aku risau kalau sampai atok tahu."
"Tenang saja. Sekarang kau fikir cara untuk memujuk dia."
"Kau tolonglah aku fikirkan."
"Kau bawa dia keluar jalan-jalan. Itupun kalau kau mahu."
"Aku bukannya kekasih dia untuk buat macam tu."
"Terpulang pada kau ataupun mungkin kau boleh bagi dia manisan macam coklat atau gula-gula."
"Kau fikir dia budakkah sampai dipujuk begitu?"
"Apa salahnya mencuba, lagipun diakan suka makan manis-manis macam tu "
"Nantilah aku cuba."
"Ya, aku mahu makan dulu. Krystalkah yang masak?"
"Ya."
.....
"Krystal, sudah membaik?"
"Ya."
"Tadi sarapan belum selesaikan, jadi akak mahu makan di mana?"
"Mana-mana saja."
"Serius? Aku tak mahu nanti akak tak suka pula."
"Tak apa. Kita ikut pilihan awak."
"Kita pergi restoran depan ni sajalah. Bolehkan?"
"Ya."
Memandangkan perutnya juga belum kenyang, bawalah sekali Krystal ni makan. Kesian tadi terasa sampai mata naik sembam sedikit akibat menangis.
"Kak, bila Ruth balik sini?" Biarlah topiknya rawak, asalkan mereka tak berdiam diri selama mereka makan ni. Kekok pula rasanya.
"Ermm, sebulan lagi. Kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Sekadar bertanya."
"Awak tak sabar ingin berjumpa dia?"
"Mungkin."
"Awak mahu tak kalau kita kenankan awak dengan dia?"
"Jangan dulu. Aku masih mahu berkenalan dulu sebelum membuat keputusan."
"Kita rasa awak sesuai dengan dia tapi tengoklah dulukan, kalau-kalau dia berminat dengan Mark atau Henry pula."
"Betul tu. Jadi tunggulah dia pulang dulu baru akak kenankan kami."
"Baiklah kalau macam tu. Nanti Ruth akan konvokesyen tau, ingin ikut?"
"Sebaiknya jangan. Nanti dia fikir aku yang akan berkahwin dengan dia."
"Erm, kalau macam tu, nanti kita tolong awak bertiga buat temu janji, mahu?"
"Silakan saja buat asalkan di waktu yang tepat."
"Baiklah, kita tolong awak dekat dengan Ruth."
"Personaliti dia macam mana?"
"Erm, kalau pendapat kita, dia tu manja tapi kadang boleh jadi gangster. Dia jarang marah kalau tak dikacau. Dia baik hati juga."
"Dia kuat merajuk, tak?"
"Tak, kadang-kadang tapi susah untuk dipujuk."
"Dia suka makanan apa?"
"Dia makan apa-apa saja yang boleh dimakan tapi lagi dia suka kalau makanan tu pedas. Dia suka keropok yang masin juga."
"Nanti dia mahu jadi kesatriakah?"
"Itu kita tak pasti. Manalah tahu lepas dia balik, terus berkahwin dengan salah satu daripada kamu. Boleh jadi dia tak mahu jadi kesatria lagi."
"Sia-sianya masuk sekolah pertahanan tapi tak jadi kesatria."
"Awak menyindir kita?"
"Eh, bukan. Keadaan akak dengan diakan berbeza. Kalau bukan sebab rise akak, pasti kakak mahu menjadi kesatria, bukan?"
"Ya."
"Akak sebelum ni ada masuk sekolah pertahanan, kan?'
"Ya."
"Dapat peringkat berapa?"
"Cuba teka."
"Erm, mungkin antara peringkat yang tinggi. Mungkin sepuluh?"
"Salah."
"Takkan 15?"
"Salah."
"Limakah?"
"Bukan."
"Nombor satukah?"
"Yeah, betul."
"Serius? Macam mana?"
"Apa?"
"Kalau bab pelajaran aku boleh percaya akakmemang pandai tapi macam mana akak dapat nombor satu dalam ujian bertarung?"
"Erm, sebab di sana penstabil rise. Jadi senanglah kita berlatih sampai dapat nombor satu."
"Akak tak cuba cari pula penstabil rise yang boleh akak guna bila-bila masa?"
"Ada tapi susah untuk dapat. Jadi kita biarkan sajalah keadaan sebegini."
"Pasrahnya."
Share this novel