Bab 30

Drama Completed 23406

CEMBURU. Itulah apa yang ada dalam hatinya sekarang ini. Rasa hendak meletup pun ada!

Turun naik nafasnya menahan sabar apabila ada mata-mata miang melirik Sumayyah di sebelahnya. Walaupun sudah menutup aurat namun tetap saja mata-mata hidung belang itu memandang isterinya dengan senyuman nakal. Dia sedaya-upaya cuba untuk fokus pada perbualan dia bersama ahli-ahli korporat yang lain.

“Rafael, ”

Aisy Rafael menghentikan perbualannya sebelum memandang ke arah Sumayyah yang memegang hujung bajunya persis anak kecil.

“Lama lagi ke? Aku tak selesa ni. ” jujur Sumayyah. Dari tadi dia perasan mata-mata lelaki sibuk memandang dirinya atas bawah. Nak kata dia tak pakai apa-apa, dah complete dari atas sampai bawah dia tutup. Jubah berwarna hitam dia juga agak panjang hingga mencecah lantai. Tudung pun okey saja dia lihat, melimpasi bahagian dada dia, jadi apa lagi yang mereka tengok?

“Kejap lagi, sweetheart. Lepas makan kita balik, promise. ” Sumayyah ditarik mendekat dan kepala yang dibaluti shawl hitam itu dikucup perlahan.

Memerah wajah Sumayyah apabila lelaki itu selamba mengucup dirinya di hadapan orang lain. Ya Allah, malunya ... dah lah ramai yang tengok. Semua pun tersengih-sengih melihat mereka berdua.

“Your wife, Aisy Rafael? ” salah seorang daripada mereka bertanya. Aisy Rafael angguk dengan senyuman bangga.

“Bukankah kau dengan- ”

Tidak sempat dia bertanya, Rafael bertindak memijak kaki lelaki di sebelahnya itu. Berkerut-kerut wajah lelaki itu cuba untuk menahan kesakitan di kakinya. Kasut yang digunakan oleh Aisy Rafael bukannya kasut biasa, memang penangannya jadi luar biasa.

Terangkat kedua-dua alis Sumayyah. Dengan? Dengan siapa? Rafael ada perempuan lain ke selain dirinya? Kalau ya, kenapa harus kahwin dengan dia? Kenapa tak dengan perempuan itu saja?

“Darling... ” suara lunak milik seorang perempuan membuatkan sekumpulan ahli korporat itu memusingkan kepalanya.

Tanpa rasa malu atau segan gadis itu memeluk lengan lelaki yang dipijak kakinya oleh Aisy Rafael sebentar tadi.

“Darling, what's wrong? Are you hurt? ” nada suaranya manja membuatkan lelaki tadi tersengih.

“Takdelah sayang, I okay. ” balas lelaki itu. Gadis tadi memuncungkan bibir merahnya sebelum mata berkalih ke arah Aisy Rafael.

“Raf, bila you sampai? Sorry I tak perasan you tadi. ” perempuan itu dengan selamba memeluk Rafael sebelum bertindak mencium kedua-dua belah pipi lelaki itu.

Arwa Sumayyah terkesima. Siapa pula perempuan ni? Dah tak tahu ke jaga batas antara lelaki dan perempuan? Nauzubillahinanzalik, akhir zaman...

“Macam mana nak perasan kalau mata you tu asyik melekat dekat Zikri saja? ” perli Aisy Rafael membuatkan gadis itu ketawa gedik sebelum memaut lengan Zikri sekali lagi.

“Alah you ni ... Zikri kan boyfriend I, of course lah mata I pada dia dulu, ”

Selepas beberapa saat barulah matanya terpandang akan susuk tubuh Sumayyah di sebelah Aisy Rafael.

“Who is this, your new girlfriend? ” soal gadis itu. Dia melihat Sumayyah atas bawah.

Judges eyes!

“Sejak bila taste you perempuan bertudung, Rafael? Setahu I you ni anti sikit dengan perempuan macam ni. Now, mulut makan tuan ke? ” sempat dia memerli Aisy Rafael di hujung ayat.

“Nope, she's more than that, Karla. She is my wife. ” ujar Aisy Rafael sambil memperkenalkan Sumayyah kepada gadis itu.

Terbeliak biji mata Karla. “I-Isteri?! Seriously, Raf. Macam ni ke calon isteri idaman you? You tengoklah pakaian dia, ketinggalan zaman. Kalau I lah, I malu nak keluar dengan pakaian macam ni. ” angkuh dan tidak beradab, itulah Karla Astiella.

Sumayyah menarik nafas dalam-dalam.

“Excuse me, boleh saya tahu apa yang tak kena dengan pakaian saya? Saya tengok okey saja. ”

Karla ketawa mengejek. “Girl, are you stupid? It's obvious sebab cara pemakaian you lah. It's quite ... lame. ”

Sangkanya Sumayyah akan terasa namun lain jadinya apabila wanita itu hanya beriak tenang.

“Cik Karla boleh kutuk pakaian saya ni kolot atau ketinggalan zaman, saya tak kisah. Sebab tujuan saya adalah ke syurga bukannya neraka, ”

Jeda.

Tergamam Karla mendengar ayat pedas Sumayyah. Damn, mulut perempuan ni boleh tahan lancang juga.

Mereka yang lain juga turut tergamam. Riak wajah masing-masing terus berubah lebih-lebih lagi Aisy Rafael.

Karla mendengus kasar.

“Darling, mari kita pergi. Malas I nak layan perempuan perasan bagus ni, dia sajalah yang masuk syurga, kita ni pulak masuk neraka! ” Karla menarik tangan Zikri jauh dari mereka semua.

Semua yang lain berdehem untuk menghilangkan rasa janggal kerana situasi sebentar tadi.

“Guys I'm so sorry about that. ” usai berkata, dia terus menarik tangan Sumayyah pergi dari majlis tersebut.

“KAU ni bodoh ke, hah?! ” jerkah Aisy Rafael sewaktu mereka dalam perjalanan pulang.

“Apa maksud kau? ” soal Sumayyah pura-pura tidak mengerti.

“Don't play dumb with me, Arwa Sumayyah. Kau sengaja nak malukan aku, kan?! Eh, boleh tak sehari ni kau jangan bagi ceramah. Aku dah muak kau tahu tak dengar ceramah kau tu?! ” bentak Aisy Rafael tidak puas hati. Tangannya erat memegang stereng kereta dan pedal minyak sengaja ditekan agar mereka cepat sampai di rumah.

“Betullah apa aku cakap. Kau tak nampak ke apa yang perempuan tu buat? Dia sentuh lelaki bukan mahram macam benda tu perkara normal. Mana maruah dia sebagai seorang perempuan? Mana batas yang dia sepatutnya jaga? Aku tak sanggup nak biarkan dia terus buat begitu sebab itulah aku tegur dia. ” jawab Sumayyah dengan tenang walaupun jantungnya sudah berdegup laju. Aisy Rafael bawa kereta dah macam orang gila dia tengok. Laju mengalahkan pelumba kereta, menunggu masa surat saman sampai dengan rumah saja.

“Indeed. It's normal between us, Sumayyah. Boleh tak kau tinggalkan pemikiran kolot kau tu dekat rumah? Aku dah cakap tiada apa yang kau akan dapat kalau kau terus berfikiran macam ni! ” bentak Aisy Rafael lagi.

“Jadi kau nak aku normalisasikan benda yang dah terang-terangan haram ke, Aisy Rafael? ” sinis Sumayyah.

“Haram is haram, even if everyone doing it, and halal is halal, walaupun satu dunia menentangnya. Kau tak boleh mencampur-adukkan halal dan haram. Jangan sewenang-wenangnya membuat peraturan sendiri semata-mata nak betulkan apa yang salah.” tambahnya lagi.

STEEET....

Kereta Aisy Rafael berhenti mendadak membuatkan Sumayyah yang tidak bersedia itu terhantuk dashboard kereta.

“Ya Allah, sakitnya... ” Sumayyah memegang dahinya yang terhantuk tadi. Kepalanya terasa pening seketika.

“Ken- arck! ”

Tidak sempat dia menghabiskan ayat, Aisy Rafael terlebih dahulu mencekik batang lehernya.

“Kau ni memang sengaja nak naikkan darah aku, kan?! ” bagaikan dirasuk syaitan, tidak sedar genggamannya menjadi ketat membuatkan Sumayyah hampir putus nafas. Dia menumbuk-numbuk tangan Rafael yang mencekik lehernya namun lelaki itu seperti tidak merasa apa-apa.

“Sa-Sakit... ”

“Oh, sakit? Hati aku ni lagi sakit dengar ceramah kau yang tak habis-habis tu! Semaklah kepala otak aku! Kau boleh tak sekali saja, tolonglah sehari saja jangan buat aku marah. Kau nak ke aku seksa kau macam binatang? Nak?! ” jerit Aisy Rafael. Wajahnya dekat dengan Sumayyah membuatkan mereka dapat merasakan deruan nafas masing-masing.

Laju Sumayyah menggeleng. “Le ... pas... ”

“Uhuk! Uhuk! ” laju Sumayyah mencari nafas apabila lehernya sudah dilepaskan. Wajahnya merah dan matanya berair.

“Kau kejam, Rafael. ” bisik Sumayyah perlahan namun masih lagi dapat didengari oleh Aisy Rafael. Lelaki itu menghela nafas dalam. Wajah Sumayyah sekali lagi ditarik mendekat dan dia mengesat air mata wanita itu.

“Don't cry, sweetheart. Abang buat semua ni sebab abang tak nak berkasar lagi dengan sweetheart. Lagi satu abang kena jaga reputasi abang. All of us, kami dah terbiasa hidup dengan budaya barat. Habit can't change easily. Jadi bila sweety cakap macam tu buatkan kami rasa lain, rasa macam kami ni tak layak pulak masuk syurga sebab ikut budaya barat. Jadi abang harap sweety faham, maruah dan reputasi abang nombor satu. Jangan cuba-cuba nak bagi ceramah bodoh kat abang lagi. Kalau tak, lagi teruk kau kena, get it? ” bebel Aisy Rafael. Sumayyah hanya angguk kerana dia sudah malas hendak bertekak lagi. Jasadnya penat dan dia ingin berehat.

Aisy Rafael senyum nipis. “That's my sweetheart. ” bibir Sumayyah dikucup untuk beberapa saat sebelum dia menyambung pemanduan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience