LAUTAN manusia yang berkunjung ke sana membuatkan dirinya sedikit sukar untuk berjalan. Keadaan gelap yang hanya diterangi lampu disco itu menyukarkan penglihatannya. Ini bukanlah kali pertama dia ke sini, malahan di sinilah tempat dia membuang segala kekusutan fikirannya. Di sini bagaikan syurga buat dirinya. Arak, rokok, wanita, wang. Semuanya di satu tempat buatkan dirinya tidak jemu untuk bertandang ke tempat segala bentuk maksiat dibuat.
Namun kali ini, dia ingin mencari seseorang. Ingin meminta maaf walaupun kesalahan itu bukanlah 100% datang dari diri dia sendiri.
“Lonely?”
Teguran seseorang mengejutkannya. Dia menoleh ke belakang dan terlihat seorang perempuan dengan pakaian tidak cukup kain tersenyum penuh menggoda ke arahnya.
“I'm looking for Raiya. Where is she?” soal Aisy Rafael. Gadis itu kelihatan meluat pabila nama Raiya disebut.
“No need. Let me be your partner tonight. Dijamin you akan puas. ” Leher Aisy Rafael dirangkul. Tubuhnya dirapatkan ke arah Rafael. Lelaki itu cuba menenangkan dirinya. Tangan yang berada di lehernya dilepaskan. Gadis itu kelihatan kecewa dengan penolakan dari Rafael.
“Kalau kau tak nak bagitahu takpe. Aku boleh cari sendiri. ” Aisy Rafael beredar meninggalkan gadis itu sendirian.
Dengusan kasar dilepaskan. Tak menjadi lah pula! Dengan pantas dia mengejar langkah Rafael dan menyambar lengan itu dengan kuat.
Aisy Rafael terkejut dan menoleh ke belakang. Gadis itu menolak tubuh sasa Rafael ke kerusi yang ada di dalam kelab malam itu.
“What do you want, actually? ” Soal Rafael sedikit berang. “Just accompany me. Thats all. ” balas gadis itu. Dia menyerahkan segelas wine kepada Aisy Rafael.
“Go get someone else, you bitch. I don't have time for this! ” Aisy Rafael menolak pelawaan gadis itu dan segera bangkit. Namun gadis itu tidak putus asa. Badan Aisy Rafael ditolak sekali lagi dan kali ini, dia duduk di atas riba lelaki itu.
“What the hell is wrong with you?! ”
“Temankan I. Itu saja yang I minta. Lepas ni, I bawa you jumpa Rai. Okay? ” cadang gadis itu dengan senyuman penuh makna. Aisy Rafael mendiamkan diri untuk beberapa saat. Dia akhirnya menyambut huluran wine gadis itu.
Gadis itu apa lagi. Dah serupa ulat bulu gayanya dengan badan terlentok-lentok. Dalam hati dia sudah tergelak jahat. Akan dia pastikan lelaki ini jatuh dalam perangkap dia. Dia tahu inilah teman lelaki Raiya, gadis paling dia benci di kelab malam ini. Sejak Raiya jejak kaki di kelab malam ini, pelanggan selalunya menempah dia. Dari suami orang hinggalah lelaki-lelaki elit yang masih bujang. Dia pula, sudah lama di sini namun orang yang menempah dia pula selalu orang-orang tua, dah berkedut, beruban. Uerk ... tak selera dia. Dia terima pun disebabkan wang berkepuk lelaki-lelaki tua tu saja. Kalau tak, sebelah mata pun dia takkan pandang.
Gadis itu memulakan misinya untuk memikat Aisy Rafael. Bermacam-macam cara dia cuba untuk menggoda lelaki itu. Namun, Aisy Rafael seperti tidak menunjukkan minat langsung. Urgh!
“Are we done?” Soal Aisy Rafael yang mulai tidak keruan. Setiap gerak-geri gadis itu diperhati. Dia tidak mahu kalah sesenang itu. Dia harus segera mencari Raiya dan keluar dari tempat ini.
“Not yet... ” rengeknya manja. Gelasnya diletakkan di atas meja. Dia turun dari riba Rafael dan mula menggerakkan tubuhnya dengan tarian menggoda. Bajunya yang sedia singkat itu diselak ke atas sedikit apabila melihat Aisy Rafael seperti sudah hanyut dalam tariannya. Dia kemudian membawa Rafael ke sebuah bilik kosong. Rafael yang seperti dipukau itu sekadar mengikuti langkah gadis itu.
“You... ” gadis itu merangkul leher Rafael sekali lagi. Rafael pula menggamit badan gadis itu agar melekap di tubuhnya. Dapat dia rasakan lekuk tubuh gadis itu. Dia tidak membuang masa dan langsung memberikan sebuah kucupan di pipi gadis itu. Dari pipi turun ke leher dan semakin ke bawah. Tangannya mula gatal menyelak gaun gadis itu.
Gadis itu menggenggam kemas kemeja Rafael. Dengan pantas Rafael membaringkan tubuh kecil itu di atas katil. Gadis itu agak terkejut namun tidak lama. Yes, finally!
“You want me, darling? ”
“Yes. ” bisik Rafael dengan pantas. Dia sudah tidak dapat menahan gelora nafsunya yang membuak-buak. Apalagi lepas melihat tarian gadis itu.
Gadis itu mula membuka butang baju Rafael, menyerlahkan aurat yang tidak sepatutnya dilihat oleh seorang perempuan bukan mahram.
Rafael sudah lupa akan tujuan asalnya selepas digoda gadis ini.
Gadis itu melepaskan gaun singkatnya. Perlahan-lahan dia memanjat naik ke atas katil. Aisy Rafael pula memulakan aksinya sebaik sahaja semua pakaian mereka lucut dari badan. Gadis itu tersenyum puas. Sungguh gembira hatinya dapat menawan kekasih Raiya dan akhirnya dapat bersama dengan lelaki muda. Malam ini pastinya amat memuaskan.
Inikah contoh seorang wanita muslimah? Sanggup berbuat apa sahaja demi kesenangan sementara. Mereka lupa bahawa sesungguhnya martabat seorang wanita ditinggikan dalam Islam, hinggakan amat senang bagi seorang perempuan untuk masuk syurga, yakni solat lima waktu, berpuasa, taat pada suami, dan menjaga maruah mereka.
Namun, mereka tetap hanyut dalam nafsu dunia.
Lihatlah betapa murahnya harga seorang perempuan hingga maruah mereka sanggup digadaikan. Di manakah terletaknya iman mereka? Di manakah terletaknya malu mereka? Lupakah mereka sewaktu zaman Rasulullah SAW dahulu, para wanita ditindas dan anak perempuan ditanam hidup-hidup? Bagi mereka, perempuan itu tidak lebih daripada pemuas nafsu dan tidak layak hidup. Baginda sendiri bermati-matian mengangkat martabat wanita untuk menjadi setaraf dengan lelaki. Betapa istimewanya para wanita itu hinggakan dalam al-Quran itu sendiri ada sebuah surah yang dinamakan an-Nisa yang bermaksud perempuan.
Lalu inikah perempuan yang diangkat martabatnya itu? Inikah perempuan yang dimuliakan itu? Inikah balasan kita kepada Rasulullah? Mengapa kita harus berbalik ke zaman jahiliah? Bukankah kita seharusnya berusaha untuk menjadi seorang perempuan yang benar-benar menghargai jasa dan pengorbanan Rasulullah SAW?
Tidak cukupkah keistimewaan yang diberi kepada kita? Tidak cukupkah kemuliaan yang diberi kepada kita? Tidak malukah kita di hadapan Allah SWT? Tidakkah kita tahu bahawa penghuni neraka itu kebanyakannya ialah kaum wanita?Tidak inginkah kita menjadi seperti permaisuri syurga yakni Fatima Az-Zahra, yang begitu terkenal dengan sikap pemalunya hinggakan dia sendiri menangis ketika melihat orang mati yang dikapankan mengikut bentuk tubuh mereka?
Adakah kesenangan sementara ini menjadi pilihanmu wahai wanita perhiasan dunia? Ataukah ke negeri akhirat menjadi cita-citamu? Renungkanlah wahai sang pencinta Ilahi, tegakah tubuhnya menjadi bahan bakar api neraka? Tegakah syurga yang luas itu kau impikan namun namamu tidak tersenarai di dalamnya? Adakah dirimu begitu berharga jika maruah mu saja kau gadaikan? Adakah kau seorang wanita muslimah jika perintah-Nya saja kau abaikan? Apakah yang akan kau bawa ke dalam kubur nanti? Apakah yang ingin engkau jawab di padang mahsyar nanti? Timbangan amal manakah yang paling berat nanti? Lepaskah dikau di atas titian sirat nanti? Renungkanlah dan ingatilah, bahawa setiap amal yang dilakukan di bumi akan dikenakan hukuman yang setimpal di akhirat kelak.
BANG!
Terhenti aktiviti mereka sebaik sahaja pintu bilik mereka dirempuh seseorang.
“Raiya. ”
“You cheater. Liar. Kau dah sakitkan hati aku, sekarang ni kau bermesra pula dengan perempuan lain? Kau memang tak guna Rafael! ” jerit Raiya. Wajahnya sudah lencun dengan air mata. Mujur saja dia mengikut gerak hatinya untuk ke sini. Terlihat Aisy Rafael dengan perempuan lain buatkan hatinya berganda-gabda sakitnya. Tiba sahaja mereka di bilik, hatinya bagaikan terbelah dua tatkala Aisy Rafael dengan mudahnya jatuh dalam genggaman gadis lain.
“No, Rai. Please, dengar cakap abang,” Rafael ingin bangun namun gadis itu menahannya. Wajahnya cemberut. Kacau betullah!
Aisy Rafael tidak melayan dan merentap kasar tangannya. Dia meluru ke arah Raiya namun gadis itu mengarahkannya untuk berhenti.
“Mulai hari ni, kita putus abang! Putus! Putus! Putus! Rai tak nak dengar atau terlibat apa-apa pun dengan abang! Rai benci abang! Sesuailah abang dengan perempuan ni. Dua-dua boleh jalan terus ke neraka! ”
“Rai, Rai, wait! ” terkocoh-kocoh Rafael menyarungkan pakaiannya semula meninggalkan gadis itu di sana.
“Argh! ” dia menjerit sekuat hati. Bodoh punya Raiya! Kenapa kau mesti wujud?! Aku benci kau!
Sementara itu, Raiya sudahpun jauh meninggalkan Aisy Rafael di belakang. Jeritan Rafael tidak diendah. Mereka kemudiannya terpisah dalam lautan manusia yang sedang menari sakan.
“Rai! Raiya! ” Suara Aisy Rafael tenggelam timbul bersama dengan alunan muzik dangdut yang dipasang. Dia melihat ke segenap ruang. Terlalu ramai manusia membuatkan Rafael pening. Dia mendengus kasar. Akhirnya, dengan hati yang kecewa, dia keluar dari kelab malam itu.
Alhamdulillah dpt juga update >< sorry sbb lama tak update, F.N ad exam d sklh lepastu skrg ni tgh sibuk buat cerpen utk pertandingan. In Sya Allah klu ad masa dan idea F.N update lgi...
Share this novel