Bab 2

Drama Completed 23379

KAKI panjangnya melangkah keluar dari kereta. Blazernya dibetulkan sedikit. Wajah dingin menyapa retina para pekerjanya. Semua mereka menunduk hormat setiap kali majikan mereka melintas di hadapan mereka.

“Anything? ” soal dirinya kepada personal assistant nya, Azlan Zulfahmi. “Setakat ni tiada yang baru tuan. Daily schedule. ” balas Azlan sambil memeriksa tabletnya. Segalanya perlulah lengkap diberitahu kerana lelaki ini agak cerewet dalam hal kerja.

Dia mengangguk sekali. Azlan duduk kembali di mejanya apabila bos nya sudah masuk ke dalam pejabat selaku seorang CEO bagi AR Corporation. Syarikat yang dulunya sempat muflis kini sudah berdiri gah menyaingi syarikat-syarikat lain.

Terasa ada kaki yang melangkah, cepat-cepat Azlan mengangkat wajahnya.

Dah datang dah, minah tak cukup kain ni.

“Ehem! ”

Si gadis terus sahaja berpaling. Senyuman manis diberikan.

“I nak jumpa Rafael, ada kan? ”

“Kalau aku cakap tiada pun pasti kau akan masuk, kan? ” soal Azlan dengan wajah malasnya. Dia sudah hafal kebiasaan perempuan ni. Kalau datang sini tak lain tak bukan nak jumpa bos, ataupun boleh dikatakan kekasih hati. Huh, menyampah aku!

“Pandai pun. Jadi, you tak boleh sesuka hati tau nak halau I keluar. I ni girlfriend bos you. Kalau nak tengok surat pecat, try me. ” ujar gadis itu sombong sebelum menghilangkan diri ke dalam pejabat Aisy Rafael.

Azlan menggulingkan bebola matanya. Gedik!

DIA melangkah ceria masuk ke dalam pejabat Rafael. Rafael yang sedar seseorang masuk ke dalam terus melakarkan senyuman buat gadis itu. Pujaan hati yang selalu buat dirinya angau tak terkata.

“Rai, buat apa kat sini? ” soal Aisy Rafael teruja. Raiya tersenyum lebar. “Saja ... nak jumpa abang. Rindu lah. ”

“Ala ... semalam kan dah jumpa. Ke ... rindu belaian abang ni, hmm? ” duga Rafael buatkan pipi Raiya merona merah. Dia mencubit peha Rafael lembut.

“Abang ni, suka buat Rai blushing tau. ”

Rafael ketawa kecil.

Pergelangan tangan gadis itu dicengkam lembut dan dibawa duduk di atas meja pejabatnya.

“Sayang... ” Rafael merenung dalam anak mata Raiya. Raiya sudah tersipu-sipu malu melihat tatapan anak mata itu. Buatkan hatinya berdebar setiap kali bersama dengan Aisy Rafael. Juga buatkan dia makin cinta akan lelaki kacukan Malaysia-Arab ini.

“Abang sayangkan Rai tau. ”

“Habis Rai ni, tak sayangkan abang ke? Sayang, kan? ” ujar Raiya dengan senyuman lebarnya. “Abang tahu. Cuma, abang nak Rai hati-hati. Jangan selalu sangat layan budak-budak di kelab malam tu. Kalau jadi ketagih tak ke naya abang nanti. Nak kena bawa Rai jauh daripada diorang. ” ujar Rafael berbaur peringatan.

“Abang ... diorang tu kan customer Rai. Macam mana Rai nak cari makan kalau abang halang Rai? ” soal Rai merajuk. Bibirnya dicebikkan. Rafael ketawa lagi. Alahai ... buah hati siapalah ni comel sangat.

“Abang tak cakap pun abang halang Rai. Abang cuma nak minta Rai hati-hati. Kalau Rai jatuh hati kat lelaki-lelaki di sana. Macam mana? ”

“Ee ... abang ni kan. Cepat betul cemburu. Mengalahkan perempuan lah abang ni. ” ujar Raiya separuh geram. “Eep, cemburu tu tanda sayang, tau. Kalau abang tak sayang Rai tiadanya abang warning Rai awal-awal. ” pipi putih mulus itu diusap lembut.

“Ee ... mengadakan. Fine. Lepas ni Rai akan hati-hati. Puas? ” Raiya menjeling manja. Rafael mengangguk tanda puas hati. “Macam tu lah buah hati Aisy Rafael. Nanti abang bagi ganjaran. ”

Wajah Raiya terus berubah ceria.

“Hadiah? Hadiah apa? ”

“Sayang nak apa? ” soal Rafael dengan pandangan tersirat. “Umm ... apa eh? ” Raiya seolah-olah berfikir dengan tangan mengacau-ngacau tali leher kekasihnya.

Rafael menangkap tangan kecil itu dan dikucupnya lama.

“Rai jangan macam-macam. Kita di office ni, ” Rafael memberi amaran dengan mulut berusaha untuk tidak senyum. Bak kata orang, mahu tak mahu.

“Abang ni. Okaylah, nanti malam teman Rai minum eh. Rai bosan lah kalau tiada dengan abang walaupun sehari, ” rengek Raiya seperti kanak-kanak. Gedik nak mampus. Itulah Raiya.

“Ya ... Rai kan tahu abang pun bosan sorang-sorang di rumah. Rai je lah peneman abang dikala kesunyian. ” Rafael berpuisi mengungkapkan betapa besarnya cinta dia kepada Raiya. Seorang gadis kelab malam yang berjaya mencuri sekeping hati miliknya. Satu-satunya gadis yang mampu berikan kepuasan dalam hidupnya.

“Ee ... mengada. Dah lah. Rai nak buat kerja dulu. Bluerk... ” Raiya menjelir lidahnya pada Rafael sebelum berlari keluar dari office lelaki itu. Aisy Rafael sekadar menggeleng kepala diselangi ketawa kecil. Tak padan dengan umur betullah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience