Bab 16

Drama Completed 23379

“ALLAHUAKBAR. ”

Dia terduduk keletihan di atas kerusi. Kepalanya disandarkan pada badan kerusi sambil matanya dipejam rapat.

“Here, ”

Dia lantas membuka mata dan melihat segelas air sudahpun tersedia di hadapannya.

“Jazakallah hukhairan, Zac. ” dia tersenyum tipis sebelum menyambut huluran air itu. Bismillah dibaca sebelum air itu diteguknya perlahan.

Zachary melabuhkan punggung di sebelah Afzal Reyhan. “Tak terasakan, lagi dua minggu kau nak jadi suami orang. ”

Afzal Reyhan sekadar tersenyum hambar. “Ya... ”

“What's wrong, Rey? You don't look happy, aren't you love her? ” Soal Zachary kehairanan melihat Afzal Reyhan seperti tidak teruja ingin mengahwini Sumayyah.

“Of course I do. I don't know. It's just, for the past two or three days, I've been feeling unwell. ” Balas Afzal Reyhan lemah. “Kenapa? Kau tidak percaya pada takdir? ” Soalan cepumas dari Zachary buatkan Afzal Reyhan tersentak.

“Bukan macam tu maksud aku. Cuma, aku rasa macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tapi tak pasti bila dan apa. Ia bukan tentang perkahwinan tu. ” Terang Afzal Reyhan. Zachary Xavier tersenyum tenang. “Takkan ada benda buruk yang akan menimpa umat Islam tanpa keizinan Allah SWT. Jadi, kalau pun sesuatu yang buruk tu terjadi, pasti ada hikmahnya. Anggap saja semua ni ujian buat kau. Sebagai umat Islam, kita takkan pernah lepas dari ujian-ujian Allah. Kalau kau bersabar, In Sya Allah, Allah pasti akan berikan pahala yang berlipat ganda buat kau. ”

Afzal Reyhan sedikit terharu mendengarnya. Bukanlah sebab apa yang diberitahu oleh Zachary, tapi kerana pemuda mualaf ini amat mengambil serius akan agama yang dianutinya. Dia mengetahui sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan yang Maha Esa dan bukannya sebuah kebetulan. Begitu matangnya seorang Zachary Xavier.

“Fine. I'm sorry. Mungkin aku terbawa-bawa emosi tadi.”

“If that so, you treat me this lunch, okay? ” Zachary tersenyum jahat membuatkan Afzal Reyhan terlepas tawa. Ada-ada saja kerenah kau Zac. getus hatinya.

BEEP! BEEP! BEEP!

Penggera yang berbunyi secara tiba-tiba membuatkan mereka berdua terkejut.

“Doktor, blue code! Blue code! ” jeritan seorang jururawat wanita membuatkan Afzal Reyhan dan Zachary bergegas keluar dari office mereka.

“Di mana?! ” soal Zachary sedikit panik. “Bilik 211!” balas doktor tersebut. Mereka berdua segera berlari pecut ke bilik yang disebutkan tadi.

Afzal Reyhan merempuh pintu wad dan melihat seorang lelaki yang sudah separuh abad terbaring kaku di atas katil hospital. Dia memeriksa denyutan jantung lelaki itu. Tak tunggu lama, dia langsung memulakan CPR pada bahagian dada lelaki itu.

“Defibrillator! Faster! ” arah Afzal Reyhan kepada Zachary. Zachary segera mencapai alat yang sememangnya dikhaskan untuk pesakit yang mempunyai serangan jantung dan diberikan kepada Afzal Reyhan. Lelaki itu berhenti dari membuat CPR dan menggosok dua benda alah itu sebelum ditekapkan ke dada lelaki tua itu.

“Start! ”

Zachary menekan sebuah punat kecil yang menyebabkan arus elektrik mengalir ke tubuh lelaki itu sekaligus membetulkan aritmia detak jantungnya. Dada lelaki itu ternaik ke atas, namun garisan pada ventilator itu masih lurus.

“Up! ”

Zachary menaikkan kadar voltan pada mesin defibrilator. “Done! ”

“Start!”

Mesin itu ditekap sekali lagi ke dada lelaki tua itu.

TUT ... TUT ... TUT...

Masih lagi tiada perubahan. Afzal Reyhan masih tidak berputus asa.

“300 joule!”

“Done! ”

“Start! ” dia membaca bismillah dan menekapkan benda alah itu di dada lelaki itu sekali lagi.

TEET ... TEET ... TEET...

Zachary melihat garisan pada ventilator tersebut. Sudah ada, namun ia masih lemah.

Afzal Reyhan yang sudah keletihan turun dari atas katil pesakit. Dia mengesat peluh yang timbul di dahinya.

“Alhamdulillah. ” ucapnya syukur kerana pesakitnya itu masih diberikan nyawa yang panjang.

Dia memeriksa sekali lagi detak jantung lelaki separuh abad itu, detaknya amat lemah, namun itu sudah boleh memberikan kelegaan kepada mereka. Mereka berdua segera keluar dari wad itu.

“Letakkan Implantable cardioverter-defibrillator pada tulang selangkanya. Pastikan periksa betul-betul irama jantungnya. Kita tak mahu ada kes sebegini lagi. Juga, pastikan dia diberikan ubat beta blocker untuk menormalkan balik detak jantungnya lepas sahaja dia sedar nanti. ” arah Afzal Reyhan kepada jururawat yang sememangnya setia menanti mereka di hadapan pintu wad pesakit.

Jururawat itu menganggukkan kepala. Dia masuk ke dalam wad tersebut untuk memeriksa keadaan pesakit tadi.

BUNYI air terjun itu sedikit sebanyak membantu untuk buat dia kekal tenang. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dia bergelar isteri orang. Ya Allah, betul ke apa aku buat ni? Kalau aku ikut Reyhan ke bandar, umi macam mana? Umi kan tak sihat. Larat ke umi nak berjalan jauh nanti?

“Assalamu'alaikum, ”

“Wa'alaikumussalam warrahmatullah! ” segera dia menoleh sebaik sahaja ada gerangan yang memberikan salam kepadanya.

“Eh, Khalijah! ” Sumayyah bergegas turun dari batu tempat dia duduk dan menghampiri sahabatnya yang sudah lima tahun tidak berjumpa itu.

“Kau apa khabar, Jah? ” soal Sumayyah ketika dia mendakap erat tubuh Khalijah.

“Baik, Alhamdulillah. ” jawab Khalijah, namun ia kedengaran lemah di telinga Sumayyah.

“Tak macam baik pun. Kau ada masalah eh? ” teka Sumayyah setelah dia melepaskan pelukan.

Khalijah mengeluh.

“Jah ... tak baik mengeluh, tau. Ingat, musibah ataupun nikmat, dua-dua adalah ujian yang Allah berikan. Selagi kau tidak berputus asa, selagi tu rahmat Allah akan sampai pada kau. Kalau kau sedih, mengadu pada Allah, menangis pada Dia. Sekalipun kau tiada bahu untuk bersandar, setidaknya masih ada sejadah untuk bersujud. ” tegur Sumayyah.

Khalijah senyum hambar. Dia segera menarik tangan Sumayyah agar mengikutinya keluar dari hutan tersebut.

“E-Eh, Jah. Kau nak bawa aku ke mana? ” soal Sumayyah yang tidak dapat mengatur langkah kakinya dengan baik apabila ditarik kuat oleh Khalijah.

“JAH, kenapa kau bawa aku ke rumah kau? ” soal Sumayyah hairan apabila Khalijah menarik tangan dia hampir 10 minit semata-mata untuk membawa dirinya ke sini.

“Duduklah dulu, aku pergi buatkan air. ” ujar Khalijah tanpa menjawab soalan Sumayyah. Dia berlalu ke dapur meninggalkan Sumayyah di sana.

Sumayyah hanya melihat kepergian Khalijah yang sudahpun hilang disebalik pintu. Dia duduk di sebuah anjung yang disediakan sambil menunggu kedatangan Khalijah.

Sumayyah mengeluarkan tasbih rantai dari dalam poketnya. Dia mula berzikir dengan khusyuk sambil mengamati keindahan ciptaan Allah s.w.t.

“Assalamu'alaikum, cik ni siapa, ya? ”

“Allah! ” Terjahan seseorang dari belakang membuatkan Sumayyah tersentak. Dia menoleh ke belakang.

“W-Wa'alaikumussalam. Saya Sumayyah, encik ni siapa pula? ” soal Sumayyah pula. Di hadapannya ini, berdirinya seorang lelaki bertubuh pendek dan berbadan gempal. Setahunya, Khalijah tidak ada saudara-mara yang lain di sini, semuanya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur.

“Saya Hamzah, suami kepada Khalijah. ”

“S-Suami?! ” terkejut beruk Sumayyah mendengar pengakuan lelaki itu. Kahwin? Sejak bila? Di mana?

“Su. ” Khalijah secara tiba-tiba muncul sambil menatang secangkir teh dan beberapa keping biskut kering di atas pinggan. Wajahnya tidak tercalit waimah satu senyuman pun.

“Itu suami aku. Maaflah sebab tak beritahu awal-awal. "

“Eh, takpe. Aku cuma terkejut saja. " balas Sumayyah tenang.

Khalijah meletakkan dulang yang ditatangnya di atas anjung tersebut.

“Pergi sana, jangan kacau tetamu aku. " arah Khalijah dengan nada kurang sopan membuatkan Sumayyah sedikit terkejut.

“Jah, tak baiklah cakap macam tu. Itukan suami kau. " tegur Sumayyah buat kali kedua. Namun Khalijah seperti tidak menghiraukan teguran itu. Dia siap menjeling benci lagi pada Hamzah. Lelaki itu pula sekadar tersenyum hambar sebelum mengundurkan diri.

“Jah, ada sesuatu ke kau nak bagitahu aku? ” soal Sumayyah dengan rasa empati. “Su, aku ... tak tahu nak cakap macam mana ... a-aku bencikan Hamzah. Aku benci suami aku sendiri! ” hambur Khalijah dengan sepenuh hati.

“Astagfirullahal'adzim Jah, itu suami kau. Kenapa kau nak benci dia? Apa salah dia pada kau? ” soal Sumayyah yang terkejut mendengar pengakuan dari Khalijah.

“Su, kau tengok lah dia. Fizikal dia macam mana, tak sesuai untuk aku. Aku nakkan seorang lelaki yang tinggi, yang kacak, ada rupa, tapi kenapa aku harus berkahwin dengan Hamzah? Lelaki ni tiada masa depan, Su. Dia tiada apa pun nak dibanggakan pada orang lain, aku malu Su, aku tertekan! ” luah Khalijah dengan air mata yang mula berjuraian.

“Jah ... listen, soal jodoh, ajal, maut itu ditangan Allah. Dengan siapa jodoh kita, siapa kita berjumpa, itu semua takdir. Kau tidak boleh menyalahkan takdir hanya kerana ingin memuaskan nafsu duniawi kau. Kau tidak boleh ego dihadapan Pencipta kau, Jah. Walaupun fizikalnya tidak sempurna, siapa tahu kelak dialah yang akan menolong kau masuk syurga nanti. Ingat, syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suami. ” pesan Sumayyah panjang lebar.

“Tapi, aku tak cintakan dia. Mana mungkin aku mencintai seseorang yang macam dia. Aku benci dia. ” balas Khalijah dengan suara yang lebih perlahan.

Sumayyah senyum. “Jah, kau tahu tak kisah Julaibib? ”

“Tak, kenapa? ” soal Khalijah.

“Julaibib ni lebih kurang macam suami kau, bertubuh pendek, berbadan gempal, tiada rupa, tiada harta. Senang cerita, tiada apa nak dibanggakan pada dia. Orang ramai tak kira tua muda, semuanya mengejek beliau. Namun, dia seorang yang kaya dengan ilmu agama dan merupakan seorang pejuang dalam peperangan bersama Rasulullah s.a.w. ” cerita Sumayyah.

“Suatu hari, baginda nabi bertanya kepada Julaibih r.a, apakah dia ingin menikah. Perkara ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik, ”

“Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Julaibib, seorang yang buruk rupa, lalu Rasulullah SAW menawarkan pernikahan untuknya. Julaibib berkata, “Jika begitu, engkau mendapatiku sebagai orang yang rugi” (bermaksud tidak ada yang akan mahu menikahkan anak perempuannya kepadaku). Lalu baginda SAW menjawab, “Tetapi sesungguhnya kamu di sisi Allah bukan orang yang rugi.”

“Lepas tu? ” soal Khalijah yang semakin tertarik untuk mendengar kisah Julaibib.

“Lepas tu, Rasulullah s.a.w pergi menemui salah seorang dari kaum Ansar untuk menikahkan anak perempuannya kepada Julaibib. Lalu, orang tersebut meminta Rasulullah s.a.w untuk menunggu kerana dia ingin berbincang dengan isterinya tentang lamaran tersebut. Setelah berbincang, si isteri menolak lamaran tersebut kerana tidak menyukai Julaibib. Ketika si suami berdiri untuk bertemu semula dengan Rasulullah s.a.w, anak perempuan mereka bertanya siapa yang datang untuk meminangnya. Lalu keduanya menjawab, “Rasulullah s.a.w”. Maka anak perempuan mereka berkata, “Apakah kamu menolak perintah Rasulullah? Bawalah aku kepada Rasulullah s.a.w kerana baginda tidak akan mensia-siakan diriku”.

“Dalam riwayat lain, anak perempuan mereka membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud;
‘Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat pada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah al-Ahzab: 36)

“Kemudian, ketika kaum muslimin dipanggil untuk berperang, Julaibib juga turut serta dan beliau syahid di sana. Abu Barzah juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w berada di medan perang dan memperoleh banyak harta ghanimah. Selepas tamat peperangan, Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Ya, si fulan, si fulan dan si fulan”. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab, “Ya, si fulan, si fulan dan si fulan”. Sekali lagi Rasulullah s.a.w bertanya, “Apakah kalian kehilangan seseorang?” Mereka menjawab “Tidak”. Baginda kemudian bersabda, “Akan tetapi aku kehilangan Julaibib. Carilah dia di tengah korban yang terbunuh!”

“Para sahabat mencari Julaibib dan menemukannya di samping tujuh jenazah musuh yang telah dibunuh olehnya sehingga beliau mati syahid. Rasulullah s.a.w berdiri di samping jasad Julaibib dan bersabda, “Dia membunuh tujuh orang kemudian mereka membunuhnya. Orang ini adalah sebahagian dariku dan aku sebahagian darinya. Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan jasad Julaibib di atas kedua lengannya, maka dia tidak memiliki alas selain kedua lengan Rasulullah s.a.w. Lalu para sahabat menggali kubur dan dimasukkan jasad Julaibib kedalamnya. ”

Khalijah tidak memberi apa-apa komen selepas Sumayyah bercerita panjang lebar. Dia menundukkan kepala ke bawah.

“Kau dah tahu, kan? Julaibib ialah seorang yang dipinggirkan oleh orang-orang di dunia, namun dia adalah seorang sahabat yang dirindui oleh para bidadari di syurga. Hal ini mengajarkan kepada kita bahawa bukan paras rupa dan harta yang menjadi pengukur kepada tingginya darjat seseorang Muslim, tetapi hati yang bertakwa kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. ” tambah Sumayyah lagi sebagai penutup cerita dia apabila melihat ada mutiara jernih jatuh setitik demi setitik di atas tangan Khalijah.

Tanpa disangka, Khalijah berlari mendapatkan suaminya yang sedang membuat kerjanya di bawah rumah. Kelihatan Khalijah terduduk sambil meminta maaf berkali-kali kepada Hamzah.

Sumayyah yang melihat tersenyum lega. Moga-moga rumah tanggamu bahagia selepas ini, Khalijah. Doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience