Bab 40
Tengku Izzqandar masih genggam tangan Ammara lebih erat, seolah-olah sedang meminjam kekuatan dari sentuhan itu. Suaranya perlahan, namun cukup jelas bergema dalam ruang subuh yang hening itu.
“Saya tak mampu bertahan lama dalam kesunyian tu, Ammara. Tapi Iris, dia kekuatan saya. Hidup saya lengkap dengan Iris.. tapi saya kena akui, saya tetap sunyi.” Tengku Izzqandar angkat wajahnya, matanya berkaca namun senyum tetap terukir hambar.
Dia tarik nafas dalam, sebelum menyambung dengan suara yang sedikit bergetar, “Allah sedarkan saya… bahawa hati saya perlukan pelukan seorang wanita untuk bertahta. Untuk saya bernafas dengan penuh makna.”
Dia angkat tangan Ammara ke bibirnya, mengecup perlahan jemari itu seolah memeteraikan sebuah janji yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.
“Saya pilih awak, Ammara. Saya perlukan awak untuk temani saya. Untuk lengkapkan dunia saya yang selama ini hanya ada Iris.”
Ammara masih kaku, pertama kali mendengar suara hati seorang lelaki sedalam ini. Matanya memandang dalam ke wajah suaminya yang penuh pengharapan.
Dada Ammara terasa sesak, bukan kerana sedih tapi kerana terlalu terharu. Ada sesuatu dalam cara Tengku Izzqandar berbicara yang membuatkan hatinya rasa ingin melindungi lelaki itu.
Perlahan, Ammara tarik tangannya yang masih berada dalam genggaman Tengku Izzqandar, tapi bukan untuk menolak. Sebaliknya, jari jemarinya mengelus di sekitar pipi lelaki itu.
Ammara tersenyum, matanya berkaca tapi dia berusaha bersuara dengan nada paling lembut, paling jujur, “Saya disini..”
Dia pandang dalam wajah suaminya sambil menahan sebak, kemudian sambung, “Saya ada untuk awak. Selagi saya bernafas, selagi Allah izinkan, saya akan ada di sisi awak dan Iris.”
Tengku Izzqandar kelihatan terkejut, matanya membulat kecil sebelum berubah menjadi berkaca sekali lagi. Ammara cepat cepat tersenyum sambil mengelus tangan suaminya.
“Kita sama sama perjuangkan cinta ini, ya?” bisik Ammara perlahan, hampir tak terdengar.
Tengku Izzqandar hanya mampu angguk, sebelum spontan dia memeluk tubuh Ammara ke dadanya, seolah-olah tidak mahu melepaskan wanita itu.
_________________________________
Di sebuah kondo mewah yang sepi, Marina duduk di atas sofa kulit putih. Tubuhnya bersilang kaki, tangan memegang iPad sambil meneguk jus oren.
Matanya terbeliak sebaik sahaja skrin paparkan satu headline besar:
“Ammara Delalila sah bergelar isteri CEO terkenal, Tengku Izzqandar bin Tengku Ilhamsyah dalam sekali lafaz.”
Gambar-gambar candid terpampang jelas. Ammara dalam baju pengantin putih suci, senyuman bahagia dan Tengku Izzqandar yang tak lepas memandang isterinya dengan pandangan penuh cinta.
“What the actual—”
Belum sempat habiskan kata, Marina hempas iPad itu ke meja kaca. Bunyi dentuman kuat bergema dalam apartmennya.
Dia berdiri, menolak rambutnya ke belakang dengan kasar, matanya merah menahan geram.
“No. No way! He can’t do this to me! Not after everything—” Dia ketap gigi, nafasnya mula kasar.
Berjalan mundar-mandir dalam ruang tamu mewahnya, Marina memegang dahi.
“You’re supposed to be mine, Tengku Izzqandar. Mine!” katanya antara gigi yang mengetap.
Dia capai cawan jus oren di meja tapi tangan menggeletar. Akhirnya cawan tu terlepas dari tangan, jatuh ke lantai, berkecai bersama serpihan hatinya.
Marina menggenggam kedua-dua tangannya kuat, kuku hampir tenggelam ke dalam tapak tangan. Air matanya mula bergenang, bukan kerana sedih tapi kerana terlalu marah.
“I will not sit and watch you live happily ever after with that… that woman!”
Marina memandang iPad retak di meja, tekad mula terbentuk di hati yang penuh dendam.
“You’ll regret this, Izzqandar. I swear you will.”
Share this novel