HHMD - Bab 44

Romance Completed 2222

Bab 44

Selesai makan malam, rumah mula senyap. Tapi Tengku Izzqandar belum beralih ke bilik. Dia masih duduk di kerusi pejabat khas dalam rumah itu. Bahunya jatuh sedikit, wajahnya letih dan matanya terpejam rapat. Nafasnya panjang dan berat, seolah-olah cuba melepaskan beban seharian.

Ammara masuk perlahan, niat asal ingin mengajak suaminya berehat. Tapi langkahnya terhenti bila melihat wajah lelaki itu. Letihnya bukan sekadar fizikal. Ada penat emosi yang Ammara dapat rasa, tanpa perlu dijelaskan.

Perlahan-lahan, Ammara melangkah dekat dan berdiri di sisi. Jari jemarinya menyisir lembut rambut Tengku Izzqandar yang sedikit kusut. Sentuhan ringan itu buatkan lelaki itu menarik nafas panjang. Tapi dia masih pejam mata, tak bersuara.

“Penat sangat ke?” bisik Ammara perlahan, seolah takut mengganggu.

Masih tiada balasan. Tapi bahu lelaki itu mula tenang, nafasnya lebih perlahan. Ammara teruskan, tangannya kini bermain di kulit kepala, membelai dengan lembut. Dan lama-kelamaan, tubuh itu benar-benar lena.

Ammara pandang wajah suaminya yang kini tampak jauh lebih damai. Wajah itu, bila tidur… langsung tak tunjuk ketegasan seperti waktu bekerja. Tenang. Seperti anak kecil. Seolah-olah dunia luar yang selalu menyesakkan dada, tak pernah wujud bila dia dalam pelukan ini.

“Kenapa saya rasa tenang sangat bila awak dengan saya…” bisik Ammara, hampir tak terdengar.

Tangannya menyentuh pipi suaminya dan dalam detik itu, dia sedar satu perkara, dia takut kehilangan lelaki ini. Hatinya benar-benar berharap, lelaki ini akan kekal. Bersamanya. Selamanya.

Beberapa minit kemudian, Tengku Izzqandar tersedar perlahan. Dia angkat wajah, sedikit terkejut.

“Eh sayang, sorry… saya terlelap.”

Ammara hanya senyum kecil. “Tak apa. Jom rehat, ya?”

Tapi Tengku Izzqandar geleng perlahan. “Saya ada kerja sikit lagi. Nak siapkan malam ni.”

"Okay.. siapkan yang sikit tu je eh."

Ammara diam seketika, kemudian berdiri di belakang suaminya dan mula mengurut lembut bahunya. Jari-jemarinya menekan tengkuk dan leher lelaki itu perlahan-lahan, gerakan penuh hati-hati, seolah-olah membaca penat yang tersimpan.

Tengku Izzqandar pejam mata semula. Wajahnya sedikit demi sedikit berubah dari tegang kepada lega. Nafasnya jadi tenang.

“Awak belajar kat mana ni? Rasa macam spa lima bintang.” gumamnya mamai.

Ammara tergelak kecil. “Natural talent. Exclusive untuk Tengku Izzqandar je.”

Dia teruskan urutan sampai bahu suaminya jatuh rileks. Tangannya turun perlahan ke lengan, masih dengan gerakan lembut. Tapi kali ini, Tengku Izzqandar buka mata, pandang isterinya dalam-dalam.

“Terima kasih…”

Ammara pandang balik, senyum tenang. “That’s what wives do, kan? Tapi saya buat ni bukan sebab tanggungjawab je… saya buat sebab saya sayang awak.”

Tengku Izzqandar tarik perlahan tangan isterinya, lalu diletakkan ke dada sendiri.

“You’re not just a wife, Ammara. You’re my strength.”

Ammara tunduk, peluk suaminya perlahan. Tapi tak lama. Dia kemudian berdiri semula di hadapan lelaki itu dan hulurkan tangan,

“Okay Tengku. Let’s go rest.”

Tengku Izzqandar senyum, sedikit malas.

“Kerja saya belum siap…”

Ammara geleng. “Nope. Saya tukar fikiran. Now it’s my turn to boss you around. Come. Bilik kita lagi selesa dari office ni.”

Dia tarik tangan suaminya perlahan dan lelaki yang biasanya tegas macam singa… kali ni ikut saja. Macam budak sekolah ikut cikgu kelas.

Sampai di katil, Ammara tolak perlahan bahu Tengku Izzqandar.

“Baring.”

Tengku Izzqandar senyum lebar. “Kalau every time saya penat dapat layanan macam ni… saya sanggup kerja 48 jam straight.”

Ammara jeling manja, mata redup dengan senyum kecil di hujung bibir.

“Tak payah 48 jam… 8 jam pun cukup. Selebihnya, masa dengan saya. Boleh?”

Tengku Izzqandar senyum lebar dan dengan tenang, berbaring bukan hanya untuk berehat tapi untuk menghargai kasih yang kini jadi tempat paling tenang dia kembali setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience