HHMD - Bab 57

Romance Completed 2222

Bab 57

Bunyi mesin-mesin perubatan berdengung sayup. Lampu malap menyinari tubuh yang lemah di atas katil, Marina.

Wayar-wayar berselirat di badan wanita itu. Wajahnya pucat, bibirnya kering. Setiap tarikan nafas kedengaran berat, seolah-olah dia bertarung dengan masa.

Tengku Izzqandar berdiri di tepi katil. Tubuh tegapnya membeku, memandang Marina dengan pandangan sukar dibaca.

Ammara berdiri di belakangnya sambil mendakap Iris erat dalam pelukan. Iris hanya diam, kepalanya tertunduk di bahu mamanya.

Doktor keluar dari bilik selepas bercakap perlahan dengan Tengku Izzqandar, “Tengku… keadaan Puan Marina sangat kritikal. Kami akan cuba sedaya upaya… tapi, peluangnya sangat tipis…”

Tengku mengangguk perlahan, tak berkata apa-apa. Matanya kembali menatap Marina.

Dalam keheningan itu, kelopak mata Marina bergerak sedikit. Matanya terbuka perlahan, kabur.

Dia nampak wajah itu, Tengku Izzqandar dan di belakangnya, Ammara dan Iris.

Air mata tipis mengalir di hujung matanya.

“Izz…” Suara itu nyaris tidak kedengaran, hanya bisikan halus. Penuh rasa sesal, penuh rasa kosong.

Tengku mendekatkan dirinya sedikit. Suaranya dalam tapi tenang, “Jangan bercakap banyak, Marina.”

Marina geleng perlahan, menahan sakit yang menghimpit dada, “I… I’m sorry…” Bibirnya bergetar.

Tengku Izzqandar diam. Tak ada kata maaf yang boleh menghapus semua luka tapi dia tahu, untuk Iris, dia perlu dengar.

Marina perlahan mengalihkan pandangan pada Ammara. Marina cuba mengumpul segala kekuatan yang berbaki. Dengan suara serak, nafasnya berat, dia memandang terus ke arah Ammara.

Ammara, dengan perasaan bercampur, mendekatkan sedikit bersama Iris.

“Ammara…” panggilannya sayup, penuh dengan ketulusan yang selama ini dia pendamkan jauh di dasar hati.

Ammara menggenggam erat Iris dalam pelukannya. Tengku Izzqandar berdiri teguh di sisi mereka, matanya tidak beralih dari Marina, wajahnya tetap tenang namun keras.

“I minta maaf…”

Marina bersuara perlahan, sambil airmatanya mengalir sendiri di tepi pipi.

“You memang ibu yang baik… untuk Iris.” matanya bergerak perlahan kepada Iris yang sedang menggenggam hujung baju Ammara, tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Ammara terdiam. Ada sesuatu yang meremukkan dadanya. Marina, walaupun penuh dosa silam, tetap… tetap ibu kandung kepada anak kecil dalam pelukannya.

“Iris…” Marina panggil lemah.

Ammara menunduk, berbisik lembut ke Iris, “Sayang, mummy panggil Iris.”

Iris perlahan mendekat, masih di sisi Ammara, memandang Marina dengan mata bulat tak berdosa.

Dengan suara hampir berbisik, Marina berkata, “Mummy minta maaf, sayang…”

“Maaf sebab mummy tak pernah cukup baik untuk Iris… Mummy sayang Iris…”

Satu linangan jernih mengalir dari hujung mata Iris yang polos, seolah-olah jiwanya yang suci turut menangkap kesedihan itu.

Ammara mengesat airmata Iris, memeluknya erat sambil matanya turut berair. Dalam hati, dia tahu, walau bagaimanapun kasih sayang seorang ibu pada anaknya takkan pernah hilang.

Marina berpaling perlahan kepada Tengku Izzqandar.

Suasana menjadi lebih sunyi.

“Izz…” panggilan itu menggema perlahan, patah-patah.

“I’m sorry, Izz… Maaf untuk semua luka… semua kegelapan… yang I pernah wujudkan dalam hidup you…”

Tengku Izzqandar hanya berdiri membisu. Mata hitamnya kelihatan berkilat di bawah cahaya malap bilik rawatan. Tak ada kata yang keluar dari bibirnya kerana dalam diam, dia sudah lama memaafkan, untuk anak kecil itu. Bukan untuk dirinya sendiri.

Marina menarik nafas panjang, seolah-olah mencari kekuatan terakhir. Tangannya bergerak perlahan-lahan ke arah Iris, tak mampu menyentuh, hanya berhenti separuh jalan, menggigil.

“Maafkan mummy, Iris…” bisiknya, sebelum tubuhnya kembali lemah di atas katil.

Bunyi monitor kesihatan di tepi katil berbunyi cepat, doktor dan jururawat mula bergegas masuk.

Tengku Izzqandar segera melangkah, memeluk bahu Ammara, membawa Ammara dan Iris keluar dari bilik itu, jauh dari segala kesakitan yang sedang terjadi.

Dan sebaik pintu bilik ICU tertutup, Ammara peluk Iris erat-erat. Airmatanya akhirnya jatuh tanpa suara, tanpa raungan, hanya linangan perlahan yang membasahi pipi.

_________________________________

Langit senja berwarna keemasan. Angin berhembus lembut di tanah perkuburan kecil yang sunyi itu.

Ammara berdiri di sisi pusara yang baru, memeluk Iris erat di sisi. Di belakang mereka, Tengku Izzqandar berdiri teguh, satu tangan menyentuh bahu Ammara perlahan, memberi kekuatan tanpa kata.

Nisan itu terukir nama Marina dengan tarikh lahir dan tarikh pemergian.

Iris menggenggam jari Ammara erat-erat. Mungkin anak kecil itu tak faham sepenuhnya apa yang terjadi. Tapi dia tahu, hari ini… hatinya terasa sedikit kosong.

Ammara berlutut perlahan, meletakkan sekuntum bunga putih di atas pusara. “Semoga tenang disana, Marina.” bisiknya hampir tak terdengar.

Tengku Izzqandar memandang senyap. Wajahnya kosong, tapi di dalam, ada satu beban berat yang akhirnya perlahan-lahan terangkat dari jiwanya. Mereka harus teruskan hidup tapi kali ini..

Tanpa dendam.

Tanpa benci.

Hanya… dengan kenangan.

Dia mendekat, memeluk kedua insan kesayangannya erat.

“Kita pulang…” bisik Tengku Izzqandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience