"Awalnya awak bangun."
Sampai saja didapur, Henry menyapa Krystal yang sepertinya sedang memakan sarapannya.
"Ermm. Kita kena pergi kerja."
"Makan apa?"
"Oat buah."
"Yang awak guna ni semua milik awak, kan?"
"Ya."
"Padahal boleh saja guna barang di sini."
Henry mempersoal kerana melihat bekas bekal yang dijadikan sebagai mangkuk serta sudu bergambar beruang yang digunakan Krys yang pastinya tidak akan oleh lelaki.
Serta bahan seperti oat dan jenis buah yang tidak ada di dalam rumah itu.
"Kita tak beranilah ingin menggunanya. Nanti dimarah, macam mana?"
"Siapa mahu marah? Awak boleh saja guna apa-apa di sini."
"Takpelah, kita rasa lagi baik macam ni."
"Haih. Pandai juga awak ni menghindar masalah. Awak, pandai masak?"
"Sikit."
"Kalau tak silap, semalam ada nasi lebih. Boleh masakkan nasi goreng?"
"Erm, boleh. Mahu campur apa?"
"Campur saja apa yang awak rasa boleh dicampur. Bahan ada dalam peti ais tu."
Krystal mengetepikan sebentar makanannya lalu memeriksa bahan mentah apa yang ada di dalam peti ais mereka ni.
Henry diam-diam memerhatikan Krys menyediakan bahan masakannya.
Perkara itu sepertinya menarik untuk dilihat.
"Awak bolehkah hidup sendirian?" Tiba-tiba pertanyaan pelik terpacul dari mulut Henry.
"Boleh. Walaupun kita macam ni, kita ni bekas pelajar sekolah pertahanan juga tau. Setakat tu, mestilah kita boleh buat."
"Serius? Maknanya boleh bertarung?"
"Erm, yang tu susah sikit. Kita ada kuasa teleportasi ja. Penyembuhan, tak."
"Baiklah, difahami."
"Kalau awak mahu berbual pasal bertarung, awak ceritalah dengan Ruth. Dia hebat tau dalam bertarung. Lagi-lagi kalau guna pedang. Haaaa,ingin melihat dia bermain pedang lagi."
"Maknanya dia ada kuasa penyembuhanlah?"
"Ya. Dia ada kuasa teleportasi juga. Sama macam abang dengan adik kita yang lagi satu."
"Awak ja tiada kuasa penyembuhan?"
"Ya, macam tulah."
"Awak tak cemburu? Entah-entah sebab tiada kuasa penyembuhan buat awak macam ni."
"Tak. Untuk apa cemburu. Lagipun kita tetap dapat kasih sayang keluarga kita, entah itu cuma kesian atau tidak. Kita tak kisah."
"Positifnya."
"Mestilah. Kalau kita terlalu fikirkan benda yang tak perlu, nanti kita yang sengsara. Kan?"
"Ya."
"Ta-da. Dah siap. Harap sedap untuk awak."
Tak sedar makanan sudah siap dimasak.
Henry pula yang terkejut.
Sesudu dua nasi goreng disuakan ke mulut.
Lantas tangannya terhenti.
Henry seakan-akan tertegun.
"Awak, kenapa ni? Tak sedapkah?"
"Bukan tapi sedap sangat."
"Ish, awak. Buat kita terkejutlah."
"Huh. Apa yang wangi ni?"
Kalau Krys tak silap, ini Si Jejaka Bermuka Bayi dan namanya Nathan.
Nampaknya baru bangun tidur.
"Ni ada Krystal masakkan sarapan."
"Masak? Rajinnya."
"Cepat, ikut aku makan sekali."
Krys lantas menghidangkan makanan untuk Nathan.
"Erm, kita nak pergi bersiap dulu ae. Tak lama lagi masa kerja."
Sempat dia melirik masa di jam tangannya tadi.
"Baiklah. Terima kasih untuk sarapan."
"Hehe, sama-sama."
Krystal berselisih dengan Jay ketika berlalu ke bilik tidur.
Mungkin ingin ke dapur.
"Makanan apa lagi yang kamu ni makan?"
"Terang lagi bersuluh ini nasi goreng."
"Perempuan tu yang masakkan? Tak takut dia letak apa-apa?"
"Aku nampak dia masa dia memasak tadi. Lagipun, aku yang minta dia masakkan."
"Percaya sangat dengan perempuan tu. Entah apa niat dia datang sini? Patutnya adik dia yang datang terus. Tinggal tunggu dua bulan lagi, kan?"
"Yang kau tak puas hati, kenapa? Dah atok yang rancang, ikut sajalah. Dia tu calon kakak ipar jadi tak salah dia ingin tahu mengenai orang yang akan mendamping adik dia nanti."
"Takkan atok tak risau kalau ada yang suka pada dia? Contohnya macam kau. Kau terlalu dekat dengan dia."
"Huh. Dalam perjanjian tak ada larangan untuk kahwin dengan dia. Kalau aku mahu dengan dia, antara kamu bertiga sajalah yang kahwin dengan Ruth."
"Banyak cantik muka kau. Aku tak mahu berkahwin dengan keluarga McCarlson. Lagi-lagi kalau ada kakak ipar yang lagi muda dan kebudak-budakan macam dia."
"Padahal awak cuma hadap Ruth, bukan kita. Mahu kita lagi muda atau kebudak-budakan, kita takkan kacau hidup awak kalau awak mampu bahagiakan Ruth."
Tiba-tiba saja Krystal muncul sambil membidas perkataan Jay.
Krys mendengar suara keras Jay dari biliknya membuat dia ingin tahu apa yang berlaku.
"Dengar sini. Kau jangan pilih aku sebagai suami adik kau. Aku tak nak! Aku berada di sini pun, sebab hormat keputusan atok. Bukan sebab perjanjian tu."
"Kenapa!? Kenapa awak tak suka sangat dengan keluarga McCarlson? Apa kami dah buat?"
Entah dari mana kegilaan Jay, dia mencekik leher Krystal dengan sebelah tangannya dengan kuat dan membuat leher Krystal kesakitan akibat ais yang menyebar dari tangan Jay.
Refleks Krystal mencuba untuk melepaskan genggaman Jay namun sejuk yang dirasakan membuat dia semakin kesakitan untuk melawan Jay.
"Jay! Jangan gila."
Henry dan Nathan berusaha melepaskan genggaman Jay sebelum perkara menjadi lebih buruk.
Mark yang baru saja ke dapur lantas membantu dengan menjerat tangan Jay menggunakan akar menjalar yang berduri.
Kerana tidak menahan sakit, Jay akhirnya melepaskan Krystal.
"Mark, tengokkan dia."
Henry turut ingin membantu Nathan yang sedang memulihkan leher Krystal dengan bahang panas daripada tangannya.
Henry yang mempunyai kuasa penyembuhan lantas meredakan kesakitan Krystal.
"Krystal, macam mana? Masih sakit?"
Krystal menarik dan menghembus nafas dengan berat.
Beberapa detik kemudian, kedengaran tangisan Krystal yang memenuhi ruangan membuat mereka semua terkejut.
"Krystal, masih sakit?"
Krystal yang sudah menutup mukanya menggelengkan kepalanya.
Dia tak sakit tapi takut, sedih bahkan kecewa dengan kelakuan Jay.
"Dah tu apa pasal kau menangis? Cari perhatian!."
"Jay, jaga mulut tu."
"Nathan, Mark, Henry. Terima kasih. Dan awak, Jay. Awak pasti menyesal buat kita macam ni!"
Pantas dia bangun dan berlari.
Baru saja Henry ingin mengejar, Krystal sudah hilang di balik teleportasi.
"Jay, kau memang cari masalah. Kita tak kenal dia macam mana. Jadi perkara buruk pada kau, pandailah tanggung."
Share this novel