HHMD - Bab 31

Romance Completed 2222

Bab 31

Langkah Marina laju tapi teratur, high heels-nya berdetak di atas lantai marmar. Dia tahu Tengku Izzqandar akan cuba elak, tapi dia takkan lepaskan peluang kedua ini. Bukan kerana cinta tapi kerana ego yang tercalar bila tempatnya diambil perempuan lain.

Tengku Izzqandar sedang berdiri di tepi parking, memandang jauh ke arah langit yang mulai mendung. Dia dengar langkah itu datang, tapi dia tak berpaling.

“Busy sangat CEO kita sekarang, sampai tak sempat nak tegur orang lama?” suara Marina tajam berlapik, seakan jenaka tapi penuh duri.

Tengku Izzqandar hanya mendiamkan diri seketika. Nafasnya panjang sebelum dia menoleh sedikit.

“Apa lagi, Marina?”

Marina tergelak perlahan, mendekat tanpa izin. “Apa lagi? That’s all you have to say to me? After everything we’ve been through?”

Dia berdiri terlalu dekat, tapi Tengku Izzqandar tetap kaku, tak berganjak.

“Dr. Ammara tu… cantik, ya. Lembut. Pandai bawa diri. Tapi you dan I, kita ada sejarah, Izz. Kita ada kenangan. Dan you kena terima satu benda perempuan macam dia tak akan faham dunia kita.”

Tengku Izzqandar ketap rahang, sabar.

“Dunia siapa, Marina? Dunia you yang penuh topeng dan kepura-puraan?”

Marina tersenyum sinis. “Jangan tipu diri sendiri. You tahu, dengan I, you boleh jadi diri you. You tak perlu control everything. I kenal you luar dalam, Izz…”

Dia melangkah makin dekat, berbisik dengan nada menggoda, “Dan I tahu, dalam hati you… I’m still there.”

Diam. Pandangan Tengku Izzqandar tajam menikam wajah Marina.

“Kalau you betul-betul kenal I, Marina… you takkan datang minta apa yang dah I buang.”

Marina tergelak, kali ini nadanya penuh luka yang diselindung dengan angkuh.

“Dia cuma budak mentah dalam kehidupan you. Come on, Izz. She’s a phase. You akan sedar juga nanti.”

Tengku Izzqandar menunduk sedikit, ketawa hambar.

“You masih sama. Pandang rendah pada semua orang, kecuali diri you sendiri. Tapi kali ni, I tak akan silap lagi.”

Dia melangkah pergi, tapi sempat berhenti dan menoleh satu kali, pandang Marina tepat.

“Terima kasih, you semakin yakinkan kenapa kini hati I pilih dia, Marina.”

Langkahnya meninggalkan Marina terpaku, mata terbuka luas, bibir terketap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience