Bab 20

Drama Completed 23379

BUNYI bising kelab malam itu langsung tidak dihiraukan. Kakinya melangkah laju menuju ke sebuah bilik terpencil khas yang digunakan untuk memuaskan nafsu serakah manusia.

Pintu kayu itu ditendang kuat membuatkan dua orang manusia yang sedang hanyut itu menghentikan perbuatan mereka.

“Raf? "

Raiya menutup badannya menggunakan selimut.

“Apa you buat di sini, Raf? I dah cakap kan I tak nak tengok muka you! "

“Rai, jom kita keluar dari sini. Please, abang ada benda nak cakap dengan Rai. " pujuk Aisy Rafael.

“Eh, bro-bro. Apa ni? Kalau pun kau nak dia, sabar boleh tak? Aku tempah dia dulu... " ujar lelaki yang bersama dengan Raiya tadi.

Telinga Aisy Rafael seperti berasap mendengar ayat tersebut lantas tangannya dihayunkan ke wajah pemuda itu.

BUK!

“Sayang! "

Raiya terus menerpa ke arah pemuda itu.

“You ni dah gila ke, Raf?! Kalau you datang sini nak cari gaduh dengan customer I, baik you berambus je lah! I semak lah, rimas tahu tak?! " marah Raiya. Dia mengusap lembut pipi pemuda yang ditumbuk tadi. Makin panas hati Rafael melihatnya. Lantas tangan Raiya ditarik jauh daripada pemuda itu.

“You milik I, Raiya. I tahu macam mana kerja you tapi I tetap sakit hati tengok you lebihkan lelaki lain selain I. Sekarang ni, tempoh you dengan dia dah tamat. Layan I, I akan bayar tiga kali ganda dari dia bayar you! " terus tangan Raiya ditarik ke sebuah bilik kosong. Pintu dikunci.

PAP!

Terus sahaja pipi Aisy Rafael menjadi habuan tangan kurus Raiya.

“You ni memang dah hilang akal ke, Raf?! Ke you da tak faham bahasa?! I tak nak you ada di sini dengan I, berambus lah jantan tak guna! " naik seoktaf suara Raiya.

Aisy Rafael mencerlung tajam ke arah Raiya lantas tubuh kurus itu ditolak ke atas tilam. Tangannya mengunci rapat kedua-dua belah tangan Raiya ke tilam.

“Raf ... are you crazy, what are you doing?! Let me go! " Raiya meronta-ronta dalam pegangan Aisy Rafael namun sikit pun lelaki itu tidak berganjak. Wajahnya didekatkan pada Raiya membuatkan gadis itu dapat merasa nafas kasar Rafael menampar kulit pipinya.

“I bagi you pilihan Raiya. Sama ada kita bincang elok-elok di sini, atau I 'bantai' you sekarang sampai you terseksa. Jangan cabar I Raiya, I lelaki dan I boleh lakukan apa saja pada you. Sekarang, pilihan di tangan you, choose wisely. " tegas Aisy Rafael.

Raiya tiba-tiba kecut perut mendengar ugutan Rafael walaupun sudah acap kali dia 'dibantai' kaum Adam itu. Tapi, aura kali ini berbeza, ini bukanlah Aisy Rafael yang dia kenal. Lelaki ini sepertinya sudah dirasuk sesuatu.

“Satu... " Aisy Rafael mula mengira apabila melihat kebisuan Raiya.

“Dua..."

“Tiga- "

“Baik, ki-kita bincang cara baik. Please, Raf. Lepaskan I. " putus Raiya. Dia membetulkan balutan selimut di tubuhnya apabila Aisy Rafael sudahpun duduk di katil.

“Good choice, miss Raiya. Now, shall we talk about this relationship? " Aisy Rafael memulakan perbualan.

Raiya menghela nafas perlahan. “Hati I sakit tahu tak? I benci bila you asyik kongkong I. Rimas tahu tak?! Itu tak boleh ini tak boleh. I pun ada life I sendiri, Raf. I tahu I ni girlfriend you tapi tak bermaksud you boleh kongkong I ikut sukahati you. Ini kerja I, I tahu cara handle diri I, okay? I dah besar, Raf. "

Lama Aisy Rafael mendiamkan diri memandang Raiya. Tangan Raiya dicapai dan dikucup lembut. “Abang tahu abang bersalah dengan sayang sebab buat semua tu. Tapi percayalah abang buat semua tu sebab abang sayangkan Rai. Abang cuma tak sampai hati tengok Rai jadi pusat perhatian lelaki selain abang. You are mine, sayang. Your soul and your body belong to me. Only me. "

Raiya memandang Aisy Rafael. “Kalau abang betul-betul sayangkan Rai, please jangan kongkong Rai. Rai pun nak kebebasan macam orang lain. Izinkan Rai bebas buat sementara waktu ni. Izinkan Rai tenangkan fikiran Rai, Rai tak nak berterusan bergaduh dengan abang tentang ni. Jadi, Rai mohon lepaskan Rai buat masa sekarang, bila Rai dah tenang dan bersedia, Rai sendiri akan datang jumpa abang, Rai janji. " pipi Aisy Rafael dikucup sekilas sebelum keluar dari bilik tersebut.

Aisy Rafael mendengus kasar sebelum dia menendang almari di sebelah katil itu. Hatinya terbakar mendengar ayat Raiya sebentar tadi. Gadis itu seolah-olah ingin berjauhan dengan dirinya. Teruk sangatkah dirinya hingga gadis itu tidak sudi bersamanya lagi.

“Argh ... serabut! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience