KEPALA lututnya terasa ingin tercabut, tinggal masa ingin terduduk di lantai sahaja.
Dia ... dia...
“Sweetheart, ”
“Pergi, jangan kacau aku! ” terus sahaja Sumayyah berlari ke bilik tidurnya. Aduh, masa-masa macam inilah umi dan Reyhan nak keluar ... Ya Allah, lindungilah aku...
“Sweetheart, kau tak boleh lari dari aku. Walau sampai hujung dunia sekalipun, takdir kau telah terikat dengan aku, sampai mati pun muka aku ni yang kau akan hadap! ” pintu bilik Sumayyah diketuk kuat. Terasa ingin dipecahkan sahaja pintu kayu itu.
Sumayyah menutup telinganya. Buat-buat pekak. Dia tidak ingin mendengar semua itu. Dia hanya inginkan suaminya sahaja saat ini.
Abang ... tolong Su.
Sumayyah berlari ke arah tingkap rumahnya. Teragak-agak dia ingin terjun namun dia tidak sanggup diapa-apakan oleh Rafael buat kali kedua.
“Allahuakbar! ” dia terjun dari tingkap, kakinya sedikit terseliuh namun itu tidak menghalang wanita itu untuk berlari keluar dari halaman rumahnya.
“Mana kau nak lari, hah?! ” kedengaran suara garau Rafael dari arah belakang membuatkan adrenalin Sumayyah laju mengalir dalam badan. Dia mempercepatkan larian dengan kaki yang terseliuh.
“Kau jangan ganggu akulah manusia gila! ” dia berlari ke arah sawah, tempat di mana dia yakin umi dan suaminya berada.
“Umi, abang! ” matanya meliar mencari kelibat dua orang kesayangannya. Mana mereka berdua ni?
PAK!
“Allah! ” Sumayyah tersungkur ke tanah setelah menerima pukulan kuat di kepalanya.
“Mana kau nak lari, hah? Nak cari suami kau? Kalau dia sayangkan kau tiadanya dia tinggalkan kau seorang diri dalam rumah tu, betul tak? ” Aisy Rafael tersenyum psiko melihat ke arah Sumayyah yang mengensot ke belakang itu.
“Kau ... gila ... ke-kenapa kau mesti ka-kacau isteri orang? ” Sumayyah memandang takut ke arah abang iparnya itu.
Aisy Rafael ketawa sinis. “Kalau anak dara orang pun aku boleh dapat, inikan pula isteri orang. Apalah sangat budak kampung macam kau ni. Lagipun, bukankah kau tu dah jadi ‘bekas' aku, takkanlah aku nak bagi orang lain rasa pulak, kan? Not fair lah Reyhan boleh rasa banyak kali sedangkan aku sekali saja... ”
Dan-dan Sumayyah terasa perutnya memulas. Gerun dengan ucapan gila Aisy Rafael. Apa lelaki ini sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram? Dia tidak sangka jauh benar perangai Aisy Rafael dengan Afzal Reyhan.
“Kau gila! ”
Aisy Rafael ketawa lagi. “Memang aku gila. Gilakan kau, Su! ”
“Pergi ... tolong jangan kacau aku... ” mutiara jernih perlahan-lahan bertakung di kelopak matanya, tinggal masa untuk mengalir saja.
“Hiya! ”
“Argh! ” Sumayyah terdorong ke depan apabila Aisy Rafael menarik kakinya.
“To- ack! ” dia tidak dapat bercakap dengan jelas tatkala sepasang tangan itu mencekik lehernya kuat. Ya Allah, adakah ini pengakhiran bagi diriku?
“Hmm? Tak dengarlah sweety, cuba cakap kuat sikit. ” Aisy Rafael mendekatkan telinganya pada mulut Sumayyah sambil tangannya mencengkam kuat leher yang tidak berlapik apa-apa itu.
“Ka-Kau- ack! ” dirasakan nafasnya hampir putus. Badannya mulai lemah.
Aisy Rafael senyum psiko sebelum dia mengangkat tinggi tangannya yang memegang sebilah pisau. Mata Sumayyah membulat. Jangan cakap...
“Mampus kau! ”
“ARGH! ”
Terduduk dia dibuatnya. Dia tercungap-cungap cuba untuk mencari nafas yang hilang. Tangan yang menggeletar itu dibawa ke lehernya.
“Astagfirullahal'adzim. Mimpi rupanya. ” dia beristighfar sembari mencuba untuk menenangkan jantung yang berdegup laju itu. Peluh di dahi dikesat. Dia melihat jam di dinding, pukul sembilan pagi?!
“Ya Allah, macam mana boleh terlajak tidur ni... ” gencer dia bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi.
Setelah bersiap dan qada Subuh, dia berjalan ke dapur.
“Umi, Rey mana? ” soal Sumayyah apabila dia tidak melihat kelibat suaminya itu sejak tadi.
“Dia kata nak keluar sekejap, ada hal penting. ” jawab uminya sambil tangan lincah menumbuk lada di dalam batu lesung.
Sumayyah angguk faham. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi kenderaan di halaman rumah mereka. Sumayyah berlari anak menuju ke pintu rumah. Senyumannya melebar apabila melihat susuk tubuh suaminya keluar dari kereta.
“Abang... ” sapa Sumayyah ramah. Dia menyalam tangan Afzal Reyhan. Lelaki itu sekadar senyum tipis.
“Jom masuk, ” Sumayyah menarik tangan Afzal Reyhan ke pintu rumah namun lelaki itu membatukan dirinya.
“Abang,kenapa ni? ” soal Sumayyah hairan. Tidak pernah Afzal Reyhan berkelakuan begini. Wajahnya mendung sahaja.
Reyhan menghembus nafas berat. “Sayang, pack barang lepastu abang hantar sayang balik rumah di KL. ”
“Ke-Kenapa? Abang, Su belum puas lagi nak lepas rindu kat umi, kenapa nak balik cepat sangat? ” soal Sumayyah sedikit tidak berpuas hati.
Dilihatnya tangan Afzal Reyhan yang berada dalam genggamannya mulai mengetat. Ketat namun tidak sakit, sepertinya suaminya sedang menahan sesuatu. Tapi apa?
“Sayang ... jangan banyak tanya boleh? Sayang ikut saja cakap abang. Pack barang lepastu kita balik, please? ” ada nada ketegasan dalam suaranya. Rahang lelaki itu juga bergerak-gerak.
Tanpa banyak soal, Sumayyah turutkan juga. Barang mereka dikemas dan dimasukkan ke dalam bagasi. Dia sempat menyalam tangan uminya sebelum kereta milik Afzal Reyhan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah uminya.
Sepanjang perjalanan, dia perasan Afzal Reyhan diam sahaja. Beberapa kali juga dia curi pandang suaminya. Wajah itu serius dan mata itu tidak terbias apa-apa kecuali ... kekesalan? Mengapa? Adakah dia kesal sebab mereka terpaksa balik semula ke KL? Tapi suaminya yang mendesak, buat apa nak dikesalkan?
Akhirnya dia mengeluh. Takpelah, nanti bila mood suaminya dah okay baru dia slow talk dengan Afzal Reyhan.
Beberapa jam telah berlalu, Sumayyah perasan ini bukanlah jalan nak ke apartment mereka.
“Abang ... kita nak pergi mana ni? ” soal Sumayyah. Kanan kiri dia perhati, hanya penuh dengan rumah-rumah besar. Rumah siapa pulak ni? Atau Afzal Reyhan beli rumah baru?
Sampai sahaja di rumah yang terakhir, Reyhan memberhentikan kereta. Dia turun dan berjalan ke arah pagar rumah tersebut.
Tak lama kemudian dia berjalan semula ke arah kereta dan membuka pintu di bahagian penumpang.
“Turun. ” arahnya senada. Sumayyah teragak-agak untuk turun. Kenapa dia rasakan orang di depannya ini bukannya suaminya?
“A-Abang, i-ini rumah siapa? Ke-Kenapa bawa Su datang sini? ” soal Sumayyah. Tidak sedar tali sliding begnya digenggam kuat, cuba untuk menenangkan hati yang mula gundah-gulana.
Afzal Reyhan tidak membalas, sebaliknya dia pergi ke boot kereta dan mengeluarkan bagasi milik Sumayyah.
“Abang, kenapa ni?! ”
“Arwa Sumayyah binti Sulaiman Bakar, aku ... aku ceraikan kau dengan talak satu! ”
ZAP!
Terasa seperti baru dipanah kilat, tubuhnya jatuh melorot ke bawah. Dia pandang Afzal Reyhan dengan wajah tidak percaya. Tak, tak, tak, katakan ini semua mimpi lagi. Cakap ini mimpi! Ini mimpi! Ya Allah, bangunkanlah aku dari mimpi ini, aku mohon Ya Allah...
Serentak dengan itu, pintu pagar dibuka, tersembul wajah yang dia tidak ingin sekali untuk melihatnya.
“Akhirnya kau balik juga ke pangkuan aku, sweetheart... ”
“Kau... ”
Sumayyah memandang ke arah Afzal Reyhan dan Aisy Rafael silih berganti. Apa yang terjadi? Adakah Afzal Reyhan sedang berkomplot dengan abangnya sendiri? Kenapa? Kenapa Afzal Reyhan mungkir janji?!
Setitik, dua titik, lama-lama menjadi semakin banyak. Dia menangis di sana. Hatinya sakit, sanggup suaminya sendiri menyerahkan dirinya pada orang lain. Kenapa? Jijikkah suaminya pada dia?
“Abang ... kenapa abang buat macam ni? Kenapa abang mungkir janji? Su tahu apa yang terjadi salah Su, tapi tergamak abang lontarkan janji pada Su tapi akhirnya abang sendiri mungkiri janji abang! ” dia berlari ingin menumbuk kuat dada Afzal Reyhan namun lelaki itu lebih pantas menahan kedua-dua tangannya.
“Maafkan aku, Su. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua. Lagipun, aku tak sanggup nak jaga anak orang lain, walaupun abang aku sendiri. Aku ... aku jijik Sumayyah. Jijik dengan isteri sendiri yang dah buat onar dengan lelaki lain! ” tubuh Sumayyah ditolak kuat membuatkan wanita itu terduduk buat kedua kalinya.
Hati Sumayyah bagai disiat-siat mendengar penjelasan Afzal Reyhan.
Tanpa membuang masa, Afzal Reyhan masuk ke dalam kereta semula dan memandu pergi.
“Abang, abang jangan tinggalkan Su abang! Abang! Abang tolong jangan pergi! Su minta maaf! ” Sumayyah laju mengejar kereta Afzal Reyhan. Biarlah tercabut anak tekaknya menjerit asalkan dia tidak ditinggalkan di sini.
“Abang ... jangan tinggalkan Su abang! Abang! ”
Afzal Reyhan menekan minyak membuatkan kereta itu bergerak lebih laju meninggalkan Sumayyah di belakang.
“Abang! Tolong jangan pergi ... Su nak abang ... abang... ” Sumayyah terduduk di atas jalan raya itu. Matanya hanya mampu melihat kereta milik Afzal Reyhan berlalu pergi meninggalkan dirinya tidak berdaya di situ.
Sorry semua baru update hari ni sbb baru ada sikit kerajinan ><
Share this novel
maaf.. baru sempat bca novel ni