HHMD - Bab 27

Romance Completed 2222

Bab 27

Pintu pejabat mewah itu diketuk perlahan. Seorang staf menjenguk perlahan ke dalam.

“Tengku… Cik Marina nak jumpa.”

Tengku Izzqandar yang sedang meneliti skrin komputer, mendongak. Riak wajahnya kosong.

“Suruh dia masuk.”

Beberapa detik kemudian, Marina melangkah masuk dengan gaya tenang dan senyuman nipis yang pernah suatu ketika dahulu menjadi kelemahan lelaki itu. Penampilannya masih seperti dulu, kemas, elegan, sempurna… tapi kosong di mata Tengku Izzqandar.

“Izz…” Marina bersuara perlahan. “I’m not here to argue. I cuma nak betulkan keadaan.”

Tengku Izzqandar bersandar di kerusinya, memerhati Marina dengan pandangan yang dingin dan berhati-hati. Tangannya bertaut kemas di atas meja, menahan segala gelora yang cuba bangkit.

“Betulkan keadaan?” Dia mengulang perlahan.

“You tinggalkan I masa I paling perlukan someone. You tinggalkan Iris masa dia baru nak kenal dunia.”

“And now after all these years, you datang balik… dengan harapan semuanya boleh jadi macam dulu?”

Nada suaranya tenang, tapi tajam bagai bilah yang menghiris perlahan.

“Marina, I bukan tempat you datang bila dunia you dah tak seperti yang you impikan.”

Marina terdiam. Matanya mula berkaca, tapi dia tetap berdiri tegak di hadapan lelaki itu.

“I tahu I silap…” suaranya serak. “I know I was selfish. I tinggalkan you, tinggalkan anak kita. Tapi I menyesal, Izz. Sungguh.”

Tengku Izzqandar bangun berdiri. Tinggi tubuhnya membuat Marina sedikit gugup tanpa sedar.

“You tahu tak… berapa malam I tak tidur sebab fikir apa salah yang I dah buat pada you?”

“You tahu tak, Iris demam, menangis panggil ‘Mama’… tapi tak ada siapa? I duduk tepi katil, peluk dia dan berdoa dia tak ingat rasa ditinggalkan tu.”

Matanya kini basah, tapi tidak gugur. Tegas.

“You nak tahu apa yang paling sakit?”

“Bila I tengok anak kita pandang perempuan lain sebagai tempat dia berlindung… dan I bersyukur, sebab at least Tuhan masih sayangkan Iris. Tapi dalam masa yang sama, I terluka. Sebab tempat tu sepatutnya milik you, Marina. Tapi you buang tanggungjawab tu, macam you buang I dulu.”

Marina tunduk, tangan menggenggam di sisi.

“I cuma nak peluang kedua, Izz…”

“No.” Suara Izzqandar rendah, tapi padat dengan titik noktah.

“You dah mati dalam hidup I.”

“Dah tak ada tempat untuk you dalam dunia I sekarang.”

Marina akhirnya terduduk perlahan di kerusi hadapan, sebak makin tak terbendung.

“Tapi Iris tetap anak I, Izz… Walau macam mana pun, I takkan biar dia lupa siapa I.”

Tengku Izzqandar memandangnya lama, mata yang dulu pernah memuja wanita itu kini tak menunjukkan apa-apa selain luka yang tak sempat sembuh.

“Iris hanya kenal seorang wanita yang selalu ada dengan dia waktu dia jatuh, waktu dia takut, waktu dia sakit.”

“Dan wanita tu… bukan you.”

Dia berpaling, menghadap jendela luas di belakang. Suasana pejabat senyap. Marina hanya mampu menunduk, diam-diam dihimpit kesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience