HHMD - Bab 34

Romance Completed 2222

Bab 34

Seminggu berlalu.

Butik eksklusif itu riuh dengan suara Iris yang berlari ke sana sini, matanya bercahaya memandang deretan pakaian berwarna pastel. Tangannya sesekali menarik Ammara ke satu-satu sudut, mulut tak henti bersuara.

“Aunty! Ni lawaa sangat! Yang ni pun lawa!” jerit kecilnya sambil menunjuk dress peach yang tergantung rapi.

Ammara ketawa kecil, rambut Iris yang sedikit kusut dibetulkan penuh sayang. “Iris ke yang nak fitting hari ni?” usiknya lembut.

“Tak lah! Aunty lah! Tapi Iris nak pilih!”

Tak lama, pekerja butik datang memanggil Ammara untuk mencuba dress yang telah ditempah khas. Iris dengan semangat ikut masuk sekali ke ruang fitting, tak mahu berenggang.

Beberapa minit berlalu, tirai fitting room diselak perlahan.

Ammara melangkah keluar.

Dress krim lembut itu mengalir cantik mengikut bentuk tubuhnya yang anggun. Potongan ringkas, tapi cukup untuk menyerlahkan pesonanya. Wajahnya polos, tapi ada sesuatu dalam tenangnya yang sukar dialih pandang.

Iris tepuk tangan kuat. “Cantik sangat!!” jeritnya sambil memeluk kaki Ammara, mata bersinar kagum.

Ammara tersipu. Dia berdiri di hadapan cermin panjang, membetulkan dress dengan sedikit resah. “Tak over sangat ke, Iris?” soalnya, berbisik perlahan sambil memandang refleksi mereka berdua di cermin.

Saat itu…

Satu suara berat, dalam dan tenang menyahut dari belakang.

“Tak,” jawab Tengku Izzqandar, suaranya seakan berbisik… namun cukup kuat untuk buat jantung Ammara berdetak laju.

"Awak nampak… sangat cantik, Ammara.”

Ammara terkejut kecil. Dia berpaling perlahan. Wajah Tengku Izzqandar tenang, tapi matanya seolah penuh rasa. Pandangan itu terlalu jujur, terlalu dalam.

Pipi Ammara merona merah.

Dia berpaling semula ke cermin, konon sibuk membetulkan dress yang sudah pun terletak elok.

Tengku Izzqandar melangkah lebih dekat, tapi tidak terlalu rapat. Cukup sekadar dia dapat bisikkan kata-kata, hanya untuk telinga Ammara.

“Boleh ke saya angkat nikah sekarang?"

Ammara terdiam. Hatinya berdetak kencang, tangannya menggenggam perlahan kain dress di sisi.

Iris pula yang masih lincah, memecahkan suasana malu-malu itu dengan senyuman dan suara kecilnya. “Kan Iris dah cakap aunty cantik! Papa pun cakap sama!”

Tengku Izzqandar tergelak perlahan dan untuk seketika… semua rasa dalam dada Ammara terasa terlalu sukar dikawal.

Dia tunduk sedikit, mengelak dari renungan lelaki itu. Tapi dalam diam, satu perkara bergetar dalam hati kecilnya,

Kalau ini caranya hati aku dipujuk… mungkin, Ammara yang dulu kembali seperti.. perasaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience