HHMD - Bab 42

Romance Completed 2222

Bab 42

Ammara tenung jam di dinding. Dah pukul 8.15 pagi. Tengku Izzqandar masih belum bangun.

Dengan langkah perlahan, Ammara masuk ke bilik semula. Tubuh lelaki itu masih terlentang atas katil, wajahnya tenang sangat, rambut sedikit serabai dan satu tangan tutup mata dari sinar matahari.

Ammara senyum sendiri.

“Awak ni CEO ke burrito?” dia berbisik perlahan, bila suaminya langsung tak bergerak.

Ammara panjat sikit atas katil, berdiri lutut katil sebelah tubuh Tengku Izzqandar.

“Tengku Izzqandar… suami saya yang sangat handsome…” bisik dia lagi, lembut macam menyanyi.

Tak ada respon.

Ammara ambil langkah berani. Dia tunduk perlahan dan sentuh hujung hidung suaminya dengan jari telunjuk.

“Bangun… awak dah overslept, Mr CEO.”

Still no response.

Ammara jengket sikit kaki, rendahkan diri dan bisik dekat telinga suaminya.

“Saya buat kopi awak… dengan toast cheese. Bangun laaa…”

Baru je dia nak gerak menjauh, satu tangan panjang tarik pinggangnya terus rebahkan Ammara atas dada Tengku Izzqandar.

“Awak kejut macam tu hari-hari, confirm saya tak pernah missed alarm lagi.”

Ammara terkejut, tergelak sambil ketuk dada lelaki tu.

“Awak buat-buat tidur ke tadi?!”

“Tak,” jawab dia tenang. “Saya baru terjaga bila dengar suara manja awak.”

Ammara makin ketawa. “Saya tak manja.”

“Bila awak manja je… saya boleh recharge penuh,” bisik Tengku Izzqandar, mata masih terpejam tapi pelukannya tak longgar langsung. Seolah-olah pagi itu… dia cuma perlukan Ammara untuk terus hidup.

Ammara diam, hanya tarik nafas panjang dan biarkan dirinya tenggelam dalam pelukan itu. Hangat. Damai. Selamat.

Beberapa detik kemudian, suara serak lembut Izzqandar kedengaran lagi.

“Iris dah pergi sekolah ke?” soalnya, masih dalam keadaan mata terpejam, suara kedengaran tenang… tapi jelas rindu.

Ammara tersenyum kecil, “Dah,” jawabnya perlahan. “Dia cakap hari ni saya tak perlu hantar dia.”

Tengku Izzqandar terdiam seketika, tapi Ammara belum habis.

“Iris cakap… lepas ni mama kena siapkan baby besar mama pula.”

Dia toleh sedikit ke belakang, senyum nakal bermain di hujung bibirnya.

“Dan baby besar saya… masih tidur.”

Tengku Izzqandar ketawa kecil, “So?” gumamnya malas. “Siapkanlah saya. Saya nak mandi tau.”

Ammara geleng kepala, lalu cubit lembut lengan lelaki tu.

Dan pagi itu… kekal menjadi milik mereka. Antara kopi yang mula sejuk di atas meja, roti bakar yang masih belum disentuh, dan dua hati yang sedang belajar menyayangi tanpa syarat. Perlahan-lahan, hari-hari mereka mula terasa seperti rumah yang sebenar.

_________________________________

Tengku Izzqandar berdiri depan cermin, kemeja putihnya sudah terletak kemas di badan. Hanya tinggal satu benda yang belum siap, necktie berwarna navy biru tua di tangan. Dia pandang ke arah katil, tempat Ammara sedang melipat selimut.

“Sayang,” panggilnya perlahan.

Ammara menoleh, kening sedikit terangkat. “Ya?”

“Boleh tolong saya?” tanya Tengku Izzqandar sambil tunjukkan necktie di tangannya. “Tolong pasangkan.”

Ammara terkedip. “Saya tak pandai…”

Tengku Izzqandar senyum sikit, sengaja tarik perhatian. “Try lah. Saya tak kisah kalau senget pun.”

Ammara gelak kecil sambil hampiri suaminya. Dia ambil necktie itu perlahan-lahan dan berdiri di hadapan Tengku Izzqandar.

“Okay.. saya try,” katanya dengan nada separuh yakin.

Ammara berdiri depan suaminya, ambil necktie dari tangan lelaki itu. Tapi bila nak lilit ke leher Tengku Izzqandar baru dia sedar sesuatu.

Tinggi sangat.

Ammara terpaksa jungkit kaki sikit, tangan cuba capai ke paras leher suaminya dengan hati-hati. Tapi belum sempat dia dapat stabilkan diri, tangan besar Tengku Izzqandar dah naik pegang pinggangnya. Steady, perlahan tapi penuh maksud. Tanpa suara, lelaki itu lebarkan sedikit bukaan kakinya, turun sikit paras ketinggiannya.

“Nah. Sekarang dah sama level,” bisiknya lembut, mata tak lepas dari wajah isteri dia yang sekarang jelas tengah tahan diri dari jadi terlalu obvious sebab jantung Ammara masa tu… berderau laju!

Tapi dia maintain.

Jari-jemari Ammara cuba buat simpulan, kali pertama tak jadi. Kali kedua, makin senget. Tapi dia tak berputus asa. Tengku Izzqandar pula senyum je, puas hati tengok Ammara usaha.

“Macam ni ke?”

Tengku Izzqandar geleng kepala perlahan. “Macam salah arah…” bisik Tengku Izzqandar tapi senyum dia makin lebar.

Ammara geleng kepala dan tarik nafas. “Okay okay, kejap. Saya ulang balik.”

Cuba kali kedua, masih juga senget.

Ammara ketawa kecil. “Sorry… tangan saya macam tak nak ikut arahan.”

Tengku Izzqandar ketawa perlahan, tangannya naik menyentuh jemari Ammara. “Takpe. Biar saya betulkan sikit.”

Dia pegang tangan Ammara dan bersama-sama, mereka betulkan simpulan itu. Jemari mereka bersentuhan, dan Ammara sempat pandang wajah suaminya, terlalu dekat.

“Macam ni…” bisik Tengku Izzqandar, "kita buat sama-sama.”

Dan dengan perlahan, mereka buat simpulan tu sama-sama. Jari bertemu jari. Tak lama..

“Okay, dah selesai. Macam tu je sayang.” Tengku Izzqandar tengok cermin.

Ammara tarik nafas, pandang hasil kerjanya dengan penuh rasa bangga. “Alright! Dah ingat dah,” katanya sambil tunjuk gaya ‘I did it!’ dengan tangan kecil dia terangkat sikit, macam nak celebrate kejayaan kecil.

Tengku Izzqandar senyum lebar, tunduk sedikit. “Terima kasih, sayang. Saya gerak dulu, ya?”

Tapi belum sempat Ammara nak jawab, satu kucupan lembut hinggap di pipinya.

Ammara terkebil-kebil tapi tak mau kalah, dia terus ambil langkah kecil ke depan, dia balas ciuman tu, pipi Tengku Izzqandar pula jadi sasaran.

“Okay… hati-hati.” ucapnya lembut, dan senyuman yang muncul selepas itu… comel sangat di mata lelaki tu. Sampai rasa nak peluk tak lepas-lepas.

Tengku Izzqandar terdiam sekejap. Matanya renung wajah isteri dia, senyum makin melebar. Kemudian, dengan gaya selamba tapi kalah dalam cinta, dia letak tangan atas dada sendiri dan geleng kepala perlahan.

“Okay… saya kalah.”

Ammara tergelak kecil, sambil tolak dada suaminya. “Dah, pergi kerja.”

Tengku Izzqandar ketawa kecil, tapi sebelum keluar bilik sempat lagi dia curi pandang ke belakang, tengok isteri dia satu kali lagi.

Hidup dia dah berubah. Sebab sekarang, dia kalah… dalam bahagia yang dia sendiri tak sangka rupanya sedang menunggu dia dihadapan selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience