Epilog
Dua Tahun Kemudian,
Seluruh dewan hotel malam itu berbalut suasana meriah. Sanak saudara, sama ada yang dekat mahupun jauh, hadir memeriahkan sambutan hari lahir kecil Izhan Khalid. Wajah-wajah mereka berseri-seri, bergaya dengan busana terbaik.
Di satu sudut, Ammara tersenyum puas. Cukup sederhana penampilannya malam ini, hanya blouse dan skirt labuh berjenama berwarna nude, dipadankan dengan solekan nipis, bedak compact dan lip balm merah jambu. Walaupun ringkas, seri keibuan itu jelas terpancar di wajahnya.
Dari jauh, kelihatan Iris berlari-lari bermain dengan rakan sebaya. Manakala Izhan, dalam dakapan Tok Babah, ketawa riang tanpa sebarang keresahan di dunia. Ammara ketawa kecil sendiri. Bukan calang-calang majlis, meriah sungguh sambutan ulang tahun Izhan.
Namun, di sebalik senyumannya, kata-kata Tengku Izzqandar semalam masih terngiang di telinga.
“Maaf sayang. Saya tak dapat datang majlis Izhan esok. Meeting saya kat Singapore ni tak boleh excuse. Tolong sampaikan salam rindu saya dekat Iris dan Izhan tau. Love you, sayang"
Penting sangatkah mesyuarat itu sampai tak dapat hadir ke hari bahagia anak sendiri? Ammara mendengus perlahan. Hatinya sedikit terusik. Tengku Izzqandar bukan jenis yang mudah abaikan keluarga tanpa sebab kukuh, tapi rindu itu tetap ada.
Ammara menarik nafas dalam, memujuk dirinya untuk berfikiran positif. Sambil meneguk segelas jus oren, dia memujuk hati yang hampir merajuk.
Tiba-tiba, lampu dewan terpadam.
Suasana riuh seketika. Tetamu mula berbisik-bisik, tertanya-tanya. Namun tidak lama kemudian, cahaya sorotan spotlight menerangi pentas utama.
Dan di situlah, susuk tubuh tinggi yang amat dikenalinya muncul, berdiri megah dengan gitar di tangan.
Tengku Izzqandar.
Mata Ammara membulat. Bukan ke dia kat Singapore?
“Ian, baby boy papa…” suara Izzqandar bergema penuh cinta. “Papa doakan awak membesar jadi anak soleh, membahagiakan semua orang sekeliling awak. Happy birthday, sayang.”
Izhan ketawa comel seakan-akan mengerti ucapan papanya. Dewan bergema dengan tepukan dan sorakan. Namun Ammara, masih terpaku, terharu.
Senyum manis suaminya menambahkan lagi debar di dada Ammara. Dan sebelum Ammara sempat bernafas lega, suara Tengku Izzqandar bergema lagi.
“And to my beloved wife… this song is for you.”
Telunjuknya terarah kepada Ammara. Pipinya serta-merta membahang. Hampir seluruh dewan kini memandangnya.
Petikan gitar mula mengalun, mengiringi suara Tengku Izzqandar yang serak basah tetapi penuh rasa.
Apa khabar Dinda?
Lama tak jumpa
Rasanya hampir dua purnama,
Rindu di dada tak siapa yang tahu.
Dinda jauh di sana
Jauh di mata
Namun di hati sentiasa ada
Menemani dikala gundah gulana.
Dinda, kanda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita.
Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua.
Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan.
Sorakan, tepukan dan siulan bangga bergema memenuhkan ruang dewan sebaik sahaja Tengku Izzqandar meletakkan gitar ke tangan Firdaus yang sedia menanti di sisi.
Dengan senyuman malu-malu, Tengku Izzqandar turun dari pentas dan melangkah terus ke arah Ammara.
Sesampainya di hadapan isterinya, dia menggaru tengkuk perlahan, matanya sesekali menunduk.
“Macam mana… ok tak?” soalnya, penuh rasa segan.
Ammara hanya diam dan menatap wajah suaminya. Rindunya membuak. Melihat lelaki itu malam ini dengan baju sederhana, tetapi ketampanan yang tak pernah luntur, membuatkan hatinya cair tak bersisa.
Tengku Izzqandar tersenyum kecil. Tanpa ragu, dia menarik jemari Ammara, mengenggamnya erat.
“Sayang…” panggilnya dengan suara yang dalam dan penuh kasih. “I’m sorry, ok? Saya saja nak buat surprise… kalau awak tak suka, saya janji, lepas ni tak buat lagi.”
Air mata bergenang di kelopak mata Ammara. Terharu. Bahagia. Segalanya bercampur. Dengan tangan menggigil, dia mengusap pipi suaminya.
“Terima kasih..” bisiknya perlahan, sebelum akhirnya airmata mengalir tanpa disekat.
Tengku Izzqandar tersenyum penuh cinta. Dengan lembut, dia menyeka airmata Ammara sebelum menarik isterinya ke dalam dakapan hangatnya.
“So… Ian is going to be a big brother, right? Baby sihat tak?” bisik Tengku Izzqandar di telinga isterinya.
Spontan, Ammara menolak tubuh suaminya sedikit. Matanya membulat.
“Wait… macam mana awak tahu?!”
Tengku Izzqandar tergelak kecil, kemudian menarik semula Ammara ke dalam pelukannya.
“Sayang… dari perubahan kecil badan awak pun saya boleh tahu,” bisiknya, penuh manja.
Sambil mengusap lembut belakang Ammara, Tengku Izzqandar berbisik lagi, suaranya nyaris hilang dibawa angin malam.
“Hidup saya jadi lengkap dengan awak di sisi saya, Ammara. Terima kasih sebab pilih saya dan kerana sentiasa ada untuk saya. Saya takkan berhenti mencintai awak, sampai bila-bila. Saya berdoa setiap hari supaya kita bertemu lagi di syurga nanti, bersama anak-anak kita.”
Ammara mengeratkan pelukan di pinggang suaminya, terasa kehangatan kasih yang tak terucapkan. Dalam hatinya, tanpa henti, dia mengaminkan doa itu.
“Di dunia ini, aku memilihmu.
Di akhirat nanti, aku tetap menunggumu.
Cinta ini, insyaAllah, tidak akan berakhir.”
TAMAT.
so, how’s my first novel, guys? >< it's been such a fun journey, Ammara Delalila dan Tengku Izzqandar Khalid dah bawa saya dalam satu perjalanan penuh tawa, air mata, dan butterfly hahaha. i hope you all enjoyed their love story as much as i did writing it! i truly appreciate all your support and feedback. terima kasih untuk semua sokongan dan kata-kata manis sepanjang perjalanan 'Hingga Hati Memilih Dia' you guys made this journey even more special! hihi cliche but buat pembaca full rama rama, that's the kyrah signature! hahaha with love, kyrah
Share this novel