HHMD - Bab 3

Romance Completed 2222

Bab 3

Rumah Mewahnya sunyi. Lampu malap, hanya bunyi penghawa dingin yang berbisik dalam bilik utama. Tapi dalam diam itu ada satu suara halus yang berbunyi perlahan.

"Papa.."

Tengku Izzqandar yang sedang bersandar di sofa mengangkat kepala. Dengan kening sedikit berkerut, dia toleh ke tepi dan di situ, seorang kanak-kanak perempuan dengan rambut sedikit kusut berdiri di pintu biliknya. Tangan kecilnya menggosok mata, bibirnya muncung, tanda hampir menangis.

"Papa.. Iris mimpi hantu.”

Tengku Izzqandar bangun, mendekati anak kecilnya. Dengan satu pergerakan mudah, Iris sudah berada dalam dakapannya.

"Tak ada hantu. Iris cuma mimpi je."

"Tapi hantu tu gigit teddy bear Iris." suara Iris sayu, kepala kecilnya dah selamat bersandar di dada ayahnya.

Tengku Izzqandar tersenyum kecil, "Kalau dia gigit teddy Iris, esok papa beli teddy lagi besar."

Iris angkat kepala sikit, mata bulatnya bercahaya. "Tapi.. Iris nak unicorn Papa, boleh?"

"Boleh.."

Senyuman pertama malam itu muncul di bibir Iris, tapi sekejap saja sebab mata dia berat semula.

Tengku Izzqandar membawa Iris ke katilnya, menyelimuti tubuh kecil itu. Dia duduk di sisi, memerhati anaknya yang semakin hanyut dalam lena. Jari jemari kecil Iris masih menggenggam tangannya.

Tengku Izzqandar memandang wajah anaknya lama-lama.

Lima tahun lepas, dia fikir dunia dia sudah runtuh. Dia fikir dia tak akan ada apa-apa lagi selepas perpisahan dengan Marina.

Tapi sekarang, dalam dakapan kecil ini, ada seluruh dunianya.

"I already lost your mom.. don't make me lose you too.” perlahan suaranya berbisik.

Iris hanya bergerak kecil, tangannya menggenggam lebih erat.

Dan Tengku Izzqandar tahu, hatinya mungkin dah beku tapi dalam beku itu.. masih ada satu cahaya. Iris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience