Bab 43

Drama Completed 23379

RAIYA termenung jauh melihat laut yang terbentang luas itu. Sesekali dia melirik ke arah Afzal Reyhan dan Aisy Rafael yang sedang sibuk memanggang ayam dan sosej yang telah diperap itu. Hari ini mereka bercadang hendak berkelah bersama-sama.

Namun matanya hanya fokus memandang Afzal Reyhan. Senyuman lelaki itu, gelak tawanya, kebaikan yang ditunjukkan, semua itu masih terakam jelas di mindanya.

“Assalamu'alaikum, ”

Satu suara menerjah masuk ke gegendang telinga membuatkan Raiya tersentak. Dilihatnya Sumayyah sudahpun duduk di atas dahan pokok yang tumbang bersebelahan dirinya.

“Wa'alaikumussalam, ” balasnya tenang.

“Awak tengok apa? Usha lelaki ke? ” usik Sumayyah membuatkan Raiya menampar lembut lengan wanita itu. Malu kerana perbuatannya dilihat oleh Sumayyah.

Sumayyah ketawa geli hati melihat wajah putih itu bertukar merah. Tidak lama sebelum dia senyum nipis. Mata dihalakan ke arah lautan biru dihadapan mereka.

“Kalau suka, cakap saja. Saya boleh sampaikan bagi pihak awak. ” tanpa berkias Sumayyah berbicara.

Raiya menggemam bibir. “I tak tahu, Su. Macam mana kalau dia tak suka I? ”

“Belum cuba belum tahu, Raiya. ” Sumayyah cuba menyemangati gadis di sebelahnya ini.

“Tapi I ni bekas pelacur, Su. I pasti Reyhan mahukan seorang isteri yang solehah macam you. ” Raiya mengutarakan kegusarannya. Dia rasa dia tidak layak berdampingan dengan lelaki soleh seperti Afzal Reyhan kerana tubuhnya sudahpun ditiduri oleh banyak lelaki. Dia bukanlah wanita suci dambaan lelaki soleh melainkan hanya tempat dilampiaskan nafsu oleh mereka yang bertuhankan nafsu dunia.

Sumayyah senyum tenang. “Jangan risau, mahkota awak hanya jatuh bukan hilang. Cuci dan pakailah kembali. Kalau sekarang awak gagal menjadi Saidatina Fatimah, maka berjuanglah menjadi Al Malikah, bekas pelacur yang melahirkan tujuh orang nabi.

“Siapa Al Malikah? ” soal Raiya.

“Diceritakan, ada seorang wanita nakal di kalangan bani Israil yang selalu menggoda laki-laki dengan kecantikan wajahnya. Pintu rumahnya selalu terbuka. Setiap hari dia duduk-duduk di atas ranjang yang letaknya berhadapan dengan pintu rumahnya. ” Sumayyah memulakan ceritanya.

“Setiap lelaki yang melihatnya pasti tergoda dengan kecantikannya. Mereka boleh bersenang-senang bersamanya dengan syarat membayar 100 dinar. Wanita itu pun membuka kesempatan kepada siapa saja yang tertarik dengannya asalkan membayar dengan nominal itu. ”

“Pada suatu hari, ada seorang pemuda ahli ibadah yang lewat depan rumah wanita itu. Begitu melihat wanita itu dia pun tergoda. Sebagai seorang ahli ibadah dia lantas berdoa kepada Allah SWT supaya menghilangkan hawa nafsunya dari hatinya. Namun, hal itu tak kunjung hilang. ” lanjut Sumayyah lagi.

“Terus, apa yang dia buat? ” soal Raiya ingin tahu.

“Akhirnya, pemuda ahli ibadah itu bekerja keras mengumpulkan wang supaya dapat bersenang-senang dengan wanita tersebut. Dia bahkan sampai menjual perabot rumahnya dan semua barang yang dia miliki sampai terkumpul wang 100 dinar. ”

“Setelah terkumpul, dia bergegas pergi ke rumah wanita itu dan menyerahkan wangnya kepada wakil si wanita. Si wanita lantas menyiapkan waktu khusus untuk menyambut kedatangannya. ”

“Sampai pada waktu yang telah ditentukan, pemuda ahli ibadah itu menemui si wanita. Wanita itu pun telah siap segalanya, dia berdandan dan duduk di atas ranjang. ”

‘Sesungguhnya engkau telah memikatku sehingga aku bekerja keras untuk mendapatkan 100 dinar agar bisa mendapatkanmu,' kata pemuda itu.

“Wanita pelacur itu lantas memintanya untuk masuk. Tak lama kemudian, si pemuda yang telah tergoda ini mengulurkan tangannya. Namun, Allah SWT menurunkan rahmat-Nya dari berkah ibadah serta taubat yang dilakukan pemuda itu. ”

‘Sungguh Allah melihat perbuatan ini dan melebur semua amalmu,' kata pemuda itu dalam hatinya.

“Seketika dia teringat akan menemui Tuhannya dan berdiri di hadapan-Nya. Dia lantas dilanda ketakutan yang luar biasa. Tubuhnya gementar dan raut wajahnya berubah. ”

‘Biarkan aku keluar dari sini dan 100 dinar ini milikmu,' ucap laki-laki itu.

“Melihat keadaan yang aneh ini, si wanita bertanya, ‘Apa yang terjadi denganmu? Bukankah engkau kumpulkan wang itu supaya dapat bersenang-senang denganku? Tetapi ketika sudah tercapai apa yang engkau inginkan, engkau tinggalkan begitu saja?"

‘Aku takut kepada Allah. Sungguh wang yang telah aku berikan kepadamu itu halal untukmu. Tolong izinkan aku keluar! ' ucap laki-laki itu.

“Wanita itu kembali bertanya, ‘Apakah kamu tidak akan berbuat apa pun kepadaku?"

‘Tidak!' jawabnya.

“Kalau demikian, maka sungguh tidak ada yang pantas menjadi suamiku melainkan dirimu,' ucap wanita itu dengan nada penuh penyesalan dan taubat. ”

“Lelaki itu mendesak agar dapat segera meninggalkan rumah si wanita itu. Namun, wanita itu tidak mengizinkan hingga laki-laki itu mahu menjadikannya isteri. ”

“Singkat cerita, akhirnya pemuda itu pun pergi meninggalkan rumah wanita itu. Sebelum pergi ia sempat memberi tahu nama dan rumahnya.”

“Sejak ditinggal oleh pemuda ahli ibadah itu, si wanita diselimuti rasa takut kerana mendapatkan berkah dari sang pemuda. Ia berkata dalam hatinya, ‘Ini adalah dosa yang pertama kali yang dilakukannya, dan ia sangat merasa takut. Sedangkan aku telah melakukan dosa ini selama satu tahun. Tuhan yang ditaatinya adalah Tuhanku juga. Dan seharusnya rasa takutku melebihi rasa takutnya."

“Wanita itu lantas bertaubat. Hingga pada suatu ketika ia memutuskan untuk menemui lelaki itu dengan penampilan tertutup dan memakai cadar. Setelah bertanya ke sana ke mari kepada penduduk desa, ia pun bertemu dengan lelaki itu. ”

“Namun, begitu lelaki itu mengetahui bahwa yang datang adalah wanita pelacur yang pernah dia datangi, dia terkejut, menjerit dengan keras lalu meninggal dunia. ”

Raiya terlopong. Sampai begitu sekali?!

Sumayyah menahan ketawa melihat wajah terkejut dan bingung Raiya.

“Setelah kejadian itu, si wanita bertambah sedih. Hingga akhirnya ia diberitahu oleh penduduk setempat bahwa si pemuda itu memiliki saudara lelaki yang soleh tetapi miskin. ” Sumayyah melanjutkan ceritanya.

“Singkat cerita, wanita yang dulunya pelacur itu menikah dengan saudara lelaki ini kerana kecintaannya kepada saudaranya. Dikisahkan, di antara keturunannya mereka terdapat tujuh nabi bani Israil. ”

“Masya-Allah... ” Raiya agak kagum dengan cerita Sumayyah.

“Nampak tak? Even bekas pelacur pun dapat berkahwin dengan lelaki soleh dan melahirkan anak-anak yang soleh. Saya cerita sebab saya tak nak awak pandang masa lalu awak. Saya nak awak cuba dan kalau betullah dia jodoh awak, Insya-Allah dia akan terima walau siapa pun diri awak di masa lalu. Allah tidak pandang masa lalu awak tetapi pengakhiran awak bagaimana. ” tambahnya.

“Jadi ... apa I kena buat? I masih lagi nak kenal-kenal dia dengan lebih rapat sebelum I buat keputusan. You rasa kalau I ajak dia bercouple, dia nak tak? ” cadang Raiya.

“Raiya, couple itu haram. Tiada dalil atau hadis yang membolehkan umat Islam bercouple. ” terang Sumayyah lembut. Dia tidak mahu memarahi Raiya kerana dia pasti gadis itu tidak tahu.

“Be-Betul ke? Tapi I nampak ramai je yang couple. Pegang sana pegang sini, siap pamerkan kat media sosial lagi. ” ucap Raiya berdasarkan pengalamannya.

“Haram is haram walaupun satu dunia membuatnya. Couple itu adalah cara barat, itu budaya mereka dan kita tidak boleh nak buat apa-apa. Tapi kita sebagai umat Islam janganlah terlalu mengikuti trend sangat hingga melupakan halal haram. ” nasihat Sumayyah lembut.

Raiya angguk beberapa kali. Hatinya bagai ditembak-tembak beberapa kali dengan kenyataan Sumayyah itu.

“Jadi ... macam mana I nak kenal dia melalui jalan yang halal? ”

“Kalau barat ada couple, kita ada ta'aruf. Ta'aruf bermaksud proses saling mengenali antara lelaki dan perempuan dengan niat yang jelas untuk berkahwin. ” balas Sumayyah.

“How? ” soal Raiya.

Sumayyah senyum. “Nanti saya tunjuk caranya. Marilah, dorang dah panggil tu, ” tangan Raiya ditarik lembut dan mereka berdua melangkah ke arah dua orang jejaka yang sedang menunggu mereka itu.

One or two more chapter, i guess? :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience