HHMD - Bab 45

Romance Completed 2222

Bab 45

Hari Sabtu yang tenang. Tiada kerja, tiada mesyuarat, tiada panggilan telefon yang mengganggu. Hanya masa untuk mereka bertiga, Ammara, Tengku Izzqandar dan Iris.

Petang itu, suasana di meja makan dipenuhi tawa kecil. Iris duduk di antara mama dan papanya, mulutnya tak berhenti bercerita sambil mengunyah. Ammara menyenduk lauk ke pinggan Iris, sekali-sekala mengerling ke arah Tengku Izzqandar yang tekun menyuap nasi.

Namun tiba-tiba, Iris mengerutkan dahi. Wajahnya serius.

“Mama… kenapa lauk hari ni rasa macam swimming pool?” soalnya, polos dan jujur.

Ammara terhenti, mata membulat. “Hah?! Yeke, sayang?” Dia cepat-cepat rasa sedikit kuah dari lauk tu. Dan… Ya Allah. Masin!

Tengku Izzqandar segera capai bahu Iris, cuba tahan ketawa. “Shhh… swimming pool pun swimming pool lah. Tapi ni
masakan air tangan mama. Paling sedap dalam dunia, tahu?”

Ammara tunduk malu, senyum nipis.

Namun belum sempat dia membalas, tiba-tiba wajahnya berubah. Rasa loya datang menyerang mendadak. Dia bangun tergesa-gesa, tangan menekup mulut, dan terus berlari ke bilik air.

“Ammara?” Tengku Izzqandar terus bangun, riak wajah bertukar cemas.

“Papa! Mama okay ke?!” Iris turut panik, berdiri di kerusinya.

Beberapa minit berlalu.

Tengku Izzqandar berdiri di luar pintu tandas, mengetuk perlahan. “Ammara? Awak okay?”

Pintu terbuka perlahan. Ammara melangkah keluar, wajahnya jelas pucat. Satu tangan menekan perut, nafasnya pendek-pendek.

“Saya… rasa loya dari tadi. Kepala pun pening sikit,” bisiknya perlahan.

Tengku Izzqandar cepat-cepat capai bahunya, usap perlahan belakang tubuh kecil itu. “Awak makan apa tadi? Tersalah makan ke?”

Ammara hanya geleng, lemah. Tapi tak kata apa-apa.

“Jom kita ke hospital?” ajaknya, masih dengan nada risau.

Ammara mengangkat tangan perlahan, seolah memujuk. “Tak apa… nanti okay lah ni.”

Tengku Izzqandar angguk perlahan, masih belum yakin tapi menghormati kehendak isterinya.

Ammara duduk perlahan di sofa. Nafasnya masih belum stabil. Dan tiba-tiba, dia terdiam sendiri.

Dia jarang jatuh sakit. Sangat jarang.

“Takkanlah…” bisiknya perlahan.

Dia jarang jatuh sakit. Tapi kali ni, rasa loya, pening, dan… satu fakta penting yang buat dia terus panik. Dah dua minggu lambat.

Ammara telan liur perlahan. Matanya tertancap pada Iris dan Tengku Izzqandar yang kini sedang berbual perlahan di meja makan.

Dia hanya diam dan debar di dadanya, mula terasa lain macam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience