Bab 21
"Aunty!!!" jerit kecil Iris di dalam panggilan video itu.
Terukir senyuman dibibir Ammara. Penat yang mengalir ditubuh hilang serta merta. Iris.. Iris buat semangat dia bangkit.
"Hi sayang, sihat tak?" lembut Ammara menyoal.
"Iris sihat! Aunty sihat? Best ke dekat sana aunty?" Iris dekatkan muka ke skrin, seakan akan mahu melihat sekeliling Ammara.
Ammara tergelak, geli hati dengan tingkah Iris "Aunty sihat sayang. Best jee.." balasnya. Suaranya seperti berusaha menyorok kelelahan agar Iris tidak perasan.
"Aunty bila nak balik sini jumpa Iris. Aunty dah tak nak jumpa Iris ke?" suaranya mula berbunyi sedih, kepala perlahan-lahan tunduk melihat lantai.
"Eh taklah Iris. Aunty nak sangat balik, peluk Iris kuat-kuat, tak nak lepas. Tapi.. look at this." Ammara angkat kertas assignmentnya, diletak dihadapan skrin.
"Iris, sayang? Takpe, kita boleh video call kalau Iris rindu aunty. Bubu Som setiap hari update gambar Iris pada aunty tauu. Aunty selalu kiss Iris!" pujuk Ammara bila Iris masih seperti tadi. Dia tidak sanggup lihat Iris bersedih walau tak boleh dinafikan, dia juga rindu Iris. Terlalu.
Mak Som yang sejak tadi memang duduk disebelah Iris tersenyum, "Iris, Iris cakap nak tunjuk lukisan Iris pada aunty kan? Mana lukisan tu?" Mak Som sentuh bahu Iris, cuba untuk mengingatkan hasrat anak kecil itu semula.
Seketika mata Iris berbinar, "Haah lah.. Iris nak tunjuk dengan aunty. Aunty tunggu, Iris nak ambil." belum sempat Ammara jawab apa-apa, gadis kecil itu sudah turun dari kerusi, berlari anak ke atas.
"Iris, hati-hati." pesan satu suara garau dari arah sofa ruang tamu. Tengku Izzqandar, sejak tadi cuma memerhati sesi panggilan video itu.
"Ok papa!" jawab Iris sambil meneruskan langkah.
Mak Som geleng kepala, kemudian di toleh semula ke skrin ipad milik Iris. "Kamu okay, Ara?" soalnya manis, tak ubah seperti seorang emak yang prihatin pada anaknya.
Ammara tak menjawab terus, sebaliknya dia letak kepala di atas meja study sambil hela nafas berat.
"Penat sangat, Mak Som. Tapi what can do? Assignment tak siap lagi. Semua dah hampir dekat dengan deadline." Ammara seperti mengadu.
Sekali lagi dia hela nafas berat, malas. Dia pandang Mak Som dengan mata sedikit disepetkan, tak tunjuk minat pada kertas kertas dihadapannya.
“Tak mintak banyak pun cuma Ara nak satu hari yang betul-betul tenang. Tak dikejar masa, tak dibeban fikiran. Tapi.. huwaaa!!” Ammara buat suara tangisan pura-pura dihujung itu.
Ya, dia penat. Penat yang tak nampak dengan mata tapi makan dalam jiwa. Setiap hari senyum macam biasa tapi dalam hati Tuhan saja tahu. Ammara cuma harap, ada sinar di hujung semua ni.
“Ara dah tak tahu beza antara mengantuk, letih atau malas. Semua rasa bercampur jadi satu emosi. Kalau dijadikan sup, confirm rasa dia power kebaboom!”
Mak Som tergelak, haih Ara.. walaupun macam ni, tetap ada guraunya.
"Kesian Ara tapi tak apa Ara. Usaha tak akan pernah mengkhianati hasil." Mak Som cuba memberi semangat.
Tak lama sosok kecil Iris memenuhi skrin itu semula, "Aunty tengok ni, hebatkan Iris lukis?"
Ammara tunjuk muka semangat semula, tidak ada lagi wajah lelah seperti tadi. Tak.. Iris tak boleh tahu.
"Wah sayangkuu, lukisan Iris semakin kemas!" puji Ammara sambil tunjuk thumbs up.
Iris tergelak, bangga.
Tengku Izzqandar dari jauh dapat melihat Ammara, memandangkan skrin gadjet itu besar. Hatinya seakan tersentuh melihat Ammara seperti tadi. Entahlah.. tapi mahu saja dia duduk dekat Iris dan beri semangat pada Ammara.
"Hang in there, Ammara." bisik hatinya perlahan.
Share this novel