GAUN yang tersarung di tubuhnya, dibetulkan sedikit. Dia menilik dirinya sekali lagi di hadapan cermin. Bukanlah untuk memperkemas pakaiannya namun untuk melihat apakah pakaiannya ini mampu membuatkan sang kekasih tergoda. Hiks!
Lipstick berwarna merah jampu dioles sedikit ke bibirnya. Tidak lupa juga Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum disembur ke leher serta pergelangan tangannya. Dia menghidu sebentar bau minyak wangi kegemarannya, so strong and fresh!
Kemudian, dia beralih pula ke sebuah pintu kayu bercat putih. Pintu itu dibuka dan diperlihatkan koleksi beg-beg tangan dari semua jenama terkenal; Louis Vuitton, Channel, Burberry, Dior, Prada.
PIN! PIN! PIN!
Raiya menyelak langsir biliknya, ternyata Aisy Rafael sudah sampai. Dia tersenyum nipis memandang penampilan segak lelaki itu walaupun hanya cahaya lampu jalan menerangi waktu malam.
Segera dia mencapai beg tangan jenama Dior dan platform heels dari rak kasut sebelum bergegas keluar mendapatkan Aisy Rafael.
“Hai sayang, dah lama tunggu? ” sapa Raiya teruja. Aisy Rafael menggeleng sebagai tanda respon. Dia melihat penampilan Raiya pada malam itu. Seperti biasa, ketat hingga menampakkan lekuk badan dan pastinya jenis yang terdedah sana sini. Aisy Rafael tersenyum suka.
“Come, ” Aisy membukakan pintu buat Raiya. “Thank you. ” Raiya memboloskan diri ke dalam kereta Porsche milik Aisy Rafael. Setelah pacuan empat roda itu meninggalkan kawasan apartmen, barulah masing-masing membuka mulut.
“You look stunning, sayang. ” puji Aisy Rafael ikhlas. “Really? ” Raiya sudah tersenyum malu. Badannya sudah seperti ulat bulu, melentok sana sini mendengar pujian daripada Rafael. Walaupun dia sudah biasa dengan segala bentuk pujian daripada Aisy Rafael, namun ia tetap dapat membuat hatinya berbunga-bunga. Terasa dirinya sangat disayangi dan dihargai.
“You pun apa kurangnya, macho dan segak bergaya. Beginilah calon suami idaman Rai. ” ujar Raiya sambil memandang Aisy Rafael yang sedang fokus memandu.
Aisy Rafael sekadar tersengih. Kalau ikutkan nafsu syaitan dia ni memang dah lama dia terkam Raiya, tapi dia tak nak sebarang kemalangan berlaku malam ini, jadi dia tahankan saja. Lagipula, malam masih panjang.
“Rai, Rai jangan ganggu abang. Abang tengah memandu ni, ”
“Bila masa pula Rai ganggu. Abang ni, selalu fikir bukan-bukan tau! Dirty mind! ” sangkal Raiya. Dia menjelirkan lidah kepada Rafael sebelum membuang pandangan ke luar tingkap.
Aisy Rafael mengeluh kecil, “sayang abang, abang bergurau je lah dengan Rai. I'm sorry, okay? Janganlah mogok dengan abang. Kita nak have fun malam ni, bukan nak bermasam muka bagai. Please, sayang abang tak? ”
Tiada jawapan daripada Raiya.
“Rai? Raiya? ”
Masih juga tiada jawapan.
Aisy Rafael menghentikan pemanduannya.
Dia memusingkan badannya untuk menghadap Raiya. Dapat dia lihat dari pantulan cermin itu muncung itik milik Raiya.
Aisy Rafael ketawa kecil.
“Rai, Rai sayang abang tak? Kalau sayang, pandang abang, please? ” pinta Aisy Rafael sekali lagi.
Agak lama masa yang dia perlu tunggu sebelum Raiya memusingkan badannya. Tangan disilang ke dada bersama muncung itik yang masih belum hilang. Haih ... ini kalau dia tarik memang jadi mulut itik betul-betul ni, pfft...
“Rai, abang minta maaf. Abang bergurau je tadi tu. Saja abang nak hiburkan Rai, tak sangka pula Rai merajuk macam ni. ” terang Aisy Rafael. Niatnya hanya ingin bergurau, tidak lebih daripada tu. Tak sangka pula disalahtafsir oleh Raiya. Wahai kaum wanita, adakah kamu memang sensitif mengenai topik ini?
“Abang kalau nak bergurau pun, biar kenalah pada tempatnya. Buatnya kita accident ke, terlanggar ke, apa ke? Tak ke naya kita jadinya? ” ujar Raiya setelah agak lama berdiam diri. “Abang tahu, abang mengaku salah, okay? Raiya nak hukum abang? Silakan. Tapi tunggu lepas majlis kita selesai, okay? ” Aisy Rafael memberikan cadangan sebelum dia meneruskan perjalanan mereka.
“Fine, untuk satu bulan ni abang kena berpuasa. Means abang tak boleh sentuh Raiya langsung. Itu hukuman sebab abang cakap ikut suka abang je. ” Raiya membuat kata putus. Terlopong Aisy Rafael mendengarnya. Mak aii ... satu bulan? Kesalahan dia bukan besar pun, takkan denda sampai satu bulan?
“Rai ... kenapa sampai satu bulan sayang? Rai tak kesiankan abang ke? Kempunan lah abang macam ni sayang... ” adunya dengan menggunakan nada sedih. Berharap sangat hati yang panas tu boleh jadi sedikit sejuk.
“No means no. Sendiri buat, sendiri tanggung, betul tak, encik Rafael?”
Itu dia ... ayat padu daripada Raiya buatkan Aisy Rafael terus tergamam. Dia pasrah.
SAAT mereka berdua turun dari kereta milik Aisy Rafael, mata Raiya terus sahaja terlekat pada suasana hotel yang tampak begitu mewah dan elegant. Candlelight yang tergantung di lobi hotel menambahkan lagi suasana agar terlihat lebih eksklusif.
“Eh?!” Raiya terkejut sebaik sahaja ada sebuah objek berwarna hitam membalut dirinya.
“Raf, you buat apa ni? ” soal Raiya jengkel. Tidak suka apabila tubuh cantiknya ditutup. Terasa macam dirinya sama saja dengan perempuan lain yang bertutup litup itu, entah kenapa diorang nak bertutup bagai pun dia tidak tahulah. Bukankah elok jika dibiarkan terlihat? Kenapa? Mereka yang menutup itu terasa insecure ke? Sebab mereka tidak cantik? Atau sebab mereka rasa kekurangan yang menyebabkan mereka terpaksa menutup badan mereka? Tch, bersyukurlah dia lahir dengan tubuh yang cantik, dapat juga dia menayangkan kecantikannya di hadapan kaum adam.
“Abang tak suka lelaki lain pandang tubuh you, Raiya. ” jelas Aisy Rafael. “You- what? Sebelum ni you tak kisah pun. Kenapa malam ni tiba-tiba nak jadi alim pula?! ” bantah Raiya sekeras-kerasnya. Dia membuka tuxedo yang membaluti dirinya dan dibuang kasar ke lantai.
“Listen, abang bukan nak tunjuk alim ke, suci ke, tapi disebabkan malam ni kebanyakan tetamu adalah dari luar negara, Rai tak tahu nafsu syaitan dorang tu kuat macam mana. Kalau mereka nampak tubuh Rai ni, macam mana? Abang buat ni demi keselamatan Rai juga, ” Aisy Rafael masih lagi boleh bertenang dengan kedegilan Raiya. Tahu sangat yang Raiya tidak suka apabila hidupnya diatur.
“That's nonsense, abang! Selama ni, Rai okay saja dengan lelaki-lelaki di club tu. Abang tak pernah pun halang Rai! Dan sekarang ni abang nak halang Rai pula?! Biarlah kalau diorang nak pandang tubuh Rai sekalipun, masalah Rai, bukan abang! ” tempelak Raiya. Dadanya naik turun menghamburkan kemarahannya.
“Apa Rai cakap ni, hah?! Rai tahu tak kebanyakan ahli korporat di dalam tu ramai perempuan simpanan?! Rai nak ke hidup berkongsi?! Rai nak tinggalkan abang ke?! Abang tahulah dorang tu lagi kaya daripada abang, tapi tak perlulah nak jadi murahan sangat pergi jual badan pada mereka! Pelacur kelas bawahan macam Raiya ni tak sesuai untuk mereka! ” kali ini, Aisy Rafael pula yang memarahi Raiya buatkan gadis itu tergamam.
Perlahan-lahan anak matanya jatuh menemui lantai carpet.
“Rai balik dululah. ” suaranya serak bersama air mata yang mula bergenang mengaburkan penglihatannya. Dia berjalan melimpasi Aisy Rafael yang juga tampak tergamam. Mungkin mulai tersedar dengan keterlanjuran katanya.
“Rai, ” dia memegang lengan Raiya.
“Rai, a-abang minta maaf. Abang tak sengaja. Abang tak berniat pun, abang- ”
“Maaf? Tak sengaja? Tch, mudah sungguh kaum adam mengutarakan perkataan maaf setelah berbuat salah. Kenapa? Hanya kerana hati perempuan ni lembut dan mudah memaafkan, tidak bermaksud korang boleh cakap sesuka hati. Sekali digores akan meninggalkan parut yang kekal, ”
Aisy Rafael mengetap bibirnya.
“Abang cakap apa pada Rai? Murahan? Pelacur kelas bawahan? Apa murah sungguhkah nilai Rai di mata abang hingga abang cakap macam tu? ” Raiya memandang Rafael dengan mata merahnya. Aisy Rafael ingin sekali mengesat air mata itu namun dia tahankan saja.
“Rai tahu yang Rai ni kotor, murahan, tiada masa depan. Tiada seorang pun yang sanggup terima Rai jadi isteri! Rai ingat bila bersama abang, Rai boleh bahagia sebab abang dapat terima Rai seadanya. Tapi tak! Abang samakan Rai dengan pelacur di lorong-lorong tu! Kata tahap Rai hanyalah sebatas pelacur murahan, yang semudah itu memberi tubuh dia pada lelaki-lelaki yang ingin memuaskan nafsu serakah mereka! ”
“Rai, abang minta maaf. Abang janji takkan ulangi lagi kesilapan yang sama, ” hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Aisy Rafael memandangkan otak dia sedang jem sekarang ni.
“Tak nak, Rai benci abang! ” lengannya ditarik hingga terlepas. Dia berjalan laju meninggalkan perkarangan hotel.
“Rai, Rai! Abang minta maaf Rai! Abang janji takkan buat lagi, Raiya! ”
Jeritan daripada Aisy Rafael, Raiya sekadar buat tak endah. Dia mahu bersendirian ketika ini.
“Rai, jangan sampai abang tarik Rai semula! Abang tak main-main Raiya! ” ugut Aisy Rafael apabila Raiya langsung tidak mengendahkan dirinya.
“Rabiatul Adawiyah binti Kusyairi, kau berhenti sekarang! ”
Share this novel