HHMD - Bab 33

Romance Completed 2222

Bab 33

Pusat beli-belah petang itu agak sibuk. Ammara dan Iris berada di rak alat tulis, khusyuk memilih pensel warna dan pemadam kecil.

Tengku Izzqandar hanya menolak troli perlahan di belakang mereka, tenang tapi matanya tak lekang dari dua insan kesayangannya.

Setiap kali Ammara membongkok sedikit untuk bertanya pendapat Iris, dia rasa dadanya lapang. Macam ini agaknya rasa bila hati mula rasa ‘cukup’.

Tiba-tiba..

“Izz?”

Satu suara menyentap ketenangan itu.

Langkahnya terhenti. Dia berpaling.

Marina.

Wanita itu berdiri beberapa langkah dari mereka, bergaya seperti biasa, rambut disanggul kemas, beg tangan berjenama tersangkut megah di bahu. Namun yang paling mencuri perhatian, pandangan mata tajamnya yang melirik ke arah Ammara, kemudian Iris.

Dan akhirnya, Marina senyum sinis.

“Oh.. now I get it, pekerja pun boleh jadi ‘special’ ye sekarang?”

Marina berpeluk tubuh, matanya sejak tadi tidak lepas dari memandang kemesraan antara Iris dan Ammara. Hatinya terasa sesak. Cemburu itu datang, menyakitkan.

Ammara berhenti, pensel warna masih di tangan. Dia angkat sedikit wajah, pandangan bersahaja… tenang seperti laut selepas hujan.

Namun sebelum Ammara sempat berkata apa-apa,

Tengku Izzqandar sudah melangkah ke hadapan. Tubuhnya kini berdiri di antara Marina dan Ammara.

Tegas. Melindung.

Matanya tajam menikam Marina, suaranya tidak meninggi, tapi cukup menggegarkan, “Dia bukan lagi pekerja I, Marina.”

Diam sejenak.

Nafas dunia seolah ditahan.

“Dia bakal isteri I.”

Marina terdiam. Matanya membulat sedikit. Wajahnya seolah baru disambar petir di siang terik.

Tapi Tengku Izzqandar tidak berhenti di situ. Langkahnya satu ke depan lagi, kini suara perlahan… tapi lebih dalam, lebih menyentuh.

“Dia akan jadi permaisuri hati I.”

“Dan dia akan pakai mahkota yang selama ini I simpan.”

Ammara terkejut.

Dia memandang Tengku Izzqandar dengan wajahnya merah padam bukan kerana malu semata, tapi kerana tak percaya… lelaki itu, yang selama ini dingin dan penuh batas, akhirnya memilih untuk ‘berdiri’ di hadapannya. Di hadapan dunia.

Marina ketap bibir. Nafasnya kasar, cuba tahan amarah yang membuak.

Tapi drama itu terhenti seketika bila Iris bersuara, menarik tangan Ammara sambil tunjuk buku lukisan.

“Aunty, Iris nak yang ini! Warna dia cantik!”

Ammara tunduk cepat-cepat. Dia senyum pada Iris sambil angguk, cuba sembunyikan rasa bergelora di dada.

Tengku Izzqandar menoleh ke belakang sedikit, memandang dua orang yang dia janji akan lindungi sampai mati. Kemudian senyuman tipis muncul di hujung bibirnya, hanya untuk Ammara.

"Saya tak main-main, Ammara." kata separuh berbisik tapi namun cukup menekan ke hati.

_________________________________

Langit petang makin redup. Hembusan angin di luar pusat beli-belah menyentuh lembut wajah Ammara tapi hatinya masih belum reda daripada debaran yang terjadi tadi.

Iris di tengah-tengah mereka, leka menikmati aiskrim vanila dengan penuh fokus. Sesekali tersenyum sendiri bila topping coklatnya meleleh.

Ammara pula diam seribu bahasa. Langkahnya perlahan, seiring dengan Tengku Izzqandar yang berjalan tenang di sebelah kanan Iris. Namun fikirannya masih berlari-lari semula ke detik tadi, detik bila nama dia disebut sebagai bakal isteri, di depan Marina.

Seperti mimpi. Tapi mimpi yang buat jantungnya tak berhenti berdegup kencang.

“Mahkota hati saya.. sekarang dah ada pemiliknya."

Suara Tengku Izzqandar tiba-tiba memecah sunyi di antara mereka. Nadanya rendah, tapi cukup untuk menusuk.

“Itu awak, Ammara.”

Ammara hampir terlanggar rak mainan. Dia terhenti kecil, mata membulat. Wajahnya jelas berubah.

“Err…”

Cuma itu saja yang mampu keluar dari mulutnya.

Tengku Izzqandar senyum kecil, pandangan matanya masih padanya. Tenang. Tak tergugat. Macam dia benar-benar tahu apa yang dia mahukan dan dia mahukan Ammara.

“Hmm?” Dia sengaja tunduk sedikit, suaranya hampir berbisik.

“Ada nak cari apa-apa lagi ke, permaisuri hati saya?”

Ammara cepat-cepat larikan pandangan, wajahnya jelas merah. Dia menunduk ke arah rak mainan dan berpura-pura sibuk.

“Saya… saya nak pilih beg sekolah baru untuk Iris!” katanya tergesa-gesa lalu mencapai satu beg unicorn warna pastel tanpa fikir panjang.

Tengku Izzqandar senyum lebih lebar kali ini. Dia ambil beg yang Ammara pegang, belek kiri kanan sebelum angkat kening perlahan.

“Unicorn?”

Dia pandang Ammara sambil senyum nakal.

“Awak tahu tak… dulu, saya ingat unicorn tu betul-betul wujud.”

Ammara pandang dia sekilas, tak percaya. Lelaki seperti dia ada masa fikir unicorn ni wujud? Wajahnya penuh tak percaya.

“Lelaki macam Tengku… betul-betul percaya unicorn wujud ke?” nadanya bergurau tapi matanya jelas terhibur.

Dia angguk. “Sebab waktu tu… saya masih percaya yang benda-benda ajaib boleh jadi kenyataan.”

Dia berhenti sekejap, matanya kembali ke wajah Ammara. Suaranya jadi lebih perlahan, lebih jujur.

“Macam hari ni.”

Ammara terkedu.

Tiba-tiba Iris bersuara riang, “Papa, Aunty, tengok! Aiskrim Iris ada love shape!”

Ammara bersyukur untuk ‘distraction’ kecil itu. Dia cepat-cepat tunduk sambil tersenyum, bantu Iris lap sisa aiskrim di pipi.

"Comot!"

Tengku Izzqandar pula masih memandang dua orang yang makin mencuri ruang dalam hidupnya itu. Kalau ini sebuah kisah ajaib, dia rela percaya sampai akhir hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience