HHMD - Bab 30

Romance Completed 2222

Bab 30

Ammara masih perlahan-lahan mengacau pasta dalam pinggan. Suap pun belum, hanya main garfu. Matanya sesekali jatuh pada tingkap restoran, walaupun fikiran sebenarnya tertumpu pada lelaki di hadapannya.

Tengku Izzqandar tenang saja menjamah makanan. Seteguk air, beberapa suap, semuanya tanpa tergesa. Makan tengah hari mereka tampak santai, jauh dari suasana ‘meeting formal’ seperti yang digambarkan lelaki itu masa ajak tadi.

Ammara akhirnya angkat wajah. Senyum nipis terukir di hujung bibir.

“Tengku, tiba tiba ada masa terluang, ya sekarang? Dulu bukan main busy, workaholic tahap kritikal.”

Nada suaranya santai, penuh tease. Matanya galak mencuri reaksi.

Tengku Izzqandar ketawa kecil, geleng perlahan. Senyum sinis manja menghiasi wajahnya. Sudu dan garfu diletakkan perlahan di sisi pinggan.

“Saya pun hairan, kenapa masa saya tiba-tiba jadi lapang. Lagi-lagi bila dengan awak."

Ammara terkedu sejenak. Tak sangka jawapan itu keluar begitu saja tanpa lapik, tanpa selindung. Hanya ayat ringkas… tapi cukup buat dadanya rasa sedikit lain.

Cepat-cepat dia tunduk semula. Pura-pura betulkan posisi pasta yang tak bersalah.

Tengku Izzqandar masih tenang. Tapi pandangan matanya… tidak lari dari wajah Ammara. Seolah-olah dia sedang melihat sesuatu yang dia sendiri tak berani beri nama.

“Boleh jadi juga… bila awak dekat, semua beban kerja saya rasa ringan,” ucapnya perlahan, suara cukup sekadar untuk telinga Ammara.

Ada jeda. Tapi bukan jeda canggung, ia jeda yang sarat dengan rasa yang belum terucap.

Ammara tergelak kecil akhirnya. Tawa yang ditahan, tapi akhirnya pecah juga.

“Bahaya ni… takut lepas ni saya kena charge sebab buat Tengku kurang fokus,” balasnya bersahaja, cuba menutup ruang yang tiba-tiba terasa rapat.

Tengku Izzqandar senyum lagi. Tapi kali ini, lebih dalam. Matanya masih tak lepas.

“Saya lah yang kena bayar charge tu sebab saya sendiri yang kurang fokus” katanya perlahan. “Terutama bila awak depan mata.”

Ammara diam. Nafasnya sedikit laju tanpa dia sedar.

Dan waktu itu, tak perlu kata lebih. Sebab masing-masing tahu, ada sesuatu yang berubah hari ini. Bukan pada waktu, bukan pada suasana… tapi pada hati.

Dan detik itu, perlahan-lahan menjadi milik mereka berdua.

_________________________________

Langkah Ammara terhenti sebaik melihat Marina berdiri tidak jauh di hadapannya bersama Tengku Izzqandar. Mata mereka bertembung. Senyuman sinis terukir di bibir Marina, sebelum dia bersuara, nada penuh sindiran.

“Ohh… so this is the reason peluang kedua tu tak pernah muncul untuk I, Izz?”

Pandangan Marina naik turun, meneliti Ammara tanpa malu, seolah-olah mahu menggoyah keyakinan yang dibina wanita itu.

Ammara tetap berdiri tenang. Dia bukan Ammara yang dulu. Dada yang sedikit berdebar cuba dikawal, tapi wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.

Sejak makan tengah hari tadi bersama Tengku Izzqandar, banyak perkara bermain di fikirannya. Tapi semua itu, dia simpan kemas dalam diam.

Dia tahu siapa Marina. Tak perlu diperkenalkan. Jelas dari raut wajah, gerak tubuh, dan renungan yang penuh sejarah. Seseorang dari masa lalu Tengku Izzqandar.

Ammara sempat menjeling ke sisi,

Masih belum selesai? Atau hati aku yang terlalu cepat goyah?

Belum sempat Tengku Izzqandar bersuara, Ammara mengambil ruang untuk menjawab.

Dia berpaling sedikit dan bersuara. Lembut, namun setiap patah kata seperti bilah halus yang menikam.

“Awak perlu berfikir luas, Cik Marina. Saya dan Tengku cuma… bos dan pekerja.”

Senyuman nipis terukir di bibirnya.

“Iris? Iris cuma kerja sambilan saya. Lepas tugas rasmi saya sebagai doktor selesai.”

Hening menyusul seketika.

Tengku Izzqandar hanya diam, matanya tidak lepas dari wajah Ammara. Kata-kata tadi… bergema dalam hatinya.

“Cuma bos dan pekerja?”

Kenapa ayat itu terdengar begitu jauh, begitu asing… sedangkan dia rasa lebih daripada itu?

Marina mula kehilangan sabar. Rahangnya mengetap, matanya menyeringai kecil.

“Please lah, Doktor Ammara. You ingat I tak tahu permainan perempuan macam you? Konon tenang, konon suci. Tapi sebenarnya… pandai rebut apa yang bukan hak sendiri.”

Ammara hanya ketawa kecil. Bukan sinis tapi tenang penuh kawalan.

“Saya dah terlalu lama berperang dengan diri saya sendiri, Cik Marina.”

Dia pandang wanita itu tepat, tiada gentar.

“Rebut sesuatu yang bukan hak saya? Itu bukan saya yang sekarang.”

Dia tunduk sedikit, memberi hormat secara sopan. Kemudian berpaling, melangkah pergi dengan langkah tenang, meninggalkan dua insan yang membeku dalam dunia mereka sendiri.

Tengku Izzqandar hanya mampu memandang belakang Ammara yang makin menjauh… namun kata-katanya masih terikat dalam hati.

“Cuma bos dan pekerja…?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience