Bab 56
Fariz yang terduduk, darah mengalir di sudut mulutnya, masih sempat ketawa kecil. Ketawa seorang yang terbakar dalam dendam, seolah-olah sudah hilang warasnya.
Dia bangkit perlahan-lahan, langkahnya pincang namun matanya tetap menyala dengan kebencian yang tak berpenghujung. Sempat dia menjeling ke arah orang-orang di belakangnya, pandangan penuh kecewa dan jijik.
'Tak guna langsung… lebih baik aku habiskan sendiri.'
Marina yang dari tadi berdiri di sisi, hanya memeluk tubuh sambil memandang sinis. "Boringlah you, Fariz. Drama sangat,” sinis Marina, menggeleng perlahan.
Fariz hanya tersenyum lebih lebar.
Dan tiba-tiba, dia bergerak pantas ke arah Iris yang masih dipeluk erat oleh Ammara. Dalam sekelip mata, pisau panjang berkilat muncul dari dalam jaketnya.
Ammara menjerit kecil dan menahan Iris di belakangnya.
Mata Tengku Izzqandar membulat, tubuhnya kaku seketika menahan lonjakan darah panas ke kepala.
Marina juga terkejut. Dia melangkah ke depan sambil menjerit,
“Hei Fariz! You nak buat apa dekat anak I?! You kerja dengan I kan? You nak bunuh anak I ke? Put it down!” nada Marina cemas, tak sangka Fariz bertindak melampau dari perancangannya.
Fariz hanya ketawa kecil, wajahnya makin hilang arah, “Aku bukan nak kerja, aku nak kepuasan!”
“Aku tahu…”
Fariz mendekat, suaranya penuh kejayaan,
”…dia kelemahan kau!”
Dia mengangkat tangan, bilah pisau berkilau di bawah lampu warehouse.
Tapi-
Dalam sekelip mata, sebelum Fariz sempat menghampiri Iris. Satu tumbukan padu mendarat ke wajah Fariz. Bummm!
Fariz terpelanting ke lantai keras, berdarah lebih banyak.
“JANGAN SENTUH ANAK AKU!” Tengku Izzqandar menengking. Suaranya bergema kuat, penuh amarah. Tangannya menggeletar, bukan kerana takut tapi kerana amarahnya hampir meletup.
Dentuman bunyi tumbukan memenuhi ruang gelap itu. Tengku Izzqandar dan Fariz kini bertarung hebat. Fariz menyerang membabi buta, namun setiap serangannya dihalang dengan kekuatan tenang seorang lelaki yang bertarung bukan untuk dirinya, tapi untuk keluarganya.
Marina yang dari tadi melihat, mula cemas apabila Iris yang masih dalam pelukan Ammara mula teresak-esak ketakutan.
Hatinya berperang,
Dia bencikan Ammara.
Tapi Iris?
Iris darah dagingnya.
Marina pantas bergerak ke arah mereka, suara cemas keluar, “Ammara! Bawa Iris keluar! Now!”
Ammara, walau ragu, memahami seriusnya situasi. Dia mengangguk pantas, lalu mengangkat Iris untuk berlari keluar.
Namun…
Dalam kekalutan itu, Fariz sempat melihat celah. Matanya liar memandang Ammara dan Iris yang sedang bangun. Dan tanpa sempat siapa menghalang,
Cukkkk!
Bunyi ngeri itu kedengaran, semua terhenti.
Mata Ammara membulat, Iris menjerit kecil.
Fariz yang berdiri kaku, menatap pisau di tangannya dan tubuh di hadapannya.
Itu bukan Ammara.
Bukan Iris.
Itu Marina.
Marina menunduk, matanya melihat darah yang mula membasahi bajunya. Tikaman itu tepat ke sisi perutnya.
Tangannya bergetar, tapi dia mengangkat wajah memandang Fariz. Suara Marina kedengaran kasar, penuh luka, “Fariz… dia tetap anak I…”
Tubuhnya mula goyah, darah menitik laju ke lantai kelabu.
Dalam sekelip mata, Fariz cuba melarikan diri, tapi “Lepaskan senjata!” satu jeritan bergema.
Bersama cahaya lampu berkelip, beberapa lelaki berpakaian serba hitam masuk serentak ke dalam gudang. Senjata automatik diacukan tepat ke arah Fariz.
Tengku Izzqandar berdiri di antara Ammara, Iris dan Marina yang rebah perlahan.
Ammara peluk Iris erat-erat, manakala mata Iris berair, wajahnya pucat.
Tengku Izzqandar melangkah laju, dia sempat menyentuh nadi di leher Marina, memastikan dia masih hidup.
“Call ambulance. Now.” Arah Tengku Izzqandar, dingin dan keras.
Fariz dipaksa berlutut, diacukan senjata ke belakang kepala, dipaksa tunduk hina dan kalah dalam dendamnya.
Share this novel