Bab 47
Malam tu, bilik tidur mereka jadi ruang paling tenang dalam dunia. Lepas excitement, peluk-peluk dan sedikit air mata gembira petang tadi… sekarang mereka cuma berbaring sama-sama atas katil.
Tengku Izzqandar baring sisi kiri, menghadap Ammara. Tangannya tak lepas dari perut isterinya, walaupun masih terlalu awal untuk rasa apa-apa.
“Saya masih tak percaya…” bisik dia perlahan, jari jemarinya gosok perlahan kain baju tidur Ammara yang menutupi perut.
Ammara senyum. “Saya pun. Rasa macam mimpi."
Tiba-tiba dia tergelak kecil.
“Apa yang kelakar sangat tu sayang?” tanya Izzqandar, mata masih tak lepas dari wajah Ammara.
“Saya… saya siap google 'how to know if pregnancy test tipu' tau tadi.”
Pecah ketawa Tengku Izzqandar. Tangan di perut, mata berair.
“Awak… awak google tu?" Dia ulang soalan tu lagi sambil tergolek ke sisi katil, masih tak habis gelak.
Ammara tarik bantal, hempuk manja ke lengan suaminya. "Saya gugup la tadi! Mana lah tahu… saya rasa macam mimpi… tak sangka boleh secepat ini."
Tengku Izzqandar duduk tegak, tarik tangan Ammara masuk dalam pelukannya. Ketawa dia mula perlahan, diganti dengan pandangan lembut dan penuh makna.
“Ammara..” suara dia jadi tenang. “Awak tak bermimpi, sayang. Kita.. bakal ada baby, selain Iris."
Ammara senyum manis sambil elus lembut jemari suaminya, “Tapi saya.. stress. Saya nervous. Saya excited. Saya… saya takut!”
Tengku Izzqandar ketawa kecil, tarik bantal peluk tu dan letak tepi. “Kenapa pula takut? Awak bukan nak berperang…”
Ammara muncung. “Saya tak reti buat pureed food… saya tak reti lipat baju baby comel-comel tu! Saya.."
Lelaki itu terus peluk Ammara lagi, letakkan dagu di bahu isteri. “Awak lupa satu benda.”
“Apa dia?”
“Saya ada dengan awak. Kita belajar sama-sama, kita gagal sama-sama, kita gelak sama-sama. Okay?”
“Janganlah buat saya nangis…” suara Ammara serak, jari jemarinya pantas menyeka air mata yang hampir gugur. “Saya tak kuat lah kalau awak cakap macam tu.”
Dengan dada yang sebak, dia tolak perlahan tubuh Tengku Izzqandar seolah mahu menjauh kerana emosi yang terlalu sarat… tapi tak sampai sesaat, Ammara tarik kembali lelaki itu ke dalam pelukannya sendiri.
“Saya sayang awak sangat…” bisiknya perlahan di dada suami.
Tengku Izzqandar terkedu seketika dalam pelukan itu. Dia diam tapi kedua-dua tangannya perlahan-lahan melingkar erat tubuh kecil Ammara. Nafasnya dalam… matanya pula sudah mula berkaca.
“Sayang… saya janji, saya akan ada dengan awak. Setiap kali awak rasa lemah, saya akan jadi kuat untuk kita berdua. Atau berempat…” ucapnya perlahan, mengusap lembut belakang kepala Ammara.
Kemudian dia tunduk, cium ubun-ubun isterinya penuh kasih.
Ammara pun senyum lebar, tapi tiba-tiba perutnya bunyi kruukkk.
Dia pegang perut dan kelip mata. “Baby lapar ke saya lapar? Saya pun tak tahu.”
Tengku Izzqandar senyum sebelum bangun, “Okay, jom pergi dapur. Kita bagi dua-dua makan. Tapi kali ni, saya masak. Tak nak swimming pool episode lagi.”
“Eh!” Ammara bantai bantal peluk kat Tengu Izzqandar tapi sempat gelak kuat dulu.
Share this novel