HHMD - Bab 12

Romance Completed 2222

Bab 12

Ammara menghela nafas panjang. Langkahnya lesu, seiring dengan tubuh yang dihempaskan perlahan ke sofa empuk ruang tamu Villa keluarga Dato Kamal. Tangannya mencapai kusyen kecil, lalu dipeluk sambil bersandar malas. Rambut yang sedikit kusut dibiarkan longgar dalam ikatan.

“Penat?” Suara Datin Salwa menyapa, tenang.

Ammara muka mata kecil sambil mengangguk perlahan. “Penat lah, Tok Mamah" jawabnya lelah.

Datin Salwa hanya menggeleng perlahan. Ammara, kalau lihat anak itu membuatkan dia terbayang wajah anak perempuannya yang sudah kembali ke tempat abadi. Ammara, persis seperti ibunya, campuran gen dengan ayahnya membuatkan seorang Ammara Delalila semakin menawan. Unik.

"Nak dapat papa dia, kena lah ambil hati anak dia dulu kan?” nada suara Ammara berbaur usikkan.

Datin Salwa kuntum senyuman, "Seronok sangat nampaknya sampai lupa asal usul. Habis tu, belajar kat London tu macam mana?” soal Datin Salwa sambil menuang teh dari teko ke dalam cawan Ammara.

Ammara menjeling, bibirnya muncung sedikit.

“Aik? Haritu bukan main lagi suruh Ara balik cepat. Siap cakap Tok Mamah rindu cucu kesayangan dia. Sekarang nak suruh balik London pulak?”

Dato Kamal yang baru turun dari tangga, menyampuk sambil tersengih "Kalau boleh tak nak Ara balik London dah tapi cucu tok babah dah tak berminat ke nak dapat kerja idaman dia tu? Tiba-tiba kerja jaga anak orang kaya pula?”

Ammara menoleh, senyum paling manis terukir. “Alah Tok Babah… Mana tahu dari anak, terus dapat Papa dia? Kira naik pangkat lah tu, cucu Tok Babah kahwin dengan Tengku. Ara akan jadi doktor but at the same time jadi isteri Millionaire!"

Dato Kamal dan Datin Salwa hanya ketawa kecil, menggelengkan kepala melihat tingkah si Ammara yang memang tak pernah sunyi dari gurau senda.

_________________________________

Ammara berdiri di luar bilik pejabat megah itu, tangan lagi genggam kemas beg kecilnya. Dia tarik nafas, betulkan rambut yang tak sempat dikeriting pagi tadi sebab sibuk cari baju yang tampak professional tapi manja sikit.

Tok! Tok!

“Masuk” suara garau itu seperti biasa, tenang, dalam dan mampu buat jantung Ammara terskip satu step.

“Good morning, Tengku” ucap Ammara sambil tersenyum lebar, senyum yang kalau dia tayang dekat cermin, dia sendiri boleh jatuh cinta.

“Morning.”

Ammara duduk dengan lenggok tapi tak sempat nak duduk betul-betul, suara Tengku Izzqandar sudah kedengaran.

“Ada apa, Cik Ammara?” soalnya tanpa melihat wajah Ammara yang duduk dihadapannya.

Ammara tak jawab terus. Dia main dengan hujung begnya “I dah baca semua pasal Iris. Dari colour kegemaran dia, makanan kegemaran dia, apa makanan yang dia alergik..”

Ammara menjeda sebentar sambil tersenyum senyum “Apa favourite space dia.. itu you. Emm.. tak tahu pula favourite space kami sama.”

Tengku Izzqandar yang tadi sibuk menulis sesuatu, terhenti. Dia angkat kepala, kini pandang Ammara “Awak datang sini sebab nak bagitahu itu ke?” nadanya kosong. Terlihat jelas pandangan itu tidak bergetar sedikit pun.

“Ye kot?” Ammara angkat bahu perlahan buat isyarat ‘mungkin?’ dasar innocent!

“Awak memang macam ni ke, Cik Ammara?”

“Taklah.. cuma dengan orang yang buat hati i melting jee. You tak akan pecat i sebab ni kan?” suara Ammara meleret sambil gigit hujung kuku, malu.

Tengku Izzqandar tunduk pandang kertas semula, “Asalkan Iris dalam pengawasan yang baik, saya tak ada sebab untuk pecat awak.” tenang suara itu bertutur.

“Saya tengok Iris makin rapat dengan awak. Good job, Cik Ammara. Saya suka kerja awak.”

Deggghh. Ammara nak pitam, tapi dia masih maintain cool. “Jadi, gaji i boleh naik kan?”

Ammara senyum kecil, dia sebetulnya tidak kisah tentang gaji tapi sengaja mahu cari topik perbualan dengan lelaki itu.

“Boleh.” balas lelaki itu pendek tanpa apa apa emosi.

Tapi bagi Ammara setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu, adalah bunyi bunyi indah yang berdendang dicuping telinganya. Suka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience