HHMD - Bab 22

Romance Completed 2222

Bab 22

Setahun berlalu,

Hari ini Iris daftar darjah satu, riuh rendah. Tengku Izzqandar beradi disisi Iris, ini bukan tempatnya tapi kerana permintaan Iris, dia ikutkan saja. Tak sampai hati meruntuhkan kesenangan hati gadis itu.

Tiba-tiba Iris berteriak "Aunty.!!" wajah yang tadi tidak ceria langsung ceria seperti kanak-kanak di hadiahkan lolipop.

Tengku Izzqandar berpaling melihat ke arah yang sama Iris lihat, mata lelakinya terpaku.

'Dia.. Ammara?’

"Surprise, Iris baby!!" Ammara membongkok sambil depa tangan untuk memeluk Iris. Iris yang dari tadi memegang tangan Tengku Izzqandar langsung berlari anak ke arah Ammara. Masing masing berpelukan, erat, hangat.

"Aunty datang?"

"Mestilah sayang.. aunty dah janji aunty akan tengok Iris masuk darjah satu kan? Jadi aunty datang!!’

Tengku Izzqandar masih seperti tadi, tidak lari dari melihat wanita itu. Wajah itu masih sama tapi lebih tenang, lebih manis. Tudung yang dikenakan Ammara.. sangat manis. Dia sudah tak seperti Ammara yang dahulu, yang terikut fesyen budaya barat.

Dia lain tapi dia sempurna.

Iris beralih dari pelukan Ammara, tangan kecil itu mengusap lembut tudung auntynya.

“Aunty pakai tudung? Iris suka!!” riang wajah kecil itu.

Ammara senyum sambil jentik hidung Iris, “I promised kan? Aunty nak jadi contoh baik untuk Iris. So… this is me, official hijabi girl now.”

Iris tepuk tangan, “Yeayyy! Papa, Iris nak tudung macam Aunty.”

Tengku Izzqandar yang diam tadi, buat buat batuk kecil. “Iris, nanti kita cari tudung. Sekarang.. masuk barisan, kan nak jadi budak sekolah?”

“Ye lah, betul kata Papa. Iris kena masuk barisan sekarang. Tapi Papa ni… cemburu ke tengok Iris nak tudung macam aunty?” Ammara sengaja menyakat, mata mencuri pandang wajah Tengku Izzqandar yang selalu terlihat tenang seperti biasa.

Tengku Izzqandar menunduk, bermain tali jam tangan.

"Okay aunty, Iris nak masuk barisan. Tapi aunty janji jangan jalan lagi tau." pesan Iris sambil muncungkan sedikit mulut.

Ammara gelak kecil, dia jentik hidung Iris lagi, “Ok, aunty janji!” jari kelingking Ammara dan Iris saling bersentuhan, tanda satu janji dinoktahkan.

Ammara bangun setelah Iris sudah selamat masuk ke barisan mengikut kelasnya. “Lama kita tak jumpa kan” Ammara bersuara, biasa. Seolah-olah tak pernah memiliki perasaan pada lelaki dihadapannya sebelum ini.

Tengku Izzqandar memandang Ammara seketika, hatinya diketuk satu rasa yang sudah lama ditenggelamkan. Tapi wajahnya masih tenang. “Awak sihat Ammara?”

Ammara angkat kening sedikit.

“I'm good, alhamdulillah. Dah habis study.” Ammara menjawab, lembut.

Tengku Izzqandar pandang wajah itu. “Welcome back.” nada suara masih tegas. Tapi… kenapa jantung dia tak ikut tegas sekali? Yang seperti selalu..

_________________________________

Kantin Sekolah,

Suara kanak-kanak riuh rendah bergema di sekeliling, tapi tumpuan Tengku Izzqandar hanya satu.. wajah itu. Ammara. Dia masih duduk bertentang mata dengannya, tapi kali ini baginya bukan lagi sebagai “pekerja” atau “penjaga Iris”. Mungkin sebagai seseorang yang lebih tinggi pangkat dari itu.

Ammara tersenyum sambil suapkan nasi ke mulut Iris yang duduk di sebelahnya.

“Sedap tak nasi goreng kat sekolah baru Iris ni?” Ammara usik manja.

Iris angguk bersungguh. “Sedap! Tapi lagi sedap kalau aunty masak…”

"Aip.. Iris lupa ke yang aunty tak pandai masak?" Ammara senyum malu. Masak nasi dalam rice cooker pun tak reti, inikan lagi nasi goreng? Nah!

Ammara dekatkan bibirnya ke telinga Iris, "Tapi sekarang Iris tak payah risau sebab aunty dah pro memasak! List menu aunty dah panjang, nak bagi Iris rasa masakan aunty."

Iris buat muka terkejut, "Betul ke aunty.. tak sabar nak makan!" jawab Iris riang.

Ammara senyum, pipi dia sentuh pipi Iris. Rinduu!!

Tengku Izzqandar tak lepas pandang Ammara yang tertunduk sedikit, dia senyum tapi matanya seperti mengelak.

Ammara angkat muka perlahan, tak sengaja bertentang mata dengan Tengku Izzqandar. Dia cepat-cepat alih pandang ke arah air kotak Iris.

“Terima kasih… sebab datang,” suara Tengku akhirnya kedengaran. Perlahan. Tenang. Tapi dalam.

Ammara angkat bahu kecil, “Saya cuma nak tepati janji saya pada Iris, tak nak dia sedih.”

Tengku Izzqandar senyum nipis. Tapi dalam hati, ada sesuatu yang tertinggal sejak hari dia lepaskan Ammara pergi di lapangan terbang. Dan kini, duduk berhadapan begini… rasa itu datang semula.

“Iris…” Ammara bersuara, “Kalau aunty selalu dekat Iris, Iris suka tak?”

Iris terhenti kunyah. “Mestilah!”

Ammara anguk anguk, "Okay.. tapi tak rimas ke aunty duduk rapat rapat macam ni dengan Iris?" soalnya sengaja ingin melihat gelagat si kecil.

"Takkk!!!" laju Iris menjawab.

Ammara tergelak, "Comel lah Iris ni."

Tengku Izzqandar yang mendengar hanya menunduk tapi jari-jemarinya di atas meja tergenggam sedikit. Ammara dah dekat tapi.. kenapa hati dia pula makin takut untuk berharap?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience