Bab 9
Langkah Ammara terasa ringan namun penuh debaran. Dress biru langit berpotongan moden yang digayakan hari ini terasa lebih ketat dari biasa, bukan sebab saiz tapi sebab jantungnya yang berdegup laju tanpa irama.
'Why am I nervous? It’s just a meeting… right?'
I.K Group, gah seperti namanya. Sekali lagi dia menjejakkan kaki ke bangunan itu tapi kali ini bukan untuk pergi ke di kafe yang sudah jadi kafe kegemarannya. Kali ini jemputan khas dari Tengku Izzqandar sendiri.
Ammara masih ingat dengan jelas, satu email ringkas dari PA lelaki itu:
“Tengku ingin bertemu. Berkaitan satu tawaran khusus untuk Cik Ammara."
Dan sekarang, dia duduk dalam bilik mesyuarat persendirian. Ruang eksklusif itu tenang, elegan, dipenuhi dengan aroma kopi mahal dan aura lelaki berkuasa.
Pintu dibuka dari luar oleh seorang lelaki, selaku PA Tengku Izzqandar. Tengku Izzqandar melangkah masuk, rapi dalam sut kelabu gelap. Wajahnya tetap sama, tenang, tegas dan… tidak berperasaan.
“Terima kasih sebab datang, Cik Ammara." ucapnya sambil menarik kerusi di hujung meja. Pandangannya tertancap pada wajah Ammara dihadapannya.
Ammara hanya senyum nipis, berpura-pura tenang "So, what’s this all about, Tengku?”
"Apa tawaran khusus untuk I yang dimaksudkan dalam email tu" sambung Ammara sambil berupaya sorok debarannya.
Lelaki itu menyilangkan tangan. Suaranya keluar perlahan namun penuh maksud.
“Awak berminat nak jadi mama pada Iris?”
Ammara terdiam. Matanya membesar. Wait. WHAT?
Dada Ammara bergelora. Tapi dia diam, tak mampu balas. Tengku Izzqandar menyambung, nadanya masih terkawal—businesslike.
"Cuma mama sambilan saja, Cik Ammara. Maafkan saya, saya tahu ini terlalu tiba-tiba tapi Iris dah jatuh sayang pada awak."
Sekali lagi Ammara cuma diam tapi dalam hatinya? AIPP!! WHY NOT??
Tengku Izzqandar pandang Ammara lalu sambung,
“Jangan risau, saya akan bayar awak. Setiap kali Iris bersama awak, gaji awak jalan. Awak tahu yang Iris akan selalu dengan awak kan? Jadi dekat sini, awak tak akan rugi.”
Ammara pandang lelaki itu. Wajah yang langsung tak nampak emosi. Tapi dia tahu… ini bukan soal duit.
Duit? No hal. Iris? No hal.
Tapi peluang nak dekat dengan Tengku Izzqandar Khalid? Lelaki yang buat hati dia manyakk senang? BIG YES!
Dia sengih kecil. “Ok. I nak.” jawabnya ringkas.
Tengku Izzqandar angguk ringkas tanpa mengambil pusing dengan pandangan Ammara yang seperti ada 'sesuatu'
"Mulai minggu depan, awak akan temankan Iris ke tadika dan waktu selepas kerja. Mak Som akan beri jadual.”
"Selamat berkerjasama, Cik Ammara." Tengku Izzqandar tunduk sedikit, senyum sesaat dan terus meminta diri untuk keluar.
Masih di dalam bilik mesyuarat itu, Ammara senyum, mata tak lepas dari melihat belakang lelaki itu.
Dengan cara ni… I’m in!
Aduh, tak sabar tunggu hari pertama sebagai ‘mama sambilan’ kepada Iris Khalila. Yuhuu!!!
Share this novel