Bab 40

Drama Completed 23379

MEMBUAK-BUAK api kemarahan dalam dadanya. Argh ... kenapa susah sangat kau nak mampus perempuan?!

Raiya hanya melihat pasangan suami isteri itu keluar dari hospital sambil berpimpinan tangan. Stereng keretanya digenggam kuat.

“Takpe, kita tengok sampai bila kebahagiaan korang ni. Aku akan rampas balik hak aku dari kau, perempuan. ” dia memecut laju meninggalkan perkarangan hospital.

Sementara itu, Rafael dan Sumayyah pula langsung tidak menyedari akan hal tersebut kerana terlalu asyik dalam dunia mereka sendiri.

“Alhamdulillah, abang lega Rey beritahu sweetheart boleh discharge hari ni. ” ujar Aisy Rafael sambil memasukkan beg pakaian milik Sumayyah ke dalam boot kereta.

“Alhamdulillah. Su pun gembira. Su tak sabar nak balik rumah dan berehat, ” Sumayyah masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipakai.

Aisy Rafael melafazkan basmalah sebelum keretanya dipandu keluar dari perkarangan hospital.

“SWEETHEART, berapa kali abang nak cakap jangan buat kerja rumah? Biar abang saja yang buat. Sweetheart tu baru keluar hospital, kena banyak berehat, ” tegur Aisy Rafael sambil memimpin isterinya duduk di atas sofa di ruang tamu.

“Abang ni, Su okeylah nak buat semua ni. Lagipun Su bukan mengandung abang nak risau sangat. Insya-Allah Su larat nak berjalan sendiri. ” ujar Sumayyah degil. Dia ingin bangun namun Aisy Rafael menekan bahunya hingga dia terduduk kembali di atas sofa.

“Sweetheart abang ni, degil, kan? Orang cakap sekali tu dengar lah. Tak serik-serik lagi ke? ” soal Aisy Rafael tegas. Nadanya tidak tinggi namun cukup untuk buat Sumayyah menunduk. Bibir dicebik ingin menangis.

“Lah, dah kenapa menangis ni? Abang tak marahlah... ” dia mengesat air mata yang jatuh di pipi isterinya.

“Ta-Tapi, ca-cara abang tu ma-macam abang marah S-Su... ” ucap Sumayyah tersedu-sedan menahan tangisan dari keluar lagi. Hidungnya sudah kemerah-merahan.

“Ya Allah, isteri abang ni. Listen, abang tak marah Su, okey? Abang cuma risau, itu saja. Kalau jadi apa-apa pada sweetheart lagi, macam mana? ” pujuk Aisy Rafael. Beberapa helai rambut Sumayyah diselit di belakang telinga sebelum dia menekup wajah isterinya. Pandangannya redup.

Sumayyah mencebik. “Okey, Su yang salah. Su janji tak degil lagi... ” dia serik nak bantah cakap Aisy Rafael. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“That's my wife. ” dahi Sumayyah dikucup penuh syahdu.

TOK! TOK! TOK!

Sumayyah dan Aisy Rafael memandang sesama sendiri. Siapa pula yang datang ni?

Aisy Rafael melangkah ke pintu utama dan dibukanya.

“Rai? ”

Aisy Rafael terkejut melihat Raiya terpacak di hadapan pintu rumahnya.

“Abang... ” panggil Raiya dengan nada meleret. Badannya dilenggok-lenggok manja.

Aisy Rafael segera memandang tempat lain. Air liur ditelan kesat. Ya Allah, kuatkanlah imanku.

“Abang... ” panggilnya lagi. Kali ini dia cuba merapatkan lagi jarak antara mereka berdua. Bibirnya melorek senyuman jahat apabila Aisy Rafael langsung tidak melawan. Bagus, biar kau jatuh dalam godaan aku sekali lagi!

BUK!

“Aduh! ”

Akibat tolakan yang agak kuat ditambah lagi dengan dirinya yang tidak bersedia, tubuhnya jatuh tersembam di atas lantai.

Mencerlung tajam mata Raiya melihat Sumayyah dengan wajah serius itu. Kacau daun betullah perempuan ni!

“Tak serik-serik lagi ke, cik? ” soal Sumayyah senada.

“Aku takkan berhenti sampai aku dapat Aisy semula! ” dia ingin menampar wajah Sumayyah namun ada sepasang tangan terlebih dahulu menahan dirinya.

“Pergi, Raiya! ” tangan Raiya ditolak kasar hingga tubuh itu terdorong sedikit ke belakang.

“Cik, tolonglah faham yang Aisy Rafael ni adalah suami saya. Hak milik saya. Cik janganlah cuba nak merosakkan rumah tangga orang, berdosa. ” nasihat Sumayyah.

“Urgh ... diamlah! ” Raiya ingin meluru ke arah Sumayyah namun Aisy Rafael cekap menghalang. Tangan Raiya ditarik menjauh dari Sumayyah.

“Last warning, Raiya. Kalau aku dapat tahu kau kacau isteri aku lagi, aku akan pastikan penjara menjadi tempat tidur kau. ” dia membawa Sumayyah masuk ke dalam rumah tanpa sedikit pun menoleh ke arah Raiya.

“ABANG... ”

Sumayyah yang baru melangkah masuk ke dalam bilik tidur terpegun. Masya-Allah, pemandangan apakah ini?!

Suaminya itu tidak mengenakan sebarang baju dan hanya bermodelkan seluar pendek paras lututnya.

Hot!

“A-Ab-Abang... ” Sumayyah cuba memandang ke tempat lain namun matanya menderhakai tuannya sendiri. Ah ... bencilah macam ni!

“Sweety ... come here ... come to daddy... ”

Allah, suara itu. Sungguh sensual, sungguh mengancam, sungguh ... romantik? Argh ... sah dia dah gila! Gila dengan penangan seorang Aisy Rafael.

GULP!

Dia melihat Aisy Rafael sedang senyum nakal kepadanya. Isy, dia pula yang geram dengan senyuman itu. Mahu saja dia jahit mulut seksi itu. Eh?

“Sweety ... daddy is waiting... ” Kaki panjang milik Aisy Rafael mula melangkah ke arah Sumayyah.

Mampus!

Mata Sumayyah mula meliar mencari tempat melarikan diri walaupun pintu hanya beberapa langkah dari dirinya. Reaksi spontan bila gugup.

“Want to run? Run to daddy then... ” pintu bilik ditutup dan kedua-dua belah tangannya mengepung Sumayyah di belakang pintu.

“Daddy's coming for mommy... ” bisik Aisy Rafael di telinga Sumayyah. Kelihatan isterinya itu sudah mula pucat. Nak ketawa tapi rasa kasihan pula. Haha...

“Mo-Mommy w-want d-daddy too... ” terketar-ketar tangan Sumayyah memegang lengan Aisy Rafael, dapat dia rasakan tindak balas dari sentuhannya itu.

“W-What? ” Aisy Rafael tidak menjangkakan balasan itu keluar dari mulut isterinya. Air liur ditelan kesat. Niat ingin mengusik namun dirinya pula terusik. Damn it, I like it!

“M-Mommy wa-want da-daddy... ” ujar Sumayyah dengan wajah menahan malu. Pasti sekarang mukanya macam udang kena bakar.

Aisy Rafael memandang Sumayyah tidak berkelip membuatkan wanita itu makin tidak keruan. Namun begitu, jemari Sumayyah tetap menjalar dari lengan hingga ke bahu Aisy Rafael.

Lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi. Sumayyah cuba pula memanjangkan tangan bermain dengan bahagian roti bun Aisy Rafael. Spontan dia menggigit bibir.

“A-Ab-Abang? ” dia memandang wajah suaminya sebelum matanya membulat. Mata itu, mata yang penuh dengan nafsu!

Automatik tangannya ditarik kembali namun Aisy Rafael sempat menahan tangannya dan dibawa ke arah roti bun itu.

“Do you like it? ” suara itu separa berbisik kerana menanggung satu keinginan yang boleh meletus bila-bila masa.

Sumayyah mengangguk lambat-lambat. Malu!

“Ni need to be shy, it's yours, sweetheart... ” dengan itu, bibirnya kasar menindih bibir Sumayyah. Badannya dibawa merapat ke arah isterinya.

“A-Aisy... ” semput Sumayyah cuba mencari nafas. Namun hanya sementara sebelum badannya berada di awangan dan diletak di atas katil. Dirinya tidak sempat berkata apa-apa apabila Aisy Rafael sudahpun mendominasi keadaan dan dia hanya mampu reda menjalankan tanggungjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience