Bab 6
Cawan latte panas di tangan Ammara masih berasap, jemarinya yang runcing melingkari seramik putih itu dengan anggun. Duduk di sudut kafe, matanya fokus pada skrin telefon, email demi email masuk bertalu-talu.
Dia hirup sedikit latte, bibirnya terukir senyum kecil. "Hm.. not bad latte ni, lurvee" gumamnya perlahan sambil menyilangkan kaki, kasut tumitnya tetap terletak elok walaupun dia santai duduk.
Sejam berlalu. Ammara bangun perlahan, menyarungkan beg tangannya ke bahu. Namun, langkahnya terhenti apabila satu tubuh kecil tiba-tiba terlanggar lututnya.
"Oh!" Ammara tunduk pantas. "Eh, Iris?"
Si kecil yang berambut ikal separas bahu itu mendongak dengan senyuman selebar dunia. "Aunty Cantik!!" Iris menjerit kecil, menepuk tangan kegirangan.
Ammara tergelak kecil, meletakkan tangan di dada. "Iris, sendiri lagi? Buat apa kat sini?"
Iris menjawab selamba sambil memusing-musing badannya yang kecil, "Aunty Cantik tengah jalan-jalan ke? Ini cafe Papa Iris, tau!"
Ammara menjeling ke sekeliling, matanya mula mencari-cari sosok lelaki yang buat jantungnya bergetar. Sesekali matanya menangkap sekilas wajah lelaki di seberang kaunter, bukan, bukan dia.
"Cafe Papa Iris?" pandangan Ammara jatuh ke papan nama kecil di kaunter: I.K Group Café, ruang rehat premium untuk staf eksekutif. Dia mengangguk perlahan, "Oh.. No wonder lah barista dia handal.”
Belum sempat Ammara menyambung bicara, dua lelaki bersut hitam muncul dari arah lif, termengah-mengah dengan wajah cemas.
"Cik Iris!" seorang dari mereka bersuara, "Papa Cik Iris cakap tak boleh lari-lari."
Iris muncungkan bibir sambil menggenggam jemari Ammara erat-erat. "Iris jumpa Aunty Cantik lah.. Iris suka Aunty Cantik"
Ammara tersenyum lebar, namun jauh di sudut hati dia berdebar, bukan sebab Iris. Tapi sebab harapan kecil dia akan nampak lagi sosok yang buat dunia dia terhenti seketika.
Belum sempat Ammara bersuara, satu suara berat dalam dan tenang muncul dari arah belakangnya.
"Iris, kita dah cakap pasal lari, kan?"
Ammara terdiam, perlahan-lahan dia berpaling.
Dan di situ berdirinya lelaki yang buat hati dia tak keruan berapa minggu sejak dia jejak semula ke tanah airnya ini.
Tengku Izzqandar berkemeja putih kemas, bertali leher hitam, wajahnya bersih tapi serius seperti selalu. Matanya tepat memandang Iris, bukan Ammara.
Iris meluru ke arah papanya dan terus peluk peha lelaki itu. "Papa jangan marah Iris, Iris ternampak Aunty Cantik tadi sebab tu Iris lari."
"Aunty Cantik ni baik sangat papa.." Iris sambung lagi, pipinya bersandar pada bahu papanya.
Tengku Izzqandar angkat wajahnya, pandangan bertembung dengan Ammara tapi tidak ada senyum, tidak ada apa-apa. Hanya pandangan kosong yang sulit dibaca.
"Kami minta diri dulu Cik Ammara. Terima kasih kerana singgah di kafe kami." Tengku Izzqandar tunduk sedikit sebelum berpaling dan meneruskan langkah bersama Iris.
Sekali lagi, Ammara cuma mampu memandang dua bayangan itu hilang "Ok Ara, tak boleh tipu.. ni akan jadi favourite cafe you mulai sekarang!" sekali lagi lelaki itu buat dia sentuh dada sendiri, berdetak hebat.
Share this novel