SUMAYYAH kaku. Girlfriend? Se-Sejak bila? Kenapa dia tidak tahu?
“Sweety, siapa tu?! ” laung Aisy Rafael sambil kaki melangkah ke arah Sumayyah. Apabila anak matanya bertembung dengan mata Raiya, wajahnya berubah pucat. Damn it! Kenapa Raiya tiba-tiba muncul di sini?!
“Abang! ” sapa Raiya ceria. Dia ingin memeluk tubuh sasa itu namun Aisy Rafael pantas menepis. Raiya menjadi hairan.
“A-Abang, abang tak rindu Rai ke? Ini Rai, abang. ” ujar Raiya. Dia memandang Aisy Rafael yang tidak melihat dia seperti dulu lagi. Tiada cinta dalam anak mata itu, tiada rindu, tiada kegembiraan. Kosong.
“Ab- ”
“Pergilah, Rai. Aku dah tak perlukan kau lagi. Cukup sampai sini saja hubungan kita. ” pangkah Aisy Rafael terlebih dahulu.
Raiya terpempan. Kenapa Rafael tiba-tiba berubah? Adakah sebab dia pergi dari hidup lelaki itu dulu?
“Raf, I- ”
Ayat Raiya terhenti lagi apabila Aisy Rafael dengan selambanya memeluk pinggang Sumayyah.
Hatinya terbakar! Siapa perempuan ini sebenarnya? Apa hubungan mereka?
“Rai, this is my wife, Arwa Sumayyah. ” Aisy Rafael memperkenalkan Sumayyah kepada Raiya.
Melopong mulut Raiya. I-Isteri?!
Dia melihat sekali lagi penampilan Sumayyah atas bawah sebelum ketawa sinis.
“Raf, tak lawaklah. Takkanlah perempuan bertutup macam ni jadi isteri you? Come on, just tell the truth. I ni girlfriend you, I tahu taste you macam mana. Betul tak, sayang? ” dia ingin memegang wajah kacak itu namun sekali lagi dirinya dihalang. Bukan oleh Aisy Rafael melainkan Sumayyah!
“Cik, saya tak tahu apa hubungan cik dengan suami saya tapi saya rasa cik boleh pergi. Apa, dah mampus ke lelaki bujang di luar sana sampai cik nak menggatal dengan laki orang? Tolonglah belajar malu sikit, cik. ” tegas nada Sumayyah menandakan dia tidak main-main.
Aisy Rafael menyimpan senyum. Menyala isteriku!
Raiya terasa makin dibakar. Egonya tercabar. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia robek-robek wajah polos itu. Urgh...
“This is not over, Raf. I will get you back! ” dia berjalan pergi meninggalkan pasangan suami isteri itu di muka pintu.
Afzal Reyhan yang melihat drama tidak berbayar itu menggelengkan kepala. Ya Allah, Kau peliharalah rumah tangga mereka.
“YA Allah, tolonglah buat kerja kau, Aisy Rafael. Kalau macam ni sampai bila nak siap? ” bebel Sumayyah sebal. Dia memandang suaminya bagai nak telan. Dari tadi nak menempel saja kerja. Agak-agak kalau dia bagi kaki berdosa tak sekarang?
“Shh ... let me love you first, kerja tu nombor dua. ” ucap Aisy Rafael sambil membenamkan wajah di bahu Sumayyah. Sengaja dia menyuruh isterinya itu untuk ikut bersamanya ke tempat kerja. Nak bermanjalah katakan...
Sumayyah menghembus nafas berat. Pasrah. Dah satu jam mereka begini namun satu habuk pun Rafael belum buat. Agaknya nak kena tunggu meja ni penuh dengan fail kot baru suaminya nak buat kerja.
“Wanna know something? ”
“Apa? ” soal Sumayyah malas. Tangan menopang sis kepala sendiri. Matanya dihalakan kepada Aisy Rafael.
“A-na uhi-bbuka fillah. ” (Aku mencintaimu kerana Allah)
Automatik bibir Sumayyah melorek senyuman manis walaupun dia cuba menahan. Aduhai ... dah pandai pula cakap bahasa Arab sekarang eh?
“Betul tak abang cakap tu? ” soal Aisy Rafael polos. Manalah tahu dia salah sebut. Dia bukan pandai sangat bahasa asing ni.
“Aku juga mencintaimu kerana Allah, Aisy Rafael. ” balas Sumayyah. Dia mengusap wajah suaminya dengan penuh kasih sayang. Sejak bila perasaan ini hadir? Dia sendiri tidak pasti, namun yang dia tahu, hatinya kini sudah mampu menerima Aisy Rafael sebagai sebahagian daripada hidupnya.
Aisy Rafael tersenyum bahagia. Wajahnya didekatkan dengan Sumayyah. Sumayyah yang perasan tersenyum jahat. Dia menutup wajahnya menggunakan fail di meja Aisy Rafael sebelum sempat bibir itu singgah di wajahnya.
“Sweety... ” cemberut wajah Aisy Rafael. Muncung itik diberikan kepada Sumayyah namun isterinya itu hanya mentertawakan dirinya.
“Ya Allah, suami siapalah ini. Buruk tahu tak dia buat muncung begitu, ” tawanya masih tidak hilang.
“Suami sweetheart lah, siapa lagi? ” puncak hidung Sumayyah dicubit geram sebelum ciuman dilabuhkan di dahi isterinya.
Sumayyah senyum lebar. Dia memandang Aisy Rafael dengan hati yang berbunga-bunga. Matanya terbias cahaya kebahagiaan. Begitu juga dengan Aisy Rafael, isterinya itu dipandang penuh dengan rasa cinta yang menggebu. Semakin lama dia semakin jatuh ke dalam lautan cinta mereka sendiri.
KRUUK ... KRUUK...
Pecah tawa Aisy Rafael apabila mendengar bunyi perut Sumayyah yang secara tiba-tiba itu.
“Isy, apa ketawakan ... tak baiklah... ” muncung sedepa mulut Sumayyah. Dia memegang perut sendiri. Wrong timing betullah dia berbunyi. Huwa ... malunya!
“Sweetheart abang lapar ke? Nak makan apa? Abang order kan. ” pelawa Aisy Rafael.
“Takpelah. Aku ada nampak kafe depan syarikat kau tadi, aku pesan di sana sajalah. ” tolak Sumayyah lembut. Tambahan pula, dia ada ternampak poster spageti yang begitu menggiurkan di hadapan pintu kafe tersebut. Dia tidak pernah merasa spageti namun dia memakannya. Lagipun dia nak berjalan-jalan tengok bandar besar ini.
“Sure? Kalau macam tu, jomlah abang temankan. ” dia sudah berura-ura ingin bangun namun Sumayyah menahan.
“E-Eh, tak perlu. Kau duduklah siapkan kerja kau. Aku boleh pergi sendiri. Bukannya jauh, ”
“Bahayalah, nanti ada apa-apa jadi macam mana? Abang risau tahu tak? ” bantah Aisy Rafael sedikit tegas. Dia bukan mengongkong namun lebih kepada risau. Sumayyah bukan selalu keluar dari rumah jadi dia risau apa-apa terjadi kepada isterinya.
“I'm gonna be fine, Insya-Allah. ” Sumayyah cuba meyakinkan Aisy Rafael bahawa dia akan baik-baik sahaja. Dia turun dari riba suaminya dan berjalan keluar dari syarikat itu sebelum sempat Aisy Rafael berkata apa-apa. Hanya mampu menggeleng melihat kedegilan isterinya.
Sepanjang perjalanan keluar dari syarikat milik suaminya, minda Sumayyah menerawang memikirkan makanan-makanan yang dijual di kafe tersebut. Mesti sedap, kan?
Apabila lampu bertukar merah, dia memastikan semua kenderaan berhenti terlebih dahulu sebelum dia melintas jalan.
PIN! PIN! PIN!
Huh?!
BUM!
Tubuh yang tidak sempat mengelak itu melayang ke langit sebelum mendarat di atas jalan raya.
Sumayyah membuka mata dengan payah. Terasa sakit di celah-celah kakinya. Darah?
“A-A-Aisy... ” dia cuba memanggil suaminya yang masih tidak kelihatan. Hanya orang ramai yang menggerumuni dirinya. Keadaan yang tadinya tenang kini menjadi riuh-rendah. Ada yang merakam, ada yang sedang menelefon ambulan, ada yang terkejut. Sumayyah dapat melihat kesemuanya walaupun dalam keadaan payah.
Di mana suaminya? Dia inginkan suaminya sekarang...
Badannya kian lemah, kelopak matanya semakin memberat. Ya Allah, adakah sudah sampai masaku untuk berjumpa dengan-Mu?
Perlahan-lahan mata Sumayyah mulai tertutup. Dalam saat-saat akhir, Sumayyah dapat mendengar sayup-sayup seseorang memanggil namanya.
“Su, Sumayyah! ”
Hanya itu yang dia sempat dengar sebelum dia tidak sedarkan diri sepenuhnya.
Share this novel