Bab 55
Angin malam mencengkam, daun pintu warehouse itu teroleng-oleng perlahan, menghasilkan bunyi mencekam.
Di dalamnya, Ammara dan Iris duduk terikat di satu sudut. Mulut Iris disumbat kain kecil, tapi Ammara hanya diikat tangannya ke belakang, mulut bebas.
“Iris.. sayang.. mama ada. Jangan takut, mama ada, ya,” bisik Ammara, cuba sehabis tenang.
Tapi dalam hatinya, Tuhan saja tahu betapa dia menggigil. Air mata mengalir perlahan.
Tak jauh dari mereka, Marina berdiri dengan angkuh, memeluk tubuh.
“Finally… dapat jugak I tengok you ketakutan, Ammara. Patutnya dari dulu lagi you tak muncul dalam hidup dia,” Marina ketawa perlahan, mata psiko.
Ammara memandangnya tajam, walaupun dalam ketakutan tapi matanya tetap menyala dengan keberanian. Dia percaya, Tengku Izzqandar akan datang.
Dentuman!
Semua orang dalam warehouse menoleh.
Langkah itu bergema. Langkah berat, yakin.
Tengku Izzqandar muncul dari kegelapan, hanya berbaju hitam tanpa kot, jam hitam tersarung kemas di pergelangan tangan.
Wajahnya… Tenang. Mati. Bahaya.
“Hi darling, akhirnya datang juga.” Marina mendengus puas, melangkah perlahan ke tengah warehouse.
“Aku datang bukan untuk kau, Marina." suara Tengku Izzqandar tenang tapi penuh ancaman. Matanya hanya pada Ammara dan Iris.
Melihat isteri dan anaknya duduk terikat begitu, sesuatu dalam dirinya hampir meledak tapi dia kawal. Waktu dia kawal amarahnya, dia lebih berbahaya.
“Let them go, Marina. This is between you and me,” suara itu garau dan berat.
Marina ketawa kecil. “You think I’m stupid? No no, dear. This is not negotiation. It’s a message. You chose wrong, Izzqandar. You chose that woman instead of me!"
Tengku Izzqandar pandang Marina, seolah-olah memandang sesuatu yang sangat kecil.
Kali ini, Tengku Izzqandar ketawa kecil, penuh dengan nada sinis yang menggema di udara. “Kau betul-betul lupa siapa aku, Marina,” katanya, suaranya tajam, seolah-olah ingin mengingatkan wanita itu siapa yang sedang berdiri di depannya.
Marina merenungnya dengan mata yang tajam, tetapi ada kesakitan yang tersembunyi di dalamnya.
“I tak lupa you, Izz. I ingat you, sentiasa. Tapi hati I sakit bila tengok semua perhatian dan perlindungan yang you bagi pada I dulu, sekarang you beri pada perempuan tu!” Suaranya pecah sedikit, menahan rasa pedih yang semakin menghimpit.
Suasana jadi lebih tegang, bila satu bunyi tapak kasut kedengaran. Seorang lelaki melangkah perlahan keluar dari bayang gelap. Berwajah sinis. Memakai jaket coklat lusuh.
Fariz.
Senyuman di bibir lelaki itu penuh dengan kebencian dan dendam bertahun-tahun.
"Kita bertemu juga, Tengku Izzqandar Khalid,” suara Fariz penuh ejekan. Dia bertepuk tangan perlahan, seakan memperolokkan keberanian Tengku Izzqandar.
Tengku Izzqandar hanya berdiri tegak, tubuhnya statik namun aura di sekelilingnya membakar. Matanya tajam, membelah ruang.
Fariz ketawa kecil, melangkah ke tengah warehouse, tidak gentar. "Agaknya… kau tertanya-tanya siapa sebenarnya di balik semua tragedi hidup kau kan?”
Ammara memandang Fariz dengan dahi berkerut. Siapa dia?
Fariz menyambung, suaranya perlahan dan penuh racun, “Ya, Tengku. Akulah… yang upah orang langgar Ayahanda, Bonda dan adik kau bertahun dulu.”
Dia senyum puas.
“Aku yang buat kau hidup tanpa arah, tanpa jiwa. Kosong. Lost.”
Tengku Izzqandar masih diam tapi tangannya mengepal perlahan.
Fariz ketawa. “Marina? Thanks to her sebab tiba-tiba datang dalam hidup kau, dia buat kau rasa bahagia sekejap dan tinggalkan parut yang kau takkan mampu padam. Dalam tak sedar, Marina mudahkan lagi tujuan aku."
Dia melangkah lebih dekat, kini berdiri hanya beberapa meter dari Tengku Izzqandar.
Fariz berbisik perlahan, “Kau fikir kau kuat? Tengku besar? Hakikatnya, kau cuma budak hilang mak ayah, mencari tapak dalam dunia ini tanpa arah.”
Ammara mengalirkan air mata melihat Tengku Izzqandar berdiri sendiri, menahan semuanya. Tapi… dia kenal suaminya.
Semakin dalam orang lukakan dia, semakin besar amukan yang sedang dikawal di dalam tubuh lelaki itu.
Tengku Izzqandar mengangkat kepala sedikit. Memandang Fariz, mata itu kosong tapi membakar.
Suaranya akhirnya keluar perlahan, dalam, berbisa.
“Terima kasih.”
Fariz mengerutkan dahi. “Apa?”
Tengku Izzqandar melangkah setapak ke depan, aura seorang raja medan perang.
“Terima kasih sebab ajar aku… hidup bukan tentang apa yang kita hilang. Tapi tentang siapa yang kita lindungi hari ini.”
Dia sempat menjeling ke arah Ammara dan Iris, penuh makna, memberi isyarat bahawa dia akan lindungi mereka walau dengan nyawa sekalipun. Tanpa menunggu, dia melayangkan tumbukan padu tepat ke muka Fariz.
Buk! Tubuh Fariz terpelanting ke belakang dalam sekelip mata.
Orang-orang Fariz yang sudah mula bergerak menghampiri, bersiap untuk menyerang, namun Tengku Izzqandar mengangkat tangan, langsung menghentikan mereka.
“Ini antara aku dan dia,” tegasnya, suara tenang tapi penuh ancaman. Mata tak lepas dari lelaki yang kini sedang terhincut bangkit semula.
Share this novel