HHMD - Bab 1

Romance Completed 2222

Bab 1

Langkah pertama Ammara Delalila menjejak lantai marmar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut bunyi ketukan halus dari kasut tumit tingginya, warna nude, padan dengan outfit blazer bertema beige yang tersarung kemas di tubuh langsing. Kaca mata hitam berbingkai emas ditanggalkan perlahan, rambut yang dibiarkan lepas dilurut ke belakang dengan anggun.

Dia tarik nafas dalam-dalam,

"Malaysia.. still smells the same." bisiknya sambil senyum nipis.

Dengan satu tangan memegang pemegang bagasi Louis Vuitton, Ammara menapak keluar dari balai ketibaan. Empat tahun belajar di luar negara memang membuka mata tapi tanah air tetap ada tempat dalam hatinya.

Bukan balik sebab homesick. Tapi..

Flashback

"Baliklah rumah, Ara.. Tok Mamah rindu suara cucu kesayangan tok mamah ni" suara Datin Salwa kedengaran perlahan tapi cukup untuk buat dada dia rasa sempit masa tu.

Ammara sengih dalam panggilan video tu, duduk sendiri dalam kelas sambil tangan lincah menulis nota, kelas rehat sebentar jadi luang masa video call dengan buah hatinya.

"Cucu kesayangan yang suka order baju online pastu lupa ambik parcel kat bawah tu?”

"Ha, yang tu lah" Datin Salwa tergelak kecil, mata penuh kasih.

Dari sebelah, suara Dato Kamal masuk, "Kalau princess tok babah tak balik jugak, tok babah datang heret balik naik business class. Tapi bukan belanja tiket, Ara bayar sendiri."

Ammara tergelak sampai keluar air mata.

Kembali ke realiti.

Dia geleng kepala kecil sambil tarik bagasi ikut lenggok langkahnya yang kemas. Dengan aura confident, Ammara melangkah keluar dari balai ketibaan.

Langkahnya teguh, walau tumitnya tinggi. Seorang Ammara Delalila tak pernah goyah bila berjalan apatah lagi di tanah sendiri.

Tapi.. manusia memang tak pernah tahu apa yang menanti depan mata.

Gedebuk!

"Ouch! Sakitnyaa.. hell-"

Dia terhenti. Ayat hampir kasar yang mahu meluncur keluar terus beku di hujung lidah. Matanya terbeliak sedikit.

Depan dia berdiri seorang lelaki tinggi, lengkap berjas hitam, maskulin dengan aura serius yang membungkus keseluruhan dirinya. Mata mereka bertaut.

Warna mata lelaki itu gelap, dalam. Seolah menyimpan terlalu banyak rahsia.

Dan masa?

Seakan berhenti seketika.

"You ta-" baru saja Ammara nak buka mulut, lelaki itu hanya angguk sedikit sebelum berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Ammara terkebil-kebil.

Tapi belum sempat dia bergerak, satu suara garau dan tenang datang dari tepi, milik seorang lelaki berwajah tegas. mungkin PA, Ammara meneka.

"Maaf, cik. Tengku dah lambat ke mesyuarat. Saya mohon maaf bagi pihak Tengku."

Ammara terdiam. "Tengku?"

Lelaki bersuit hitam itu sudah pun mengekori si 'Tengku' yang kini berjalan jauh, hanya tinggal bayang belakangnya yang elegan dan entah kenapa, meninggalkan rasa berdebar dalam dada Ammara.

Ammara sempat tengok kasut kulit hitam yang berkilat itu melangkah laju sebelum hilang dalam orang ramai.

"Siapa dia?"

Hatinya, entah kenapa berdetak hebat.

_________________________________

Ammara masih duduk di bangku lapangan terbang, tangannya pegang dada.

“Okayy Ara… it was just a bump. Bump yang ada spark, yes. Tapi still just a bump,” dia berbisik sendiri, sambil betulkan blazer satin warna coklat yang dah sedikit senget sebab pelanggaran tadi.

Matanya masih melirik ke arah tempat lelaki tadi hilang. Tapi entahlah… makin dia cuba lupakan, makin wajah tu bermain dalam kepala.

Drrt. Drrttt.

Skrin telefon menyala. Tok Mamah Calling.

Ammara angkat sambil tarik senyum, “Assalamualaikum, Tok Mamah!”

“Waalaikumussalam sayang. Dah landing?”

“Dahhh. Ara kat arrival hall sekarang.”

“Ha, bagus! Driver Tok Babah ada kat luar tu, nak bawa balik cucu Tok Mamah cepat-cepat. Tok Mamah dah siap tunggu kat sini dengan brownies yang Ara suka.”

Ammara tergelak kecil, “Aww Tok Mamah.”

Ammara bangun, ambil bagasinya dengan penuh gaya. Tumit tingginya berdetak anggun di lantai marmar. Walaupun penat, dia tetap jalan macam atas runway. Itu Ara. Itu Ammara Delalila.

Di Villa Dato Kamal,

Sebaik saja kereta berhenti di porch besar berdesain moden klasik, pintu rumah terbuka luas.

“Tok Mamaaaah!” Ammara jerit kecil dan terus berlari ke arah wanita berjubah eksklusif di muka pintu.

Datin Salwa, wanita berusia lewat 60-an tapi masih cantik dan ada aura tersendiri, buka tangan luas. “Mari peluk Tok Mamah!”

Ammara peluk erat dan lama, sebelum dihujani pelukan kedua dari Dato Kamal yang dah berdiri di sebelah. Wajah lelaki itu penuh senyum, tak tunjuk sangat rindu tapi mata tak menipu.

“Balik jugak budak ni akhirnya.” Dato Kamal tersenyum sambil pegang tongkat ditangan.

“Actually.. Ara tak nak balik lagi tau” usik Ammara sambil pipinya dikucup penuh kasih.

“Balik sebab Ara rindu laksa kat sini je kan sebenarnya,” tambah Dato Kamal menyakat.

“Ishh..” Datin Salwa ketawa sambil menyeka hujung mata yang dah dibanjiri airmata.

Ammara tergelak dan mengangkat tangan. “Okay.. Okay.. Ara memang rindu Tok Mamah dan Tok Babah. Nak balik tapi assignment banyak sangat.” Ammara mengadu.

Datin Salwa tarik tangan Ammara masuk. “Kesian dia. Dah, naik atas. Bilik kamu Tok Mamah dah suruh kemas. Malam ni kita dinner luar, kebetulan Tok Babah ada jemputan makan malam dengan kawan kawan lama dia.”

Ammara toleh cepat. “Uishh.. semakin ramai kawan eh Tok Babah ni.”

Dato Kamal tergelak. “Yelah princess.. dah tua ni, asyik nak keluar jalan jalan je”

Datin Salwa menyampuk “Baguslah tu, sekarang tak payah nak hadap kertas kertas kerja tu. Biar pekerja awak yang selesaikan.”

“Baiklah.. Salwa ku sayang” balas Dato Kamal, suara seperti menurut perintah.

Di belakang, Ammara hanya ketawa melihat dua sejoli itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience