Bab 29
Keesokan paginya, suasana di hospital sedikit sibuk. Suara mesin, langkah jururawat, dan panggilan nama pesakit bergema di ruang legar. Ammara berjalan pantas di koridor, membawa tablet dan laporan harian yang perlu dikemas kini.
Sedang dia berjalan, suara seorang jururawat dari meja depan menahannya, “Doktor Ammara, ada orang cari Doktor."
Ammara berpaling. Keningnya terangkat sedikit.
“Siapa?”
Jururawat itu hanya tersenyum, kemudian menjeling ke arah pintu utama. Beberapa staf lain di kaunter sudah mula menekup mulut, terkejut dan teruja. Siapa sangka, lelaki yang selama ini hanya dilihat di kaca TV dan artikel majalah… kini berdiri di depan mata.
Tengku Izzqandar Khalid.
CEO berwajah tampan, berprofil tinggi. Namanya bukan asing dan wajahnya… ada di mana-mana.
Ammara langkahkan kaki perlahan ke arah Tengku Izzqandar. Berbaju kemeja biru laut, lengan baju dilipat kemas, wajahnya kelihatan… tenang seperti biasa.
“Tengku?” Suaranya tenang, tapi nada terkejutnya tak dapat disembunyikan sepenuhnya.
Tengku Izzqandar hanya angguk, tangannya seluk poket.
“Saya kebetulan ada urusan dekat area sini. Teringat awak kerja pagi ni.”
Dia berhenti seketika.
“Awak okay tak?"
Ammara terkedu sejenak. Tapi dia tetap senyum kecil, cuba kekalkan profesional.
“Saya okay, Tengku. Kerja macam biasa.”
Tengku Izzqandar angguk perlahan.
“Baguslah. Iris tanya pagi tadi… awak datang lagi ke malam ni?”
Ammara tersenyum lebih lebar, lebih ikhlas. “Kalau saya sempat habis awal, saya datang.”
Dia hampir nak melangkah pergi bila suara itu kembali memanggil, kali ini lebih perlahan.
Tengku Izzqandar masih berdiri di situ. Pandangan matanya tidak lari dari wajah Ammara.
Sebelum wanita itu sempat berpaling untuk meneruskan kerja, suaranya kembali kedengaran.
“Ammara.”
Ammara menoleh lagi. “Ya, Tengku?”
“Awak free lunch nanti?”
Ammara terpinga seketika. “Saya… tak pasti, Tengku. Banyak rounds lepas ni.”
Tengku Izzqandar angguk perlahan, faham. Tapi dia tidak mengalah, “Kalau awak sempat, saya nak belanja lunch.”
Ammara angkat kening sedikit. “Belanja?”
“Anggap saja… sebagai balasan.”
Tengku Izzqandar senyum nipis.
“Sebab awak masih jaga Iris walaupun dah ada tugasan lain. Awak tetap datang, tetap beri masa. Saya hargai.”
Ammara terdiam. Kata-kata itu bukan sahaja membuatkan dadanya terasa hangat, ia juga buat pertahanan kecil dalam dirinya sedikit runtuh.
Dia tunduk sedikit, sebelum tersenyum.
“…Baiklah.”
Jawapan itu ringkas. Tapi cukup untuk buat Tengku Izzqandar terasa sesuatu mengembang perlahan dalam dadanya.
“Jangan penat sangat,” ucap Tengku Izzqandar, pandangannya lebih dalam, lebih lembut.
Ammara senyum, dan hanya angguk. Tapi langkahnya selepas itu terasa sedikit lain. Ada sesuatu dalam hatinya yang hangat yang dia sendiri tak tahu nak namakan apa.
Dan Tengku Izzqandar? Dia masih berdiri di situ. Pandang Ammara dari belakang… dan diam-diam tahu, hari ini, dia rindukan senyuman itu lebih dari biasa.
Share this novel